View: 711|Reply: 11
|
[Tempatan]
Mana Taufiq? Cikgu cari anak murid bagi hadiah kain batik nenek dari ampaian
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Dalam kenangan yang masih segar walaupun telah berlalu lebih tiga dekad, seorang guru dikenali sebagai Hani berkongsi kisah menyentuh hati yang berlaku ketika sambutan Hari Guru, 33 tahun lalu.
Guru tersebut mengimbau detik manis bersama anak muridnya, Taufiq semasa bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Rembau, Negeri Sembilan yang ketika itu masih kecil namun sudah menunjukkan tanda-tanda kasih sayang dan penghargaan luar biasa terhadap gurunya.
Kata guru wanita itu, Taufiq telah menghadiahkannya sehelai kain batik milik nenek kanak-kanak itu (ketika kejadian) yang diambil dari ampaian untuk dijadikan hadiah sempena Hari Guru.
“Anak murid saya nama Taufiq di SK Rembau pernah berikan kain batik neneknya yang diambil di ampaian untuk hadiah Hari Guru. 33
tahun lepas,” katanya menerusi perkongsian di ruang komen di TikTok.
Guru tersebut turut meninggalkan komen memaklumkan dia masih mengingati kasih sayang anak muridnya itu selain berharap agar dapat bertemu semula.
“Dekat mana awak sekarang Taufiq? Teacher (cikgu) masih ingat awak,” katanya.
Usaha guru itu untuk menjejaki bekas muridnya mendapat sokongan ramai apabila netizen mula berkongsi tangkap layar komennya di media sosial agar dua insan tersebut dapat bertemu semula.
“Tolong ‘tag’ Taufiq, mana dia sekarang? Taufiq Teacher (cikgu) Hani sedang cari awak,” kata Aisy.
“Mana encik Taufiq sekarang? Bekas pelajar SK Rembau. Cikgu awak cari ini. Munculkan diri,” kata Fakhrul Jalani.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cari nama budak tu dalam media sosial tak jumpa ke? mungkin ada akaun kat fb atau linked in.
sekarang satu malaya dah kenal kau Taufik 
|
|
|
|
|
|
|
|
dah misi mencari taufiq pulakkkk 
time skola dulu circa 84-94 skola tak penah celebrate hari guru
bagi hadiah pun idak
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujur nenek sidai kain batik biasa
Kalau kain batik.lepas? Nanges cikgu kau dek
Hahahaha...
Bagi iols.okay je raikan hari guru...
Masa iols sekolah dulu..sambutan hanya masa perhimpunan sambil cikgu nyanyi lagu kami guru malaysia je...
Now anak2 iols.semangat.nak bg hadiah
Iols borong whiteboard marker jah...hahah |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 16-5-2025 06:56 AM
ooo takde ye...zaman iols 88 tu dah ada tp hadiah budak2 bg sabun mandi buku balut cun2, kdg bg ...
Aku bg cikgu ubat nyamuk. Habis stok ubat nyamuk lingkaran kat umah.. Dh la umah dekat ng paya...
Gitulah kasih aku kat cikgu. Agar cikgu tak digigit nyamuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap taufik munculkan diri...
Nak tengok gak budak mana yg rembat kain batik kat ampaian tu
Lain kali tunggu siap lipat dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Ekekekeke ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Taufik sudah dikenalpasti? |
|
|
|
|
|
|
|
hujung2 keluar cerita sedih...taufik dah takde
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi hadiah tuala wanita kt cikgu ppuan |
|
|
|
|
|
|
| |
|