View: 438|Reply: 16
|
[Tempatan]
Ibu belikan cikgu anak Lecreuset untuk hadiah hari guru
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang ibu menarik perhatian ramai selepas membelikan barangan berjenama sebagai tanda penghargaan sempena sambutan Hari Guru yang diraikan esok.
Menerusi perkongsian @NurashikinDin di TikTok, dia membelikan peralatan dapur berjenama buat guru-guru anak sulungnya.
“Ada yang tunggu hadiah hari guru versi 2025 ke tu?” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Wanita tersebut bukan asing lagi di media sosial kerana acap kali tular menghadiahkan semua pendidik anaknya dengan barangan mewah pada sambutan hari guru.
Sebelum ini, dia pernah menghadiahkan guru-guru anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah swasta, adalah set perhiasan, tudung, beg tangan dan rata-ratanya mempunyai nilai yang luar biasa.
Selain itu, dia yang turut memberikan hadiah setiap hujung tahun bagi menghargai seluruh tenaga pengajar di sekolah swasta anak turut meraih pujian ramai.
“Bagusnya orang kaya hargai cikgu. Semakin murah rezeki, memberi dan menghargai jasa guru anak-anak,” komen @Ladysue.
“Bila tengok ini saya tumpang happy (gembira), apa pun, tahniah kakak mampu beri yang terbaik untuk anak kakak,” kata @MomofAF.
Dalam pada itu, ramai juga yang berseloroh dengan mengatakan ingin menjadi guru kepada anak-anak wanita tersebut.
“Setiap tahun cikgu-cikgu berebut nak jadi guru kelas anak puan,” ujar @Aeiydaswift.
“Mesti semua guru teruja nak ajar anak dia, apa pun tahniah menghargai cikgu-cikgu puan,” kata @CikguSiti.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Suka la cikgu2 yg ajar anak dia.
Dah tau nk dpt hadiah apa esok 
Iols prepare 4 hadiah je utk cikgu2.
Guru kelas dan cikgu yg dedikasi dan rajin.
Cikgu yg rajin membawang..perli2 anak2 dlm kelas..
Mmg tkde dlm senarai  |
|
|
|
|
|
|
|
Acik dulu bagi kain batik nenek di ampaian je.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tertanya jugak sbb zaman skrang kan penilaian bukan pada exam je, tp penilaian oleh cikgu jugak. Kalau cikgu2 ni dpt hadiah mahal2 mcm ni, tergamak ke diorang nak bagi TP rendah pada students tu walaupun terbukti ada lg students lg menyerlah dr budak tu? Boleh ke cikgu nak berlaku adil kalau mcm tu? Budaya kasi hadiah mahal ni bg aku, menggalakkan budaya mengipas orang atas sbnrnye |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 15-5-2025 07:24 PM
Aku tertanya jugak sbb zaman skrang kan penilaian bukan pada exam je, tp penilaian oleh cikgu jugak. ...
This.. masa iouls sekolah ada budak perempuan ala2 regina George chuols. Mak bapak orang kuat PIBG.. selalu bagi sumbangan. Dia pakai tudung & kain senteng menayang converse pon x kena marah. Paling kejam sekali sheouls & kawan2 tuduh i meniru dalam exam sebab markah lagi tinggi dari dia. Xpasal2 i kena soal siasat.. i geram sebab cikgu2 tahu yg i jenis nerd, tapi tetap la percaya budak2 gedik tu. Dah terbukti i x meniru, cikgu anggap cam xde apa2... Siap nak cover2 sebab xnak "kacau" anak cable |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 15-5-2025 07:24 PM
Aku tertanya jugak sbb zaman skrang kan penilaian bukan pada exam je, tp penilaian oleh cikgu jugak. ...
Iyer takut parents expect somerthing in return..ntah la...anak2 dia di sekolah swasta so maybe parents lain pun berlumba2 bg hadiah mhl2... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke keikhlasan itu maksudnya tangan kanan bagi tangan kiri tak tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Klau la wanita ini ikhlas tiap2 tahun bagi hadiah berjenama apa la salahnya tahun ni bagi kejutan kt cikgi2 andartu ka janda ka kt sekolah suh diorg kawin dgn tok laki sheols, so tiap2 tahun x pyh belikan hadiah lg |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullilah rezeki cikgu2...mesti diorg happy dpt hadiah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 15-5-2025 08:43 PM
Klau la wanita ini ikhlas tiap2 tahun bagi hadiah berjenama apa la salahnya tahun ni bagi kejutan kt ...
Meraung lah wei uolsss
Hahahaha
Kita tak suka kongsi gitchuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x beli lagi hadiah hari guru.
Taun lepas dalam nk beli terus x beli.
Rasa mcm nak bagi sudu garpu.. sbb sudu yg beli baru ni mcm sedap ja guna.. hahah
Tapi kadang mcm nak beli marker pen ja. Ini lagi berguna dr pen merah. Pen merah ramai org bagi. Taun dpn baru abis ink |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 15-5-2025 07:24 PM
Aku tertanya jugak sbb zaman skrang kan penilaian bukan pada exam je, tp penilaian oleh cikgu jugak. ...
Papa dia ajar mengipas.
Like dady like son. |
|
|
|
|
|
|
|
Soklan serius, cikgu2 ada x dikenakan “no gift policy” tak? Kalau ikut common, rasanya semua kakitangan gomen being impose dgn nongift policy ni kan. Dah laa paknya beli ip kat medsos. Mmg terang2an bagi hadiah. Kalau senyap2, tercover la juga kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|