View: 430|Reply: 9
|
[Jenayah]
"Kalau Kena Mata Boleh Buta" - Nyawa Penduduk Terancam, Kondo Dekat Kepong Baru Ditembak Peluru Besi!
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng baru-baru ini telah memuat naik hantaran di Facebook meluahkan rasa bimbangnya apabila lima unit kondominum di Kepong telah disyaki ditembak dengan peluru besi.
Menurutnya, situasi yang membimbangkan itu berlaku di Blok B, Kondominium First Residence, Kepong Baru yang dipercayai ditembak dengan peluru besi sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi, termasuklah sebuah unit setinggi 45 meter di tingkat 16.
Situasi yang berlaku ini menimbulkan kerisauan penduduk dan beliau juga mendakwa pelaku menggunakan senjata berbahaya dan berkuasa tinggi kerana mampu menembak dari jarak jauh.
Menurut pengurus kondo, Encik Leong, semua unit yang terjejas menghadap Jalan Api-Api dan disyaki ditembak dari arah yang sama.
“Peluru besi ditemui di balkoni, atas bumbung dan kawasan bawah, manakala kaca yang pecah melibatkan bilik mandi, dapur dan ruang tamu. Kos gantian dianggarkan RM1,000 setiap unit,” katanya.
Lim yang turun padang bersama pembantunya, Dic Lai menegaskan bahawa kejadian ini sangat serius kerana peluru besi itu mampu melepasi 45 meter, iaitu lebih jauh daripada jarak tembakan pistol polis, dakwanya.
Beliau juga pada masa yang sama mendesak agar pihak polis bertindak tegas dan menggunakan undang-undang yang paling berat buat pelaku.
Kalau kena mata boleh buta, kena badan boleh maut. Ini bukan main-main,” katanya yang bimbang sebelum lebih ramai menjadi mangsa. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
uihhh...bahaya nyaa..
tembakan random ke bersasar..
pistol yg illegal ke ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai betul yg mental sekarang. Apa motif tembak2 rumah org |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak komen benda sama...perlu ke mention Aidilfitri
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
'Peluru besi' tu apa? sorry memang tak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlu.
Patutnya dia sebut juga waktu kejadian lepas berbuka ka sebelum asar ka.
|
|
|
|
|
|
|
|
kondo ke tu? nampak mcm rumah flat up sikit dari ppr (t) |
|
|
|
|
|
|
|
report la polis utk dorg siasat
melalak kt cari forum dpt ape
hencapan berjemaah acik porem?
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat datang ke Msia..kita ada nasi lemak,roti canai,teh tarik,burger ramlee dan mcm2 lagi.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|