View: 628|Reply: 15
|
“Yang Gila Tu Saya, Bukan Fazura” - Janna Nick
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini pelakon Janna Nick dikecam netizen gara-gara menyebut perkataan ‘perempuan gila’ ketika bertanya soalan kepada Fattah Amin dalam satu podcast.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Janna tampil menjawab mengenai perkara itu dimana netizen salah faham mengenai soalan berkenaan.
Menurut Janna, soalan diajukan itu merujuk kepada situasi umum yang dirasai oleh kaum lelaki selepas berpisah dengan isteri mereka serta mengakui bahawa dirinya yang gila.
“Disebabkan anda tak sukakan seseorang jangan cipta sesuatu yang secara terang-terangan tiada. Korang kata saya cakap Fazura perempuan gila. Yang gila tu saya. Saya yang gila diperakui,” katanya.
Dalam video berkenaan, Janna turut memuat naik semula klip memaparkan dia bertanyakan soalan kepada Fattah namun ramai yang salah anggap dengan soalannya itu.
“Saya bagi soalan contoh situasi umum seorang lelaki dan tidak faham dan cakap saya ni hina perempuan, hina orang dah bercerai,” katanya.
Sementara itu, Janna menjelaskan dia memahami situasi berkenaan memandangkan ibu bapanya juga sudah bercerai dan dia tidak akan menghina wanita sebaliknya mahu tahu dari perspektif lelaki.
“Saya datang dari broken family. Mak saya juga wanita yang diceraikan. Jadi saya faham perasaan perempuan yang dah berpisah jadi tak mungkin saya hina seorang wanita dan ibu.
“Soalan itu bukan untuk menghina sesiapa. Saya rasa ada sesetengah lelaki atau ayah lepas tangan bila dah berpisah, jadi saya nak tahu mreka ini rasa bebas ke bila bercerai? Bebas dari tanggungjawab.
“Bebas dari anak bini yang menyerabutkan otak mereka atau bebas dari anak bini yang membebankan mereka selama berkahwin?
Saya nak tahu macam itu ke mereka rasa sebab itu saya guna term perempuan gila sebab nak tahu perspektif lelaki yang rimas dengan bekas isteri. Maksudnya lelaki rasa perempuan ini gila ke bila mereka dah berpisah,” katanya.
Dalam pada itu, Janna menyedari soalannya itu tidak sesuai untuk sesetengah pihak namun dia hanya menjalankan tugas sebagai pengacara serta memohon maaf andai ada pihak terguris hati.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan yg badan gemok ni mmg jenis kasar, baran dan cepat marah eh?...ni yg selalu in real.life aku berdepan..tgk la cara JN ni bercakap |
|
|
|
|
|
|
|
Ya.... JN ni agaknya membayang kan one day kot2 jadi ke dia...
So dia dah prepare soalan utk wartawan tanya dinie tu in future kot hehehe... Terbawak2.
Btw... Ai faham je dia guna as bahasa pasar.... Kan biasa kita kalau gurau2 cakap oooiii gila.. Tapi itulah x semua org terima...
Org mcm2 perangai.
Kesimpulannya jaga lah bahasa kalau utk public.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yer la tu it's ok....haha....psikologi nya ko x ok bila ko mention ko OK..  |
|
|
|
|
|
|
|
Video dia atas tu dah kenapa beria2 defensive. Nampak sgt terkesan nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Janna u better xyah jd host. U klu xpndi nk nk bercakap elok better duk dendiam je. Lg menambahkn stress u lg ada. G la study dl before jd host. Muka u dah cantik dah. Klu mulut u cantik lg berganda2 cantik u janna. I dl minat j u. Tp. Makin lama makin hauk pulak mulut u. Sib baik dini syg. Jaga dini elok2 k janna. |
|
|
|
|
|
|
|
nk jd podcaster ke, penyampai ke, kena ada ilmu sis..ayat kena pandai susun supaya org x salah tafsir..bukan ko main sembur je soalan guna bahasa pasar, konon acah nk buat rancangan yg santai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ckp dah aritu paham je maksud sheols ni. Tp mmg la org akan pikir sheols kate ke faz, nak2 dgn muka attah tekezut camtu, maknanya attah pon tersalah paham memula. Kan dah susah2 kena explain lg. Terlajak kata takleh undur.. kalo salah taip leh delete or edit. Tp chuols yg mrh kat jana psl mulut laju dari otak tu kalo leh jgnla ckp sheols mandul (kat tred sblm ni)..kesian pulak.. takde kaitan. Kalo ckp sheols yg gilo psl bipolar tu takpe sbb sheols sndri ngaku. |
|
|
|
|
|
|
|
aku paham je maksud si Janna ni..sebab mmg dia dah mention secara umum pun.. dia macam kalau iv pompuan yg minta cerai pun ayat dia sama ' lepas dr lelaki gila' .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni jadi pengacara kena ke cakap kau kau gitu? Yelah kalau pun dia tu kawan Fattah, ko tak boleh ke guna bahasa yang proper sebab tengah interview? Ko dok rumah aje la JN oi |
|
|
|
|
|
|
|
cakap macam ini....kat back stage atau keday kopi , bergurau senda, tepuk tampar dgn member boleh.
tapi bila kamu bercakap di program bual bicara....definately wrong. bukan gini cara nya.
itu sebab kena blajar mass communication. kaleng2 pun at least diploma.


|
|
|
|
|
|
|
|
Podcast dia kan? Live ke? Tak reti edit? Nak buat podcast buat la betul-betul. Kalau taknak buat betul-betul,buat live tiktok je. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga lepasni lbh berhati2 bila mengeluarkan kata2 ye mek jena.... |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 14-5-2025 04:16 PM
cakap macam ini....kat back stage atau keday kopi , bergurau senda, tepuk tampar dgn member boleh. ...
Yezzaaa....sbb itu pentingnya education....berlajar lagi ye dik...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|