View: 365|Reply: 13
|
[Tempatan]
Kekurangan Tenaga Kerja Sektor Kesihatan, KKM Mintak Pelajar SPM Straight A Sambung Jurusan Perubatan Dekat Universiti!
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pelajar yang memperoleh keputusan A penuh (‘straight’ A) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk menyambung jurusan perubatan di peringkat universiti.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengakui bimbang dengan trend penurunan minat pelajar terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dilihat memberi kesan kepada industri perubatan.
“Saya menaruh sedikit kebimbangan kerana (STEM) merupakan aliran sains yang akhirnya akan menjadi ‘supply pipeline’ (laluan) kepada pelajar untuk mengambil jurusan perubatan.
“Justeru KKM, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi perlu berusaha menarik kembali minat pelajar terhadap STEM,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mini Karnival Jom Sihat @ Kota Lama di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu, Jalan Kelochor, di sini hari ini.
Dr. Dzulkefly berkata, beliau beranggapan bahawa adalah mustahak untuk menyuntik kembali minat pelajar terhadap STEM agar permasalahan daripada sudut sumber manusia di KKM dapat diatasi segera.
Menurutnya, langkah itu termasuk mengekalkan pakar-pakar dalam KKM selain menyegerakan pendekatan hala tuju kerjaya, elaun dan kebajikan.
“Sehubungan itu, penting untuk saya dan KKM memberikan sokongan berterusan terhadap STEM bagi memastikan kesuburan sektor perubatan di negara ini,” katanya. – |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar cemerlang akan jd Dr kat negara lain selain msia ni sbb gejala buli kuat sgt. Menteri perlu fixkan bnd basic, base, before nak sembang tahi. |
|
|
|
|
|
|
|
Selesaikan masalah dokter kontrak dulu. Bg la sikit mase depan utk career dokter ni.
Blaja penat, lame, pkai duit byk keje tarak. Kesihatan fizikal mental terabai.
Utk adik2 straight A, run while u still can |
|
|
|
|
|
|
|
x jadi apa suh pelajar masuk STEM...
last2 yg jadi doktor lari ke swasta atau luar negara..
aku dh ckp byk kali, 1st kali balik caj rm1 kt hospital/klinik tu.. pastu naiktaraf perks doktor & kakitangan kesihatan kt hospital/klinik awam |
|
|
|
|
|
|
|
Gomen n KKM ni in denial yang budget tahunan perubatan dah tahap billion kalau kekalkan charge RM1 ni. Hamjad perokok tegar yang pencen gomen ni mengaut subsidi beratus ribu setahun. Tu belum lagi yang tak jaga makan, tiap waktu makan teguk air manis. Jadi kemarahan ni penyakit2 ya g memang boleh dibendung dengan buang tebiat merokok, makan tak jaga. Pastu merintih hospital gomen kejam. Mana tak kejam sorang doctor MO kena rawat beratus pesakit sehari. Dah tu toxic work environment, yang pembuli tegar dibiar bergentayangan. Pintu bilik air tercabut pun takde budget. Apo? |
|
|
|
|
|
|
|
Bajet dah 420biliyoooooooòooon pun takkan tak leh repair pintu bilik air kot |
|
|
|
|
|
|
|
bkn selama ni ramai ke graduan doktor pastu buat skim kontrak bagai plak. dah pakat2 lari masuk private/obesi.
org bljr mujur tak mereng je pastu kene buli harras dek senior hangsuang then dgn masa depan kerjaya ala2 malap je baik lari ke lain je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kata graduate medical dah saturated. Minta universiti jangan offer lagi bidang perubatan.
Ni kata dah kurang pulak.
Anyway, memang KKM perlu ramai lagi pegawai perubatan sebab ramai yang lari.
Work conditions teruk sangat kat govt ni. My sister pun lari ke swasta after tamat kontrak. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak kaka takmau buat medic. Tapi masih ada kalangan kawan2 dia nak sambung bidang medic. Semoga berjaya anak2 ni dalam bidang masing2. |
|
|
|
|
|
|
|
Kkm ni kalau tak keluar statement bodoh boleh kaaa?sehari je Tampa statement bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 27-4-2025 10:02 PM
Kkm ni kalau tak keluar statement bodoh boleh kaaa?sehari je Tampa statement bodoh
Dr. Zul nie masa zaliha jd menteri kesihatan bkn main mcm² dia komen seolah² dia terpaling tau psl KKM. Tapi bila dah ganti menteri hauk jgk, bila cakap bukan main gaya dia konon penuh berfakta. |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor kontrak pun x terhandlelg mau sembang khinzir suh studi medic hang pi setel kes Dr buli - bunuh diri la deyyy....porachittt |
|
|
|
|
|
|
|
bukan semua budak stret A nak amek medic ...tengok minat student jugak
apa2 pun fix dulu kaykayem tu , dgn doc contract la, underpaid la , kes buli yada2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|