CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 1

[Tempatan] Penjara Ayer Molek dijenamakan sebagai KotaJail

[Copy link]
Post time 27-4-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode




JOHOR BAHRU: Penjara Ayer Molek yang sudah tidak bero­perasi hampir 10 tahun kini dihidupkan kembali sebagai sebuah pusat tarikan pelancongan baharu menjelang sambutan Tahun Melawat Johor (Visit Johor) 2026.


Pengarah Tourism Johor, Shahril Nizam Abdul Rahim berkata, premis yang dibangunkan dengan nama KotaJail itu menggabungkan beberapa elemen termasuk pelancongan makanan setelah diusahakan Joho Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).


Katanya, KotaJail kini merupakan satu lokasi baharu dengan pelbagai kisah manis bakal tercipta, bukan lagi penjara menghukum pesalah.


“Terletak di kawasan strategik dan di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru, KotaJail ini berupaya menarik kehadiran le­bih ramai pengunjung termasuk pelancong luar ke Johor.


“Ia bukan sahaja usaha pemulihan premis bersejarah, tetapi satu transformasi yang berkait langsung dengan sektor pelancongan, pastinya kewujudan KotaJail ini akan membantu sambutan Visit Johor 2026,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pengoperasian KotaJail, semalam.


Tambah Shahril Nizam, pihaknya menyokong sebarang usaha pembangunan infrastruktur bertujuan meningkatkan sektor pelancongan negeri kerana ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk.


Sementara itu, Pengarah Operasi KotaJail, Zul Abas memberitahu, kerja-kerja transformasi Penjara Ayer Molek itu akan lengkap sepenuhnya pada Jun ini, dengan perasmian bakal diadakan selepas itu.


“Ketika ini KotaJail sudah dibuka kepada umum, ia menawarkan pelbagai aktiviti termasuklah galeri penjara, galeri seni, ruang acara, ruang kerja, jualan produk kraf serta pelbagai makanan dan minuman,” katanya. – UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kota Jahil tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036885 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list