CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 15

[Tempatan] Jika tiada hukuman berat, pengguna jalan raya tak takut langgar lampu merah

[Copy link]
Post time 7-5-2025 03:57 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Sikap melanggar lampu isyarat merah berpunca daripada personaliti dan pengaruh persekitaran.


Pakar Psikologi Kanan dari Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Zulfikar Ahmad berkata, faktor personaliti bermula daripada didikan sejak kecil seperti agama dan nilai adab.


"Jika sejak awal tidak dibentuk dengan baik, individu akan cenderung tidak patuh kepada peraturan termasuk undang-undang jalan raya," katanya.


Beliau berkata, persekitaran juga menjadi faktor yang mempengaruhi tingkah laku seseorang terutama apabila mereka menyesuaikan diri dengan norma di sesuatu tempat.


"Contohnya di negara yang penguatkuasaannya ketat seperti Singapura, masyarakat lebih takut melanggar undang-undang. Tetapi apabila berada di tempat yang lebih longgar, mereka tidak rasa bersalah melakukannya," katanya.


Beliau berkata, ini kerana manusia bertindak mengikut sistem ganjaran dan hukuman.


"Jika tiada hukuman berat atau penguatkuasaan konsisten, mereka tidak rasa takut untuk langgar lampu merah.


"Kadangkala kerana tekanan seperti lewat ke tempat kerja, individu rasa mereka masih mengawal keadaan dan sanggup ambil risiko. Mereka mungkin tahu bahaya, tapi emosi ketika itu mempengaruhi tindakan," katanya.


Zulfikar berkata, usaha mendidik masyarakat harus diteruskan secara konsisten dan bukan sekadar dilakukan di peringkat sekolah saja.


"Dulu ada Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah, tetapi selepas itu ia terhenti. Perlu ada kesinambungan pendidikan dan kempen kesedaran supaya pematuhan undang-undang menjadi budaya, bukan paksaan," katanya.


Sementara itu, Pengasas dan Penasihat Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR), Jamil Manan Supri berkata, tindakan melanggar lampu isyarat bukan perkara baru dan sudah dianggap 'biasa' oleh sesetengah pengguna jalan raya.


"Bukan saja di bandar, perbuatan ini juga banyak berlaku di kawasan perumahan. Ia bukan hanya membabitkan penunggang motosikal muda, tetapi pemandu dewasa," katanya.


Menurutnya, sikap gopoh dan tidak peduli keselamatan orang lain jelas menunjukkan nilai pentingkan diri yang tinggi dalam kalangan pengguna.


"Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak penguat kuasa. Semua pihak termasuk penduduk, sekolah, syarikat dan majikan perlu bersama membentuk budaya selamat," katanya.


Beliau berkata, antara langkah yang boleh diambil termasuk pengaktifan semula sistem KEJARA dan pemasangan kamera pemantau lampu isyarat (Red Light Surveillance) di lokasi tumpuan.


"Selain hukuman berat seperti penggantungan lesen atau sitaan kenderaan, majikan juga harus jadikan pematuhan undang-undang jalan raya sebagai syarat kerja, kenaikan gaji atau pangkat," katanya.


Menurutnya, perhatian perlu diberikan kepada penunggang motosikal terutama yang bekerja sebagai penghantar makanan kerana mereka sering dikaitkan dengan kesalahan lalu-lintas.


"Adalah menjadi tanggungjawab majikan memberi latihan keselamatan jalan raya kepada mereka, bukan sekadar lepaskan tanggungjawab kepada individu," katanya.


Jamil turut mencadangkan pemasangan lampu isyarat digital kiraan nombor (countdown) di lebih banyak lokasi bagi membantu pengguna bersedia untuk berhenti dan tidak terus memecut. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 04:56 PM | Show all posts
Siapa kata tak ada hukuman berat, kalau berlanggar boleh padam on the spot tapi masih tak takut kan?

