CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 16

[Tempatan] “Ada anxiety, pernah jadi atlet negara, tak ada lesen dan kereta,Cikgu Renang ini luah kepayahan mencari punca pendapatan.

[Copy link]
Post time 17-5-2025 10:20 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Ada anxiety, pernah jadi atlet negara, tak ada lesen dan kereta. Lima tahun dah kahwin, aku tak gagal kan?”
Itu persoalan daripada seorang individu yang sedang diuji dengan kesukaran mencari punca pendapatan.

Katanya yang berumur 25 tahun dan menggunakan profil Anas di media sosial, dia mengharapkan pendapatan menerusi kelas renang yang dianjurkan, namun jumlah peserta tidak ramai.
“Umur 25, anak seorang 4 tahun. Mengharapkan (pendapatan) kelas renang, tapi baru dua orang saja (sertai) sejak Januari lepas.
“Dah usaha cari kerja lain, mesti bertembung dengan (kelas) renang. Orang lelaki tak meluah. Sekali meluah, bumi pun nangis,” kongsinya.
Hantarannya itu meraih perhatian netizen yang rata-rata memberikannya semangat untuk meneruskan kehidupan.
“Memandangkan semangat kau adalah berenang, aku cadangkan kau buka akaun TikTok baru. Letak Nama akaun ‘anas|cikgu renang’ (contoh) atau apa-apa kaitan dengan renang,” cadang @intan.
“Kau 25, dah kahwin, ada anak, dah jadi seorang suami dan ayah. Kau kira dah berjaya bang. Percaya la kami kat luar ni teringin nak berjaya sampai tahap kau, bersyukur tau bang,” kata seorang netizen.
“Tak apa, yang penting awak ada usaha. Biasa tu, lima tahun awal perkahwinan mencabar sikit. Insya-Allah, banyak-banyak buat iklan, promosi kelas renang awak, ramai akan berminat,” ujar @nur Shakila. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak umur 4 tahun. Means kawen umur 20-21 camtu. InsyaaAllah ada rezeki. Mcm dlm komen tt, buat account baru n buat content cara2 berenang ka, teknik, pakaian yg sesuai or any tips lah. Org suka dengar tu, lama2 ada follower buat live pulak. Nanti dah dikenali, ramailah yg enroll kelas. Zaman skrg org byk suka tgk tt, so marketinglah kat sana. Free je. Cakap benda yg nko tahu n suka. Rupa pon ada…. Ok sangat tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:27 AM | Show all posts
Ingat satu jer, akedemik jangan tinggal. Itu pesan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:31 AM | Show all posts
Sarung jersi negara utk apa-apa sukan pun, hanyalah bersifat sementara.
Perjalanan hidup masih jauh kat depan.

Sukan semata bukanlah jaminan masa depan.
Sukan+akademik itu adalah lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:08 AM | Show all posts
kalau atlet muda ni, biasanya masuk sekolah sukan kan..
balance la akademik dan sukan..
tapi kalau pilih nak tumpukan sukan, makanya sendiri yang silap percaturan..
pastu kawin pulak dalam usia muda beranak pinak..
dalam tak ada kerja tak ada apa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tmpt i... punya padat jadual coach.. sampai akhirnya hb yg jadi coach kat anak2... pastu org yg lalu ckp "oh ini coach dia" citer 6 tahun lepas la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukan kat Malaysia ni pe pun kn ade back up sendiri... X leh harapkan sukan semata2...mcm master martial art anak iolss tokey kete kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada anxiety, tuh mgkin halangan besar dia. Bertabahlah. Buat live kat TT promote lah kelas renang tuh. Atau hantar flyers around kawasan perumahan berdekatan. Inshallah ada rezeki. Kena all out.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau join as coach mana2 swimming school setahun dua. Or target kondo2 yg ade swimming pool, then buka kelas renang utk kondo & kawasan sekitar. Sesambil tu promote kat socmed
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 02:18 PM | Show all posts
Jangan mengharap sukan (sebagai punca pendapatan) sampai ke usia tua.
Dalam kebanyakan sukan umor lewat 30an dah dikirakan tua.
Pelapis sukan ramai kat bawah tu menunggu. Bila-bila boleh berubah saat tidak diperlukan.
Esok dah takde tempat (dalam sukan) bakalan jadi susah.
Waktu muda remaja, sukan ni bonus added (kepada akademik) utk seseorang maju ke depan.

