View: 178|Reply: 7
|
[Jenayah]
Sampai 2 Kali, Lelaki Pergi Tendang Kucing Masuk Longkang!
[Copy link]
|
|
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dengan sengaja menendang seekor kucing jatuh ke dalam longkang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram @iamparitbuntar, kejadian didakwa berlaku di Jalan Besar Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Perkara itu berjaya dirakam oleh seorang individu yang menyedari perbuatan lelaki berkenaan semasa dia sedang berada di dalam kereta.
Bukan sekali, sampai dua kali tendang kucing masuk longkang
Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki berbaju hitam itu secara tiba-tiba menghampiri seekor kucing yang sedang duduk berdekatan longkang.
Dia kemudiannya menolak kucing itu dengan menggunakan kakinya sehingga haiwan terbabit terjatuh ke dalam longkang sebelum berlalu pergi memasuki sebuah kedai makan.
Selang tidak lama kemudiannya, dia sekali lagi berjaya dirakam menendang dipercayai kucing sama jatuh ke dalam longkang.
Ramai kecam, mahu pihak berkuasa segera tangkap si pelaku
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang menganiaya haiwan berkenaan.
Kebanyakan orang juga berasa marah melihat perkara itu dan berharap agar pihak berkuasa segera menangkap si pelaku untuk dikenakan hukuman atas perbuatannya itu.
Ada juga individu yang berpendapat bahawa lelaki terbabit mungkin orang kurang upaya (OKU) mental kerana manusia yang normal tidak mungkin akan berbuat sedemikian.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Pulau Pinang berhubung video tular ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg sakit hati sangat dengan kucing tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kucing ni irritating esp kalau ko memang tak suka kucing. Selain suka meminta2 kekadang siap naik tangan atas peha bila ko tak beri perhatian. Disamping itu dia juga suka gesel2 kat kaki tak kira siapa. Unless ko memang pencinta kucing, kadang2 rasa macam nak sepak tapi rasa ja lah, tak lah sampai betul2 buat.
Belum lagi terpijak tahi kucing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 5-5-2025 12:07 PM
Kucing ni irritating esp kalau ko memang tak suka kucing. Selain suka meminta2 kekadang siap naik ta ...
kucing kalo ada akal dia xkan buat mcm tu.. lainla manusia ni berakal.. patut manusia la lagi bijak kawal emosi tu.. kucing tu berhak hidup sma mcm kita.. kita sama2 kongsi apa yg ada kt muka bumi ni dgn makhluk lain.. kita ni pun menumpang je kt muka bumi ni.. bumi ni bkn hak kita semata2.. jgnla bersikap kejam ngan hewan dia x tau apa2, dia x gi sekolah mcm kita..kdg2 manusia ni ada akal tp letak kt lutut. dia pikir dia ada keistimewaan sbb tu dia rasa dia bole menzalimi makhluk lain..pdhal dia pun satu masa nanti akan hilang dr muka bumi ni.. sama la cam kucing.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|