View: 468|Reply: 15
|
[Tempatan]
Dijangka harga emas naik sampai 2026, cecah RM14,980 seauns
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global.
Strategis Logam Berharga bank pelaburan itu, Joni Teves berkata walaupun pengumuman tarif mencetuskan ketidakpastian ketara dalam banyak kelas aset termasuk emas, prospek meluas terhadap aset berharga itu kekal tidak berubah.
"Berdasarkan risiko terhadap pertumbuhan, kami berpendapat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan terus melonggarkan dasarnya, sekali gus mewujudkan sokongan positif terhadap emas.
"Pelabur perlu terus mempelbagaikan aset-aset, khususnya emas kerana statusnya sebagai aset selamat yang menarik dan tempoh lama agihan semula aset dan dedolarisasi (mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS) yang menyokong emas," katanya kepada media dalam satu wawancara secara maya hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Teves berkata walaupun kenaikan harga emas berterusan, masih terdapat ruang untuk pelabur menambah pegangan emas berikutan kedudukan jangka pendek bersih dalam niaga hadapan emas Comex adalah agak rendah pada suku pertama 2025.
Keadaan itu, katanya, disebabkan emas diasak tekanan apabila Fed bertindak menaikkan faedah dengan banyak kedudukan emas terjejas susulan pendirian dasar monetari.
Dalam jangka masa terdekat ini, Teves berkata masih terdapat ruang bagi konsolidasi pasaran, sekali gus memberi peluang untuk pelabur bertahan sementara menunggu paras harga emas lebih baik bagi emas.
Beliau berkata bagi pelabur fizikal, emas terbukti meningkat di serata rantau pada suku pertama 2025 dan bank pelaburan itu menjangkakan keadaan sedemikian akan kekal bagi tempoh berbaki tahun ini.
"Prospek akhir tahun kami bagi harga emas adalah mencecah AS$3,500 seauns (RM14,980) tahun ini dan tahun depan.
"Namun, lonjakan itu mungkin mereda dan turun mulai pertengahan atau suku ketiga tahun depan," katanya.
Dari segi perbandingan emas dan mata wang kripto, Teves berkata dalam senario peningkatan risiko geopolitik, emas akan terus menjadi pilihan utama sebagai aset selamat jika dibandingkan dengan mata wang kripto yang merupakan aset berisiko.
"Secara keseluruhannya, kami berpendapat latar belakang makro jelas menyokong emas dan akan meneruskan aliran kenaikan itu sehingga tahun depan.
"Kami menjangkakan permintaan daripada pelbagai segmen di pasaran dengan sektor utamanya adalah pembeli bersih selain peruntukan berterusan pelabur merentasi kekayaan persendirian, pengurus aset jangka panjang, dana serta pelabur runcit," katanya.
Teves berkata permintaan untuk barangan kemas akan terus di bawah tekanan berikutan harga emas yang lebih tinggi manakala permintaan pelaburan fizikal seharusnya dapat membantu menampung beberapa kelemahan itu.
"Dari sudut risiko peningkatan, kami melihatnya di luar China susulan sentimen dalam negara yang amat memberangsangkan selain jumlah dagangannya setakat tahun ini.
"Risiko penurunan emas pula lebih tepu berkaitan persekitaran tarif serta pendirian Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Radzor at 15-5-2025 05:52 PM
tadi harga terendah. skrg tgh naik balik
masa trump lawan china
harga naik lebih dari normal, bila dah berbaik balik harga turun ke paras normal semula.
22 hours ago — The rate for those packages now defaults to the reduced U.S. tariff rate of 30% from 145% for Chinese imports, two delivery experts told
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ok tu
Sapa banyak duit beli la |
|
|
|
|
|
|
|
X mampu dh nk beli..nk raya haji lg ni..hari tu igt dh turun beli la eh rupanya minggu dpnnya turun lg..x suka ada perasaan nyesal dlm diri dok pikir rugi beli time tu, 2/3hari pastu turun bykkk...cukup la emas dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
0.2gram nak dekat RM100 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm emas 1gram RM475...demmm |
|
|
|
|
|
|
|
kelmarin topup miga alang2 p branch bukakkan utk acc anak, sekali semlm dan arini turun menjunam byk jugak. tgk thread katanya akan cecah 400 kalau pecah hrga 430. pastu baru naik balik. cheq lugiiiii laa camni. mujur acc anak letak 10hengget je kelmarin |
|
|
|
|
|
|
|
msa pkp emas br rm2++ time tu income plak tak mnentu.
skrang dh income stabil, emas plak makin besar modal.
krik krik.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols sempat topup miga semalam beberapa gram haha dapat harga 444 per gram..alhamdulillah..paling rendah..tapi hari ni miga dah naik 452 |
|
|
|
|
|
|
|
rosmahisham replied at 15-5-2025 09:32 PM
X mampu dh nk beli..nk raya haji lg ni..hari tu igt dh turun beli la eh rupanya minggu dpnnya turun ...
takpe tetap akan naik juga. biasanya 2 tahun dah naik banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nw111 at 16-5-2025 07:33 PM
rosmahisham replied at 15-5-2025 09:32 PM
X mampu dh nk beli..nk raya haji lg ni..hari tu igt dh turun beli la eh rupanya minggu dpnnya turun ...
U main emas digital ke beli fizikal?
I skrg ni main digital kat miga..cepat untung..nmpk untung boleh jual sikiy..jatuh sauk balik..kalau pandai n rezeki baik, setahun blh dpt untung berkali2
I beli setiap kali nmpk market turun..tp i x beli byk terus..tambah sikit2..turun lagi tambah lagi..
Kalau beli fizikal.xleh buat gitu..simpan je la for long term...tak rugi pun |
|
|
|
|
|
|
|
anakpakmaun replied at 16-5-2025 07:16 PM
iols sempat topup miga semalam beberapa gram haha dapat harga 444 per gram..alhamdulillah..paling ...
kelmarin 457 uols
turun tak beragak naik pun sakannnn
berharap naik blk tp berharap jugak turun lg nak beli utk anak. |
|
|
|
|
|
|
|
harga akan hit RM1,000 per gram |
|
|
|
|
|
|
|
Terendah semalam kat Pg 469... Nih naik baik 476 gitu.
Mula smpan emas dulu rege 260. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelmarin sempat beli miga-i , @441. Try beli masa 438 tak sempat byr, sempat tgk harga tu je |
|
|
|
|
|
|
|
ladyxez replied at 17-5-2025 12:51 AM
Kelmarin sempat beli miga-i , @441. Try beli masa 438 tak sempat byr, sempat tgk harga tu je
Wowwwww murah you! I dpt 444 syukur Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
| |
|