CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 681|Reply: 24

[Jenayah] "Setau Aku Dia Crispy Tau" - Pelanggan Kena Scam Dapat Bawang Goreng Tepung!

[Copy link]
Post time 7-5-2025 08:12 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, seorang wanita menjadi perhatian ramai apabila kedengaran seperti kecewa dengan makanan yang dipesan.

Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan wanita itu menunjukkan makanan yang dipesannya iaitu ‘Onion ring’.

Katanya makanan tersebut dipesan untuk dimakan oleh anaknya namun onion ring yang didapatnya adalah bawang goreng yang dicelup dengan tepung.

Dalam video tersebut kelihatan pihak restoran berkenaan mengoreng satu persatu lapisan bawang berkenaan untuk diberikan kepada pelanggan berkenaan.

“Setahu aku, dia (bawang goreng) rangup tahu, tapi kenapa dapat bawang goreng tepung,” tulisnya dalam video.

Jelasnya lagi, dia selalu memesan onion ring tersebut namun sering mendapat yang sudah diproses dan tidak sangka kali ini mendapat bawang goreng dicelup tepung.

“Aku selalu dapat yang frozen (makanan sudah diproses) tu, yang dia macam crispy (rangup). Tak pernah dapat macam ni pula. Cuba komen-komen sikit, betul ke macam ni sebenarnya.

“Sebab dia memang betul-betul bawang, takkan lah aku nak bagi anak aku bawang macam ni,” katanya sambil mengeluh.

Melihat di ruangan komen, ramai yang keliru dengan luahan wanita tersebut kerana mahukan makanan frozen yang sudah diproses berbanding apa yang disediakan oleh restoran terbabit.

Ada juga berpendapat ia adalah makanan yang sama cuma cara pembuatan yang berbeza dengan yang sering dijual di beberapa kedai makanan segera.

Tidak kurang juga ada yang tidak faham mengapa wanita itu perlu berasa kecewa walhal ia adalah makanan yang lebih baik dan sedap berbanding makanan proses.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2025 07:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2025 08:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2025 08:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2025 08:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia ingat onion dgn bawang adalah dua benda yg berbeza kot.
Padahal benda sama je.
Dia order onion ring,tapi dpt bawang ring lol.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2025 06:45 PM | Show all posts
.. aku rasa ini bukan scamlah. ini cuma beza resepi.. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 06:46 PM | Show all posts
Sesetgh org mmg bangga ya tunjuk kebodohan masing2 kt socmed..syukur tiada manusia keliling ku perangai jakun sebegini..kalau tak lama dah kena ketuk kepala


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
I prefer onion ring macam tu daripada yang diproses sejuk beku. Sedapnya onion ring tony romas. Teringat pula.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama onion pakai original punya bawang
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:44 PM | Show all posts
Kat Nak Nak mcmni la onion rings dorang. Sedap je rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:07 PM | Show all posts
Makin pekat lidah, makin pekat bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap nye onion goreng crispy kat kfry..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia nak curly fries kot. Nak sebut tak reti mak dia order tunjuk gambar je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-5-2025 12:07 PM
Makin pekat lidah, makin pekat bodoh

Hadoooiiii hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum masuk Cari meols dah tergelak2 baca komen netizens. Baca komen2 sini lagik la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts


Ni kot onion ring crispy yg selalu mkn, x lembik mcm dia dapat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman sekarang org mmg x sabar nk tunjuk kebodohan sendiri

asal boleh upload n bikin content
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Onion ring recipe kena dry coating/breading bukan batter/wet coating... Ini asal kan coating...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:35 AM | Show all posts
ulamalu replied at 7-5-2025 12:39 PM
Ni kot onion ring crispy yg selalu mkn, x lembik mcm dia dapat.

ya i pon rasa dia biasa makan yang ni...yg ni macam bawang dia kena blend sekali tepung kan..sbb bila belah tu xda la nampak bentuk bawang tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2025 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057551 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list