Silapnya di sini, mak ayah mengharap anak-anak main utk negeri.
Akademik tinggal kat belakang. Tak penting.
Sebagai contoh sepakbola mesia.
Apa yang menjadi dorongan? Tengok pemain mesia (negeri) gajinya besau-besau.
Boleh tanggung sampai tua.

Namun realiti mencerminkan sebaliknya.

Dalam senario budak ni, ada cara lain sepertimana saranan acik-acik por di atas.
Kena usaha sementara masih muda.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ada sijil kejurulatihan tak untuk renang?
Ke based on experienced sbb atlet renang ?
Skrg ni ada banyak kelab renang cth IkanBilis Swimming club(IBSC), DSA, Nadim, KLGCC..
Cubalah apply jd partime trainer kt sana.

Pastu cari kerja tambahan lain sbg backup.
Kalau nk buat kelas sendiri, kena cari swimming pool.
Tak semua pool dibuka untuk kelas persendirian.
Kebanyakan pool dh ada kelab yang guna untuk sesi training ahli kelab mereka
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-5-2025 11:08 AM
kalau atlet muda ni, biasanya masuk sekolah sukan kan..
balance la akademik dan sukan..
tapi kalau p ...

Utk ibu bapa yg anaknya minat sukan, mohe menyediakan laluan sambung akademik untuk atlet2 muda ini. Tak payah compete dgn student matrikulasi, stpm diploma. As long as mencapai tahap minimum keputusan akademik, asalkan cemerlang sukan, insyaallah boleh diterima masuk university. Klu cemerlang balapan upm, memanah & bola uitm, renang um, golf uum etc.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong lah, muda lg untuk gave up on urself. Go explore the world. Cube byk bende. Selaginu bernafas, u masih ade peluang lg.

Rmai org muda xtau, being young means u still have the potential, time and energy.

Mcm kes yg t*rj*n kondo tu, if he only knew...

Pecaye la, ble u da smpi middle age, baru u tau ape yg u ade mase u muda.... Urrghhh... Come, jatuh sekali bangkit 2 kali
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terai masuk desa, masuk area pekan, carik makan nak...Don't give up. Don't overthink or over comparing yourself to others. Tu la penyebab anxiety. Take your time. Umo 40 nanti ko faham la camna nak hidup tenang tak pedulik dah mulot kotor manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-5-2025 10:29 AM

Alamak meols baru tengok video dia, just by pandangan mata alone this guy macam need a lot of help and support la. Harap bini dia tak tinggalkan dia. Can feel his pain through his eyes wei...

Keep going dek, be strong yach! Walau ko tak masuk forom, meols tetap nak taip kata2 semangat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah utama dia terkepung dlm rasa gagal tu & takde usaha utk cari rezeki cara lain... Cuba cari student tp dptnya setakat 2 org je mmg tak le nak mampu teruskan hidup

Tp camne susun atur jadual kelas renang tu sampai tak leh nak adjust masa utk usaha dptkan kerja lain. Bab ni pun dah masalah... Kot bagi nasihat kerja lain selain drpd harapkan student serah diri belajar dgn dia mmg rasanya tak akan dia follow punya. Jiwa tu dah terikat di satu laluan tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 17-5-2025 03:37 PM
ada sijil kejurulatihan tak untuk renang?
Ke based on experienced sbb atlet renang ?
Skrg ni ada ban ...

Nk jd jurulatih renang perlu ada legal certificate & license. Ada cert utk menyelamat skali. Mana bole main langgar je. Kot tgh2 train ada murid yg lemas, sape pulak nk bg pertolongan cemas. Aku penah je jmp coach renang yg ada license. Elok je ramai anak murid dia. Coach tu akan buat kelas renang kt swim pool dlm kondo tu jgk. So byk tempat la dia bg latihan & ramai je anak murid dia. Pastu dia pun ada jual renang outfit & lain2. Btul la tu nk seribu daya. Parents pun akan lebih yakin nk serah anak kt trainer yg ada lincense.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.051444 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list