Lagi satu kan, kat Malaysia ni lampu merah lama gila sebab sequencing terlalu elaborate. Semua laluan ada turn sendiri satu-satu. Cer tengok traffic lights simpang empat di Australia simple gila. Try la buat kat Putrajaya tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sini 90% motor langgar traffic light taw
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:21 PM | Show all posts
kesialan sibuk pasal langgar lampu merah, motor tu langgar motor tu mati, tiada masalah... bangsat nya, simabuk langgar orang lain mati, tak de law baru? bodo. (walaupun takda kaitan, aku tulis jugak)
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Report dalam myjpj, siap bukti dashcam pun xde tindakan apa2 kes langgar lampu merah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
puak2 ni suka play victim
kalau kena langgar dgn keta masa lampu merah pun dia akan salahkan org yg langgar tu nyeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2025 06:26 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-5-2025 08:56 AM
Siapa kata tak ada hukuman berat, kalau berlanggar boleh padam on the spot tapi masih tak takut kan? ...

Klu buat sistem traffic iight mcm kat europe lagi teruklah accident kat msia tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg biasa langgar lampu traffic tu..mat2 motor..
rider foodpanda/ grab/shopeeexpress
dan seangkatan dengannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 07:46 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 7-5-2025 04:56 PM
Siapa kata tak ada hukuman berat, kalau berlanggar boleh padam on the spot tapi masih tak takut kan? ...

ini betul
tak boleh ke install sensor?

macam bodo pg2 buta
duk melangut sorang2 berminit2

buang masa btl
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:31 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 8-5-2025 06:26 AM
Klu buat sistem traffic iight mcm kat europe lagi teruklah accident kat msia tu

Traffic design ni bukan sahaja sebagai jawapan kepada keperluan pemandu tetapi berperanan mendidik juga. Sorry to say jaringan jalanraya di Malaysia especially di Lembah Klang memang mendidik untuk merempit.

Di europe aku cuma berani drive kat UK ja sebab driver belah kanan actually dorang punya road system lagi serabut road signs berlapis2 ko kena berhenti tepi kalau nak baca satu2 speed limit dalam London 20mph can you believe that? Di Amsterdah nampak jalan clear aku berapa kali nak kena langgar bukan dengan kereta tapi basikal Dalam minda dorang dah ditanam naik kereta bukan kerana nak cepat. Itu yang kita kurang.



Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju hukuman berat. tapi kes pemandu mabuk mcm ringan je hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 12:03 PM | Show all posts
justchu replied at 8-5-2025 07:46 AM
ini betul
tak boleh ke install sensor?

Atau buat ja macam Hatyai. Siam tidur awal lepas kol 9 semua traffic lights tukar blinking amber. Kalau maintain hijau merah macam biasa takde siapa nak ikut jadi makin bahaya lebih baik kasi ja jalan tapi hati2. Talk about being practical Thai style. Kalau di siang hari at major intersections nanti ada polis jaga push button traffic lights. Mana2 arah yang dah kosong tapi masih hijau tu dia cut short jump to next sequence tidaklah kita ni menunggu macam orang gile. Bijak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 12:06 PM | Show all posts
kenapa dlm gmbr ats tu lampu plg atas die oren
rosak kot ye


anyway saman langgar lampu merah ni 300
klu x byr nk renew roadtax nnt tak boleh kan

lg 1 bnyk jgk video bdk2 moto dgn org bwk kete kena rempuh lps langgar lampu merah ni
tp still ramai main redah je jgk


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 12:37 PM | Show all posts
Tukar dari Akta JPJ kepada kanun kesiksaan. Jika ada kemalangan maut.
Kalau melibatkan ahkohol dan dadah, terus masuk jel, reman. Min 3 hari.
Mandatori penjara dan denda.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 01:38 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2025 03:31 AM
Traffic design ni bukan sahaja sebagai jawapan kepada keperluan pemandu tetapi berperanan mendidik  ...

Ye lah europe selua belah kirir selalunya. Traffic light bukan mcm kita, sekali hijau lebih dr satu hala boleh jalan, mmg ada yg masih kena tgk takde kereta baru blh gerak. Klu kat msia mcm ni dah lagi ramaii yg mamposs accident
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 03:59 PM | Show all posts
kang menyalak lak masing2 bila kena amik tindakan
salah polis la salah jpj la salah warga asing la
salah madanon la salah bijan la salah fosil la
yg buat salah penah salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054551 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list