CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 1316|Reply: 60

Yusof Haslam selesa hidup sederhana - "Jam tangan saya pun harganya kurang RM1,000. Ada yang juga bernilai RM100"

[Copy link]
Post time 7-5-2025 08:35 AM | Show all posts |Read mode



Meskipun bergelar jutawan, penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam tetap mengamalkan kehidupan sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan harta yang dimiliki.

Yusof mendedahkan, dia tidak pernah membeli jam tangan berharga lebih RM1,000 apatah lagi berhasrat untuk mengubah suai rumah agam yang dimilikinya.

"Rumah yang ada sekarang ini sudah cukup indah. Saya tidak mahu jadi seperti orang terdekat saya yang berhabis jutaan ringgit untuk ubah suai rumah serta membeli perabot baharu, tapi selepas bisnes jatuh merudum segala aset terpaksa dijual.

"Saya suka menjalani kehidupan secara sederhana saja. Jam tangan saya pun harganya kurang RM1,000. Ada yang juga bernilai RM100.

"Kalau beg tangan pula, isteri saya tidak pernah beli lebih RM3,000. Dia pernah beli beg tangan berharga RM3,000, tapi dia minta izin saya dulu.

"Saya bukan seorang yang kedekut, cuma saya tidak memandang pada jenama mewah walaupun ada kenalan yang sanggup membeli jam tangan bernilai RM25,000," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Yusof, dia lebih seronok menggunakan duit yang dimiliki dengan bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

"Saya tidak ada keinginan untuk beli kereta mewah pun sebab rasa membazir.

"Bagi saya, lebih baik kita bersedekah dengan duit yang ada. Saya lebih seronok.

"Kalau ikutkan rumah saya selalu ada yang datang minta dibantu. Saya beri apa yang kita mampu.

"Malah ada selebriti yang saya bantu kerana hidup susah dan diberi bantuan bulanan. Tak perlu lah saya beritahu siapa," katanya.

Terdahulu filem aksi terbaharu terbitan syarikat produksinya, Skop Productions berjudul Blood Brothers: Bara Naga meraih kutipan lebih RM70 juta selepas 25 hari tayangan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 09:25 AM | Show all posts
wow bagus la
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 09:34 AM | Show all posts
Retis2 muda yang suka flex mewah2 tu kena contohi Atok Selam
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
true old money..bukan nya jenis old money peminat overclaim walhal hutang keliling pinggang
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 09:49 AM | Show all posts
Bagus Tok Yusof ni berhati mulia. Moga meolls dapat jumpa IRL nak peluk dan berselfi.. hahahah.. AAmin
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:07 AM | Show all posts
blh dijadikan contoh.. tp betul la rumah dia tak pernah aku tgk berubah design sejak zmn Sembilu Zed Zaidi tu.. mgkn repair ada la kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2025 10:20 AM | Show all posts
KamikuP replied at 7-5-2025 01:49 AM
Bagus Tok Yusof ni berhati mulia. Moga meolls dapat jumpa IRL nak peluk dan berselfi.. hahahah.. AAm ...

Penah jumpa Tok Selam kat wedding bekas timbalan pengarah one of the department bukit aman, mmg ramah, tak kekwat. Semua yg nak amik gambar, Tok Selam layan semua. Takde nak buat2 muka ke walaupon masa tu Tok baru je habis makan. Nasib la Tok Selam takde minta orang tengok filem2 Skop Production baru boleh amik gambar haha. Kalau tak, retis yg niaga biskut je pon minta beli dulu baru boleh bergambar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:25 AM | Show all posts
Suka tok selam..kedai makan dia kat area HKL tu sedap ooo..banyak pilihan lauk waktu tengahari..Harga okey juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 10:32 AM | Show all posts
Shinichikudo replied at 7-5-2025 09:35 AM
true old money..bukan nya jenis old money peminat overclaim walhal hutang keliling pinggang

rasanya x pnh jumpa berita psl heol bg cek tendang n bhutang. selayaknya la kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dato ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 11:21 AM | Show all posts
rosevelvet replied at 7-5-2025 10:32 AM
rasanya x pnh jumpa berita psl heol bg cek tendang n bhutang. selayaknya la kan

TETTTTTTTTTTTTT





Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Shinichikudo replied at 7-5-2025 09:35 AM
true old money..bukan nya jenis old money peminat overclaim walhal hutang keliling pinggang

rasanya tak sesuai guna term old money tok selam sbb dia asalnya org susah.
kene tggu pewaris generasi ke 3/4 (kalau masih jutawan) baru blh guna term tu.

btw, bagus tokselam neh low profile betul hidup dia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dpt gaji bulanan dr pak usop A galak. Mulia hati toksop, dia kenang jasa kawan2, sengaja buat watak nk bg kawan2 ade job. A galak lepas pencen polis gerak khas, dibagi plk watak bawk teksi. Padahal boleh je matikan watak tu terus.

Sbb tu ms sol singkirkan harun ajiz, dia srh syafiq kutip masuk dlm sheriff. Dia jns xnk aniaya org bkn pikir biz semata2
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
No wonder rezeki datuk murah bertimpa timpa, seorang yg faham kenapa dikurniakan rezeki yg melimpah, supaya dapat berkongsi dgn mereka yg memerlukan. Bukan utk flex terpaling mampu. Rugi miss F tak berguru dgn  tok sedara tok laki before.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:01 PM | Show all posts
boleh kata antara artis yg mmg betul2 layak bergelar Datuk.... ramai jer bergelar datuk tpi tak sesuai kehidupan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 7-5-2025 11:44 AM
rasanya tak sesuai guna term old money tok selam sbb dia asalnya org susah.
kene tggu pewaris gen ...

lahh ye ke..mmg humble sungguh la tok selam ni..meols ingat dia old money sbb x berapa tau cerita tok selam muda2 dulu..maknanya anak2 and pewaris dia pasni la old money..huntunggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
selagi bersedekah tak aniaya org selagi tu murah rezeki tok selam..aman2 hidup
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela, rumah die walau besar, tp dok mcm tu je. Xde la die tuka interior.
Kot la ek, x penah pegi rumah die tp tau la swimming pool tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:10 PM | Show all posts
bagus tok selam... kalau la anaknya solsolsol pun ikut teladan.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:12 PM | Show all posts
bukan bagi org kerja dlm filem/drama dia je
yg keja kat Restoran Haslam dpn KPJ Tawakkal tu pun
ada mengena dgn dia
dulu2 abg dia jaga restoran tu
skrg tak pasti sbb dh lama tak pegi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049351 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list