CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 10

[Tempatan] ‘Jarang kita dengar lori muatan petrol, diesel terlibat dalam nahas jalan raya’ – Peguam

[Copy link]
Post time 16-5-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh Khuzairi Ismail - 16 May 2025



Kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) dalam nahas melibatkan sebuah trak polis dan lori muatan batu di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 MEI 2025.



KUALA LUMPUR – Semua pihak wajar memberi sokongan kepada langkah penguatkuasaan supaya semua kenderaan berat perlu diselenggara dengan baik.

Peguam Kanan, Muhammad Hasif Hasan berkata, ia antara langkah dalam memastikan bilangan kenderaan berat terbabit kemalangan seperti dalam kejadian melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, baru-baru ini dapat dikurangkan.


Beliau turut merujuk tindakan protes oleh syarikat pengendali kenderaan berat pada 2023 yang turut mendapat sokongan daripada orang ramai ketika penguat kuasa dan kerajaan cuba melaksanakan peraturan ketat ke atas operasi kenderaan berat.

Jelasnya, tindakan protes itu kononnya apabila kenderaan tidak beroperasi, harga barang akan meningkat dan rakyat akan turut menerima kesan.

“Sukar membudayakan dan mendisiplin pengendali kenderaan berat yang sebahagiannya berkiblatkan keuntungan daripada keselamatan pengguna jalan raya lain.


“Kadang kandang saya terfikir, siapa yang lebih berkuasa. Syarikat lori, penguat kuasa atau kerajaan yang memerintah?” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau semalam.




Bagaimanapun, tambah Hasif, situasi berbeza dapat dilihat dengan pengendali kenderaan berat yang membawa hasil petroleum.

Ujarnya, jelas kelihatan pemandu kenderaan berat yang membawa muatan petroleum itu lebih berdisiplin dan kenderaan daripada syariakat berkenaan juga diselengara dengan baik.

“Jarang kita dengar lori membawa petrol dan diesel kemalangan di jalan raya.

“Jarang didengar kejadian brek rosak, lebih muatan, steering rosak, tayar dan roda tercabut dan banyak lagi masalah kepada lori di atas jalan raya,” katanya.



Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, kerajaan perlu memberi perhatian yang serius terhadap kejadian kemalangan jalan raya, terutamanya kejadian yang melibatkan kenderaan berat di jalan dan lebuh raya.

Baginda mahu, sekiranya didapati bersalah dan menjadi punca dalam kemalangan maut atau menyebabkan kecederaan parah, pemandu dan syarikat terlibat bukan sahaja perlu didenda atau dipenjara, malah lesen memandu mereka wajar ditarik balik.

Titah Sultan Sharafuddin itu susulan kejadian kemalangan maut yang mengorbankan sembilan anggota FRU selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan lori yang membawa muatan pasir dalam kejadian di di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak. – MalaysiaGazette









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu lori tangki adalah terlatih manakala pemandu lori pasir/kerikir/konkrit asal boleh kejar trip cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh aku bagi pendapat sebagai orang yg deal dengan tangki minyak setiap hari. Kebanyakan (aku x cakap semua) tangki minyak ni milik glc/mnc yg terpaksa ikut bermacam2 policy/undang2 dalam dan luar negera. Bila ada accident, macam perang dunia - macam2 department menyiasat dan di siasat. Kalau lori tersadai sebab rosak pon kena sentiasa update apa perkembangan, location pon kena ada orang verify, nak uload pon kena ada witness bagai. Kalau ada issue safety pon customer boleh batalkan contact nak beli product walaupon produk yg dorang nak beli tu product akhir (dalam tin/botol) & bukan direct dari tanker
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lori2 professional ni sentiasa dipantau. Even jarak masa dari point A ke point B pun akan direkodkan. Cepat sgt sampai kena query, lambat sampai pun kena query. Maintenance tiptop. And then, jgn cakap dashcam, driver cam pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
you pay peanuts, you fot monkeys
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal macam salahkan driver treler tu ja? Memang terbukti dia salah ka? Ntah2 kete FRU tu yang drive laju knowing pak2 polis ni suka bawak keta laju2 jika ada tugas rasmi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara benda paling awal dihapuskan lepas najib tombang ialah SPAD, selain dari GST
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-5-2025 09:24 PM
Apsal macam salahkan driver treler tu ja? Memang terbukti dia salah ka? Ntah2 kete FRU tu yang drive ...

Entahnye salah sendiri tak tengok...boleh pula orang Islam jaga perarakan berhala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Imejinlah lori iwk yang kemalangan?


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lori penuh muatan babi pernah kemalangan.


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Lori muatan petrol dan lori ada nama ni jarang sangat dengar ada kemalangan sebab deyols ada regular maintenance. Tak sesuka hati guna tayar celup. Brek dapat berfungsi dengan baik. Pass puspakom.

Imejinlah kalau lori tong taik eksiden?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.043133 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list