CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 4

[Tempatan] Lelaki bawa anjing ke kedai mamak diminta ke balai

[Copy link]
Post time 16-5-2025 07:23 PM | Show all posts |Read mode


SEGAMAT – Pemilik haiwan peliharaan yang membawa anjing jenis Poddle miliknya ke sebuah premis perniagaan makanan halal 24 jam, di sini, diminta tampil oleh pihak polis.


Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kejadian tersebut yang berlaku pada 11 Mei 2025 kira-kira pukul 12 tengah hari di Restoran Natasha Nasi Kandar Penang, Segamat Baru, di sini.


“Pihak polis telah mengesan satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian satu individu membawa bersama seekor anjing peliharaan ketika minum di sebuah premis makanan halal 24 jam.


“Pekerja premis berkenaan telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi memberi keterangan dan menyatakan peralatan kerusi yang berkaitan telah dibuang selepas memaklumkan kepada majikan.


“Usaha mengesan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis bersama Majlis Perbandaran Segamat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1970,”katanya ketika dihubungi hari ini.


Polis Daerah Segamat mengalu-alukan dan menghargai kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Segamat di talian Hotline 07-9324222.


Terdahulu, media melaporkan sebuah video berdurasi 24 saat tular di media sosial memaparkan seorang pemilik membawa anjing peliharaannya makan bersama di sebuah premis perniagaan makanan halal di Segamat Baru baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 12:46 AM | Show all posts

Elok la restaurant halal letak notice - Tidak dibenarkan membawa anjing, babi ke dlm kedai" or "We reserve the right to refuse service to anyone.”

Mereka boleh makan (bersama service dog) tapi di meja khas yg disediakan oleh pihak restaurant.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh ko ni, restoran non muslim punya bnyk , g bwk g kedai Islam dh knp. Provokasi la tu, xde nye xtau. Ni klu kt non-Muslim country pun nk bwk Pet g yg tulis Pet friendly.  Tp masalahnya dh ada air milo pulak kt situ, mcm dibenarkan utk duduk pulak. Patutnya x bg order.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 10:40 AM | Show all posts
Resto non-muslim pun belum tentu allow pet masuk.

Sekarang udah masanya kedai makan letak notis larangan untuk binatang ternakan/peliharaan memandangkan ramai benor bebal takde adab tak paham bahasa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap lagi ada ler forumNer yang akan gaslighting dalam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list