CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 5

Cerai Adira peristiwa hitam dalam hidup, Datuk Red anggap hukuman atas kealpaan

[Copy link]
Post time 26-4-2025 03:11 PM | Show all posts |Read mode



GENAP setahun penceraian, usahawan Datuk Seri Adnan Abu menganggap perpisahan dengan penyanyi Adira Suhaimi adalah satu peristiwa hitam dalam hidupnya.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, dia menerima penceraian itu sebagai hukuman atas segala kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.

Usahawan berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana sudah menjadi isteri terbaik dan memberi gambaran akan memperbaiki hubungan mereka selepas ini.

“Genap setahun peristiwa hitam (bercerai) saya, ini pengajaran dan hukuman ke atas saya yang alpa.

“Terima kasih Adira selama ini menjadi isteri saya. Semoga awak berbahagia dan yang penting sihat dan yang penting sihat untuk menjaga anak-anak saya. Saya akan kembali nanti,” katanya.

Adnan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Tidak hanya itu, penggunaan tanda pagar yang dimuat naik turut mendapat perhatian ramai menunjukkan kesungguhan Adnan membuktikan cintanya kepada penyanyi lagu Milik Kita ini.




Antara tanda pagar yang digunakan termasuk #sumpahakutakcarilain #tapitunggujodoh #misihabiskanjualanbaju #akutakakandudukdikerusitulagi #akuakankembalimenjadisuamiyangbertanggungjawab #jikatidakakurelamendude #wanitelainjanganteraiaku #akusucidansetia.

Pada Julai tahun lalu, Adnan meluahkan hasrat mahu berkahwin semula dengan Adira pada Aidilfitri tahun 2025.

Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian atas faktor kewangan menjadi salah satu punca dia membuat keputusan untuk tangguhkan niat menikahi semula Adira.

Untuk rekod, Adnan dan Adira pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim juga berakhir dengan penceraian pada 13 Mei tahun sama dan mereka dikurniakan luma orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 07:51 PM | Show all posts
asyik adira je…  bekas sorang lagi tu takde ke ko rasa menyesal ceraikan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrsLucky at 26-4-2025 08:49 PM

Datin Red tak terasa hati ker....owh ya..he nak guna Adira untuk dapat sales...
Dulu bukan he ada kes scam tanah ker?


https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/03/28/dakwa-kena-tipu-beli-tanah-rm60000-dengan-datuk-red-lelaki-ini-menyirap-kenang-ibu-keluar-duit-kwsphttps://www.mstar.com.my/spotlig ... bu-keluar-duit-kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb banker
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 02:59 AM | Show all posts
Rasa mcm teringin nk tgk ex-wife lg satu merempan. Ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Menumpang glamer ex wife dengan buat drama air mata boya. Geli
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044223 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list