CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 5

[Tempatan] CCTV bongkar rahsia ‘atok’ belasah, lempar kucing jiran

[Copy link]
Post time 14-5-2025 09:26 PM | Show all posts |Read mode


SEGAMAT – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menjadi bukti membongkar perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang warga emas mendera seekor kucing milik jirannya di Taman Yayasan, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sebelum kejadian, pemilik kucing berkenaan iaitu seorang wanita tempatan menyedari kucing jenis Turkish miliknya hilang.


“Wanita berkenaan membuat laporan polis dan pihaknya mengesan satu rakaman video serta gambar kejadian itu yang tular dalam media sosial memaparkan seekor kucing dalam keadaan cedera.


“Semasa kejadian itu, ketika mencari kucingnya wanita tersebut ternampak jirannya iaitu lelaki tempatan sedang menjolok sesuatu dalam longkang. Wanita itu kemudian mendapati kucingnya di dalam longkang berlumuran darah dipercayai dipukul suspek,”katanya ketika dihubungi hari ini.


Tambah Ahmad Zamry, menerusi pemeriksaan rakaman CCTV di kawasan kejiranan memaparkan perbuatan suspek memukul dan melempar kucing berkenaan ke kawasan rumah tidak berpenghuni.


Ujar beliau, tangkapan suspek yang berusia 70-an berkenaan dilakukan pada pukul 12.20 tengah malam tadi dan hasil soal siasat suspek mengakui memukul kucing berkenaan kerana merasa terganggu.- KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
So atok cina tu kena tahan dengan polis la eh.
Kut ye pun tk suka kucing, jgnla sampai pukul
dan sumbat dlm longkang.

Kejam
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sbb meol tak mudah kesian orang tua. Kalau boleh pukul, pukul ja orang2 tua syaitan sebegini. Percaya la masa muda yakni dari budak ke remaja ke belia, orang camni lagik dahsyat pukul, buli orang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Agama tadak larang belasah orang tua jahat. Agama soh respect elders jah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape kalau orang pukul kuching kita marah tapi kalau orang pijak semut kita buat derk je
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing berak dan kencing kasut ka cakar kerusi mahal ka
Sbb itu ada org suka duduk apartment xde kucing lipan cicak ayam tikus lalat nyamuk ular taw
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036967 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list