CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1230|Reply: 16

Luahan Fattah Amin buat ramai sebak, percaya anak akan faham keadaan sebenar suatu hari nanti

[Copy link]
Post time 6-5-2025 05:30 PM | Show all posts |Read mode


LUAHAN hati pelakon Fattah Amin terhadap anak perempuan tunggalnya iaitu Nur Fatima Aisya mengundang sebak dalam kalangan peminat.


Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, besar harapannya agar Fatima tidak akan melupakan dirinya walaupun sudah tidak tinggal sebumbung dan jarang dapat bertemu.


“Daddy sayangkan Fatima... Fatima tahu macam mana daddy sayangkan Fatima, dari lahir sehingga kini.


“Sepanjang kita bersama, daddy simpan semua kenangan dalam telefon.


“Walaupun sekarang ini, daddy sudah tidak lagi duduk dengan Fatima tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy,” katanya.


Fattah membuat luahan itu menerusi temu bual bersama pelakon Janna Nick dalam program Melodi Up Close with Fattah Amin.


Dalam pada itu, Fattah berkata, dia berharap apabila anaknya itu dewasa nanti akan memahami situasi yang berlaku.


  


Malah luah Fattah, dia sendiri tidak mahu penceraian dengan bekas isteri iaitu pelakon Nur Fazura terjadi.


“Kalau diberi peluang untuk daddy sendiri cakap dengan Fatima, daddy memang tak nak perkara ini terjadi.


“Apabila Fatima besar nanti, Fatima akan faham keadaan sebenarnya,” luahnya lagi.


  


Janji Fattah, dia akan sentiasa cuba mencari masa untuk bersama anak kesayangannya itu bagi membuatnya gembira.


“Dadyy nak bawa Fatima pergi jalan-jalan, kita pergi taman, beli toys dan apa sahaja yang buat Fatima gembira,” katanya.


Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun jodoh pasangan ini terlerai apabila sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
X denya dia lupa...last2 nanti dia nk nikah kena jugak cari apak
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:17 AM | Show all posts
Fattah berdoa...
Fattah Amin
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni memang suka buat ayat tergantung yang mengundang kecaman pada ex dia..rengsa betul tiap kali tgk dia bukak mulut..yihhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenPlatypus replied at 7-5-2025 10:05 AM
Dia ni memang suka buat ayat tergantung yang mengundang kecaman pada ex dia..rengsa betul tiap kali  ...

apa yg tergantungnya? dia cakap dia sayang anak dia, nak bawak g jalan2, beli toys je pon. celah mana mengundang kecaman kat mak anaknya? toksah la nak overanalyze semua benda diorang post.padan la setiap kali dia nak post pasal anak dia, netizen nak kait dgn ex wife dia. lain la dia memang mentioned ex wife tak bagi jumpa anak semua tu. apo
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Malah luah Fattah, dia sendiri tidak mahu penceraian dengan bekas isteri iaitu pelakon Nur Fazura terjadi.

Tapi fans fattah kata fattah dah happy sekarang, dapat menjadi diri sendiri. Dulu hidup fattah terseksa.

Takdenya fatima lupa pada uols fattah. Elok sahaja kan dapat jumpa. Drama pula heols pasal ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2025 10:25 AM | Show all posts
takpe pattah. esok anak u besar dia leh google tgk mummy dia time muda mcm mana ligat lol.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by QueenPlatypus at 7-5-2025 06:59 PM

Okay salah benang...hukkssss!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
alaa bdk2 ni kalau selalu amik tau, cakna ada di setiap waktu utk dia tak kira ms dia happy/sedih  auto akan igt sampai bila2. tak semestinya kene tercongok depan pintu umah bekas bini tu, blh video call kan guna je la teknologi sebaik mungkin tara anak nak beso. dah beso nati dia sendiri akan merengek nak jmp bapaknya selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak patut la dapat reply gitu..salah video rupanya..ya salammmmmmmm!

Iouls layan video dia dengan si JN tu wakaka!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
purebloodleo replied at 7-5-2025 10:25 AM
takpe pattah. esok anak u besar dia leh google tgk mummy dia time muda mcm mana ligat lol.

So? Kalau dia tgk lepas tu u nk dia buat apa? U harap dia buang mak dia? Nk judge mak dia? Nk ckp mak dia ahli neraka? Fatah dgn family dia je masuk syurga? Sampai tahap faz kena benci dengan anak sendiri baru u puas hati?
Hati2 sbb kita pon tak tau naseb kita mcm mana. Kita pon tak baik mana .jgn smpai anak u tau dosa yg u buat dia pon buang u nanti tak mengaku mak dia. Tak doakan mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiii bukannya budak tu di bawa lari ke ostolia
Duduk pun satu daerah
Acah tersakiti sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 7-5-2025 07:04 PM
So? Kalau dia tgk lepas tu u nk dia buat apa? U harap dia buang mak dia? Nk judge mak dia? Nk ckp  ...

Alahaii kunonye fikiran..ramai je retis jejak segala jejak ada..acik zarina pulot elok je bahagia..linda rafar elok je blh berkonsert aman2, yg latest tikah tu bahagia mak mertua syg..eh ramai lg lah..takyah la amik keje tuhan..kt ni jaga diri jg keluarga sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Fatima ada school activity dgn parents.. buat persembahan wayang kulit dgn amanda.. abdul kena tulis sekali, dgn pengalamaan daddy, daddy nak main wayang kulit dgn fatima kt school

I is happy tgk fatima dgn daddy tp ayat daddy kadang2 mensayu sgt.... tp xpe la asalkan daddy, fatima happy, i tumpang happy gak.. fatima ni dok sebelah faz, hbis muka faz.. bila dgn daddy habis copy muka daddy.. hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
nottyyuni replied at 7-5-2025 07:16 PM
Alahaii kunonye fikiran..ramai je retis jejak segala jejak ada..acik zarina pulot elok je bahagia. ...

Kannnnn
Bodo pnya org mcm dia tu bgus sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:55 PM | Show all posts
harap fattah pula tidak melupakan nyamaa seperti saranan ahli gua
tidak semua org direzekikan bersama till Jannah
ramai jer yg terkandas but life goes on

and pentingnya co-parenting yg baik so that nyamma is least affected
by the separation
i always find that a healthy marriage shape happy and contented children
kalo dlm RT tu dah takda sakinah dan mawardah buat apa nak dipertahankan pun
this goes for both sides

kita bkn geng katolik yg till death do us part bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057777 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list