CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 18

[Jenayah] Dapat Semua G, 1,789 Calon SPM Gagal Semua Mata Pelajaran!

[Copy link]
Post time 25-4-2025 07:44 AM | Show all posts |Read mode


Seramai 1,789 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 didapati gagal dalam semua mata pelajaran atau dapat semua G yang diambil, menurut pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Perkhabaran itu kurang menyenangkan kerana generasi muda ini akan menjadi tunjang kepada pembangunan negara di masa akan datang.

Calon dapat semua G meningkat

Ianya adalah peningkatan sebanyak 322 calon gagal semua mata pelajaran atau semua G, berbanding 1,467 calon yang mencatat keputusan serupa pada tahun 2023.

Perkara tersebut diumumkan dalam Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 yang diadakan secara langsung dari Putrajaya baru baru ini.

Lebih 14,000 dapat ‘straight A’

Seramai 116,108 calon pula dilaporkan gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan tersebut, mencatatkan penurunan berbanding 119,393 calon pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Azman Haji Adnan juga telah memaklumkan bahawa seramai 14,179 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang, iaitu merangkumi gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Dipetik daripada laman Malaysia Gazette, beliau berkata: “Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menilai pendekatan bagi kumpulan ini bagi peperiksaan SPM 2025 termasuk memperkukuhkan program pemulihan berkaitan dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

“Selain itu, kita juga sedang memperluaskan inisiatif sokongan akademik yang bersasar dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk membantu pelajar khususnya yang berisiko tinggi dan memberi intervensi lanjutan.”

Seterusnya beliau juga menganggap analisis ini penting dalam membantu menyediakan sokongan kepada pelajar pelajar ini di masa akan datang.

“Ini penting supaya kita dapat bersedia lebih awal bagi menangani kemungkinan berlakunya isu-isu sepert ini pada masa depan khususnya dalam kalangan murid yang memerlukan sokongan khas,” tutup Datuk Haji Azman.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2025 08:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat voley gagal semua mata pelajaran?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 09:53 AM | Show all posts
apalah nak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:25 AM | Show all posts
KPM pun dapat G subjek bendera Malaysia.

Agak heran juga wartawan Cari tak buka thread pasal ni. Berita pun suam2 kuku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
KPM > JPN >PPD  kena tgk hal ini..
Patutnya kalau buat UPSR, PT3 at least golongan pelajar ni tahu kecenderungan diaorg lebih awal..so dah boleh buat intervensi utk ke arah TVET..TVET byk cabang kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
biri-buri butania, biri-buri butania





Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
G-spot tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampir 20 tahun meols berkhidmat, baru jumpa sorang pelajar macam ni. Perempuan. Tapi berjaya nikah beranak pinak juga akhirnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 25-4-2025 11:25 AM
KPM pun dapat G subjek bendera Malaysia.

Agak heran juga wartawan Cari tak buka thread pasal ni. Be ...

Berita suam pon hari2 muka ko jugak menyemak forum. Komen ko panas.. intelektual sgt kew?


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:59 PM | Show all posts
diorang ni batch terakhir yang ada exam upsr pt3. Batch SPM 2025 batch pertama yang tak pernah ada exam besar since darjah 6.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal2 influencer lattew..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-4-2025 04:02 PM
biri-buri butania, biri-buri butania

Muhammad Tarmizi Bin Kamaruddin??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa le nak jd dgn anak bangsaku
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 26-4-2025 10:26 AM
Apa le nak jd dgn anak bangsaku

Sedihkan

Moga sok kje jd org jgk la

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:04 AM | Show all posts
Ini tak perlu hairan.

Seiring dengan pertambahan penduduk, walaupun kecil, perkara negatif juga akan meningkat. Sebab lain ialah pengaruh internet di abad ini.. tapi kita perlu ingat juga kedua faktor diatas juga menyebabkan pertambahan kesan positif

Aku rasa batch ini dan beberapa batch sebelum ini ada nasib malang kerana terpaksa melalui fasa covid. Fasa ini sebabkan setback yang besar dlm pembelajaran budak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
macamana pun dalam ekosistem ni mesti kena ada yang jadi buruh, pekerja am etc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 26-4-2025 10:22 PM
Sedihkan

Moga sok kje jd org jgk la

Aaminnn.. Tp tu le kalau ada modal & berezeki boleh gak merasa hidup selesa. Kalau yg nan hado... Harap kerajinan je la jd milik mereka lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi sekolah utk ada pengalaman bersekolah aje kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054913 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list