CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 1

Gadis ini diserang anxiety teruk lepas bapa meninggal, tragedi hitam sebelum SPM masih berbekas

[Copy link]
Post time 28-4-2025 08:33 AM | Show all posts |Read mode



KLIP video menunjukkan seorang gadis menangis teresak-esak sambil dipujuk dan ditenangkan ibunya mengundang rasa sebak ramai.

Menurut Putri Deana Edzlyn, 18, rakaman penuh emosi itu dirakam pada hari pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, 24 April lalu.

Menurut Deana, ketika itu dia terlalu takut untuk melihat keputusan SPM sendiri kerana masih dibelenggu rasa kehilangan bapa tercinta, Syairul Edzwan Putra.

"Perkara sebenar yang terjadi adalah saya baru kehilangan daddy pada November tahun lepas. Waktu itu tiga hari sebelum menduduki kertas SPM Bahasa Melayu," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Berkongsi lanjut kepada mStar, Deana memberitahu dia merupakan anak tunggal yang sangat rapat dengan arwah bapa, menyebabkan kehilangan itu memberi 'tamparan' cukup besar buatnya.

Malah, suasana pilu turut menyelubungi keluarganya apabila arwah ayahnya meninggal dunia secara mengejut selepas menemani Deana mengulangkaji pelajaran pada sebelah petang.

"Petang itu daddy teman saya study... malam tu juga dia 'pergi'. Doktor sahkan daddy kena serangan jantung.

"Tapi tak ada pun tanda pelik-pelik sebelum itu. Semua berlaku terlalu pantas, kami sekeluarga betul-betul terkejut dengan pemergian daddy," luahnya sebak ketika dihubungi mStar.

Disebabkan keadaan emosi yang terganggu, Deana berdepan tekanan melampau sehingga disahkan mengalami anxiety dan panic attack secara serius.

Menurut Deana, situasi itu juga memaksanya menduduki peperiksaan di bilik kesihatan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham, Perak.

"Waktu SPM, saya sangat down, sedih dan kesihatan saya terjejas teruk. Sampai saya kena ulang-alik pergi klinik," katanya lagi.  

Saya menangis sebab tak sangka result saya Alhamdulillah lebih daripada apa yang saya jangka.
PUTRI DEANA EDZLYN



Walaupun diuji, keputusan yang diterima Deana di luar jangkakannya membuatkan dia tidak dapat menahan air mata.

"Saya menangis sebab tak sangka result saya Alhamdulillah lebih daripada apa yang saya jangka. Walaupun tak cemerlang sangat, tapi saya tahu apa yang saya lalui.

"Sebab masa exam, saya memang hilang arah... rasa macam tak mampu nak buat apa-apa," ujar Putri, jujur.

Kini, Deana menganggap kejayaan itu sebagai hadiah buat arwah bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat sepanjang hayatnya.

Jelas Deana, arwah bapanya disahkan meninggal dunia pada 27 November 2024 sekitar pukul 10 malam pada usia 50 tahun.  

"Saya bersyukur cikgu-cikgu memang banyak bagi sokongan moral. Setiap pagi sebelum nak masuk bilik peperiksaan, mereka akan bagi kata-kata semangat buat saya.

"Untuk perancangan masa hadapan, saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang saya minat.

"Jika ada rezeki saya mahu meneruskan pengajian dalam bidang komunikasi massa," ujarnya lagi.

Sumber : mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya faham perasaan itu. Memang bukan dibuat-buat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036643 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list