CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1029|Reply: 10

Cukuplah, tak perlu rasa diri awak itu teraniaya – Nabila Huda

[Copy link]
Post time 15-5-2025 10:06 AM | Show all posts |Read mode


Selamba menggelar ibu tirinya sebagai ‘perempuan itu’, aktres versatil, Nabila Huda, kembali menjadi bahan bualan hangat orang ramai.


Seolah menggambarkan kemelutnya dengan ibu tiri iaitu Nourish Hassan tidak ada penghujung cerita, Nabila sedar panggilan ‘Perempuan Itu’ tentunya tidak manis didengar dan dibaca oleh warganet.


Namun , dia menganggap setiap orang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir kehidupannya dengan keluarga.


Kata pelakon berusia 41 tahun ini, apa yang diluahkannya itu bukanlah sekadar emosi semata memandangkan konflik yang melibatkan mereka bukanlah perkara baharu.


  


Ia sudah wujud sejak dirinya masih kecil lagi. Namun sayangnya, ia tidak pernah betul-betul menemui jalan penyelesaian.


“Kalau boleh memang saya tak akan lagi bercakap mengenai hal ini kerana ia tidak mendatangkan hasil pun kepada saya.


“Saya fikir ini semua mengarut. Jadi saya tak perlu fikirkan apa-apa pun. Saya nak teruskan hidup sendiri sebab saya rasa saya ada kebahagiaan sendiri,”katanya.


Terselit sedikit getar dalam pengakuan, pelakon berjiwa besar ini bagaimanapun mengakui sudah penat menjadi seorang individu yang berdiam diri.


“Saya rasa dah cukup baik dah Nabila Huda ini. Iyalah, sudah berapa lama bukan?


“Orang selalu cakap, kenalah bermaafan, buang ego. Tapi ini sudah berapa kali dah? Sudahlah. Cukup. Kalau nak cakap pasal terluka hati, benda ini sudah lama.


  


“Saya pun sudah tidak merasa terluka sebab rasanya sudah lama sembuh.


“Namun masih ada pihak (merujuk kepada ibu tirinya) yang tidak berhenti mengungkit atau menyimbah garam ke luka lama itu,”katanya.


Meluahkan rasa hati yang telah lama terpendam, Nabila turut menyentuh mengenai perasaannya terhadap bapa tersayang, penyanyi rock, Datuk Amy Search.


“Sebenarnya kalau ikutkan, saya tak perlukan semua ini sebab saya memang bahagia dengan hidup saya.


“Cuma tentulah perasaan rindu seorang anak terhadap bapanya itu tidak boleh dibuang. Apabila orang tanya, saya jadi tersentuh. Saya tak jumpa papa saya dah setahun lebih.


  


“Apa yang terjadi dalam hidup saya, anda tidak lalui. Cuma saya nak cakap pada perempuan itu, cukuplah. Tak payah rasa diri awak itu mangsa, dianiaya atau difitnah. Tak perlu. Lebih baik awak berhenti sebelum banyak lagi perkara buruk berlaku,”katanya.


Jelas Nabila, hal ini diluahkannya kepada umum bukanlah kerana dahagakan perhatian orang atau dianggap mahu mencipta ‘drama’ murahan.


Sebaliknya kata pelakon filem Gayong dan Telaga Suriram ini, dia mengakui sudah tiba masanya untuk kembali bertegas dan bangkit daripada terus diinjak-injak oleh pihak tertentu yang tidak bersikap rasional.


“Buat apa saya nak cipta drama? Ini bukan slot Akasia atau Samarinda di kaca tv. Terus-terang, saya ini sangat bersyukur sebab ada sebuah keluarga yang tak ada drama bersama suami dan anak, Keysha.


“Kerjaya saya pun berjalan dengan lancar. Sebelum ini pun tak pernah nak buat drama pada sesiapa.


“Cuma apa yang saya lalui ini memang realiti. Saya okey saja. Saya tak ada apa-apa. Yang mana tahu, tahulah cerita di sebalik ‘tabir’,” ujarnya.


  


Dalam pada itu, Nabila memberi amaran kepada ibu tirinya untuk tidak meneruskan apa yang dilakukannya kini.


“Saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya,” katanya dalam nada tegas.


Dalam masa sama, Nabila tidak menolak bahawa peluang untuk ‘perempuan itu’ memperbetulkan keadaan masih terbuka, selain menyeru Nourish membuang sikap negatif.


Ini kerana apa dimahukan adalah kasih sayang seorang bapa.


“Awak jangan risau, saya memang tiada niat untuk merampas harta papa (Amy) saya. Saya berdiri dengan diri sendiri dan tak perlukan semua itu.


“Saya cuma perlu untuk menumpang kasih seorang ayah sahaja. Kenapa susah untuk awak terima, berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati, kita ini hidup sementara sahaja,” ujarnya. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 10:10 AM | Show all posts
Gulppppp
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 10:12 AM | Show all posts


Now, papa you pilih siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 10:28 AM | Show all posts
setakat cerita sebelah pihak susah ler nak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 15-5-2025 10:12 AM
Now, papa you pilih siapa?

dia ni kalau nak menang mesti nak kait papa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 15-5-2025 10:12 AM
Now, papa you pilih siapa?

she lupa add duit di bank berkepuk dan rumah landed...she so hard working.. tak perlu harta baba...btw mak dia mana yah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2025 10:56 AM | Show all posts
She ni over sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:11 AM | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 15-5-2025 10:12 AM
Now, papa you pilih siapa?

wpun ada semua ni... tp papa you tetap pilih dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sahaja masalah timbul antara nabila dengan ibu tiri sheols. Macam tiap-tiap tahun ada masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 04:37 PM | Show all posts
aku tetap kesian kat abil neh..amy tu nasib baik je.bukannya bela sgt abil tu..stgh anak mmg berdendam,marah  kt parent mcm ni.tapi abil ni tetap harapkan kasih sayang kt papanya.amy neh takde otak ke pun?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 15-5-2025 08:51 AM

Team Kupu2. Bodoh punya bapak buat anak begini. Go die Amy Search. Semua la anak kau, kau abaikan. Kecuali anak2 dengan Norish la kot. Ntah2 mati nanti Norish kaut semua harta kau, tak bagi pun dengan Abil. Lagi sekalik kau bapak tak guna, Suhaimi Abdul Rahman. You don't deserve Abil. Nasib baik la Abil tu IQ ngan EQ boleh tahan, walau tak sekolah tinggi masuk U tapi mampu survive, jadik artis, kumpul harta, despite membesar dalam family yang porak peranda. Bodoh la kau. Ada anak perempuan, nak bonding dengan kau, tapi dari dia kecik kau sebok menyundal, sebok bagi perhatian kat orang lain, abaikan anak kau. Ntah kau ada didik bebetul ka Abil tu, kasik duit untuk sekolah, hantar pi SAR, etc. Eh kau masa muda dulu enjoi enjoi enjoi je la keje kau! Tak kesian ke anak sendiri? Dah bau kubo pon dok lebihkan bini yang hampir sebaya la kan dengan Abil. Eeeeeeeee kalau kau bapak yang baik, takda Abil merempan seumur hidup nakkan perhatian kau, HOKEH?!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.053157 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list