“Kau ada tanya tidak diri kau kenapa suami cari orang ketiga? Mungkin kepam, atau suka korek hidung.
“Apa yang kau tahu, kau melalak di media sosial macam anjing,” katanya dalam sebuah audio siar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan pendapat yang dilontarkan oleh pengarah berusia 49 tersebut.
“Bagi saya, Michael Ang tiada ‘common sense’. Sumpah!,” kata seorang netizen.
“Hilang hormat dekat Michael Ang. Perempuan kepam sebab jaga anak-anak kecil sampai tidak sempat mahu jaga diri sendiri.
“Kalau mahu wangi-wangi selalu suruh lelaki sediakan dua orang pembantu di rumah. Ini nafkah pun kelaut, memang la menyalak,” jelas netizen.
“Curang sebab rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada,” kata seorang lagi netizen.
Pendapat Micheal diluahkan selepas banyak isu campur tangan orang ketiga dalam rumah tangga sering menjadi punca rosak hubungan suami isteri hingga mencetuskan perdebatan hangat dalam media sosial.
Sumber: Kosmo