CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 4

[Tempatan] Lebih 2,000 murid Tabika Perpaduan alami masalah bantut: JPNIN

[Copy link]
Post time 27-4-2025 11:56 PM | Show all posts |Read mode


TUMPAT: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merekodkan sejumlah 2,427 murid Tabika Perpaduan mengalami masalah bantut dan bantut teruk setakat Mac tahun ini.


Ketua Pengarah JPNIN Datuk Che Roslan Che Daud berkata selain itu, sebanyak 72 kanak-kanak Taska Perpaduan turut dikesan mengalami masalah yang sama.


“Bagi mengatasi masalah ini, JPNIN mengambil beberapa inisiatif termasuk melaksanakan program kesedaran, menyediakan menu makanan berkhasiat di Tabika dan Taska Perpaduan dengan kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri, serta memastikan makanan disediakan oleh guru dan pendidik mengikut kreativiti untuk menarik minat kanak-kanak,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pelancaran Menu Sihat Perpaduan Serentak Seluruh Negara Tahun 2025 di Pusat Aktiviti Perpaduan Tumpat, di sini hari ini.


Che Roslan berkata inisiatif itu penting kerana pemakanan merupakan komponen utama dalam memastikan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak secara optimum.


“Amalan pemakanan sihat yang diterapkan sejak usia muda akan mempengaruhi corak pemakanan serta tahap kesihatan mereka apabila dewasa kelak,” katanya.


Beliau berkata atas kesedaran itu, JPNIN mengambil langkah melaksanakan Program Menu Sihat Perpaduan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya ibu bapa, mengenai kepentingan pemakanan sihat kepada anak-anak.


“Pelaksanaan program ini melibatkan guru, penolong guru, pendidik, pembantu pendidik, ibu bapa, Jawatankuasa Penyelaras Tabika dan Taska Perpaduan serta masyarakat setempat,” katanya.


Menurut beliau, program ini turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing, dan pelbagai pengisian telah dirangka bagi memastikan amalan pemakanan sihat dapat diterapkan secara konsisten sejak awal usia.


“Program ini tidak akan berjaya jika hanya bergantung pada guru dan pendidik di tabika dan taska. Ibu bapa perlu menjadi ejen perubahan sebenar dalam memastikan kejayaan program ini,” katanya.


Che Roslan berkata masalah pembantutan merupakan satu cabaran besar kerana ia boleh memberi kesan terhadap prestasi akademik, kebolehpasaran pekerjaan, malah turut mempengaruhi kekuatan ekonomi negara.  - BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 04:57 AM | Show all posts
Warga Africa walaupun mereka tidak berapa cukup makan tetapi disebabkan mereka minum susu segar terus dari kambing, lembu, unta mereka menjadi kurus dan tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 28-4-2025 04:57 AM
Warga Africa walaupun mereka tidak berapa cukup makan tetapi disebabkan mereka minum susu segar teru ...

Hebat susu lembu afrika

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu baru di Tabika Perpaduan....belum lagi kajian di Taska Taski Tadika Tadiki Pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 28-4-2025 10:23 AM

Mak budak budak ni tengah sebok mengecikkan perut.

Sabar je lah dekkkk.

Baru lepas beranak engko, mak engko nak body Che Ta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053583 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list