PELAKON Elisya Sandha selamat menimang cahaya mata kedua pada malam Jumaat.
Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh suaminya iaitu Uzair Haqimy yang memaklumkan mereka menimang bayi lelaki.
Uzair turut memberitahu Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berada dalam keadaan baik selepas melahirkan cahaya mata kedua mereka.
“Alhamdullilah ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan.
“Terima kasih buat isteriku. Sekali lagi awak berjaya buat saya kagum dengan kekuatan awak,” katanya.
Uzair berkongsi perkara itu sejurus Elisya melahirkan cahaya mata mereka menerusi hantaran di Instastory miliknya
Menghargai pengorbanan isteri, Uzair memberitahu jasa Elisya melahirkan dua cahaya mata mereka sememangnya tidak dapat dibalas.
“Tak akan mampu saya balas jasa awak sayang (panggilan Elisya),” ujarnya.
Untuk rekod Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021.
Mereka juga dikurniakan anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia 3 tahun. - mStar
|