CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 3

[Tempatan] Mayat lelaki berulat ditemukan tergantung

[Copy link]
Post time 14-5-2025 10:30 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA : Mayat seorang lelaki ditemukan tergantung dalam kawasan hutan berhadapan sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3.44 petang itu, mayat yang tidak dipastikan umur dan bangsanya telah ditemukan dalam keadaan sudah berulat.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penemuan mayat lelaki itu telah dimaklumkan menerusi talian MERS 999 oleh seorang lelaki tempatan.


Kata beliau, lelaki berkenaan dikatakan telah ternampak mayat berkenaan yang tiada identiti dalam keadaan tergantung.


“Siasatan ditempat kejadian dapati kawasan adalah hutan kecil dan berbukit.


“Lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan leher tergantung menggunakan objek jenis wayar hitam di dahan pokok di dalam semak dekat Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, ”katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, mayat lelaki berkenaan ditemukan memakai baju berwarna kelabu selain berseluar pendek warna biru cerah.


“Lelaki itu juga ditemukan bertali pinggang dan memakai selipar berwarna biru.


“Kesan kecederaan yang dapat dilihat setakat ini hanya pada leher sahaja iaitu kesan tali gantung dan lain-lain masih tidak dapat dipastikan lagi,” jelasnya.


Tambah beliau, pemeriksaan tubuh badan lelaki itu tidak menemukan apa-apa dokumen.


“Mayat lelaki itu telah dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat yang akan dijalankan esok.


“Kes diklasfikasikan mati mengejut (SDR),” jelas beliau. - UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols baca kat Pesbuku tadi, jumpa dkt dgn Hard Rock KL kat Concorde tu. Mano plk utan kecik dkt Hard Rock tu? Yg aku tau, Jalan Sultan Ismail tu straight, tepi2 ada bangunan je lah. Ke, dkt lepas jejantas, then uphill kiri tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:36 PM | Show all posts
hutan bukit nanah kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 14-5-2025 10:38 PM
Meols baca kat Pesbuku tadi, jumpa dkt dgn Hard Rock KL kat Concorde tu. Mano plk utan kecik dkt Har ...

Dpn htl concorde sblh stesen moneral bkt nenas situ la myt jmp tmpt aku ulang alik gi keja td aku blk keja ada je kereta polis situ ambik myt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034237 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list