Pope Francis meninggal dunia, umum Vatican dalam kenyataan video
April 21, 2025 @ 4:32pm
Paus Francis, 88, meninggal dunia pada 21 Mei 2025. - Foto AFP
VATICAN: Paus Francis, pemimpin pertama dari Amerika Latin yang mengetuai Gereja Roman Katolik, sudah meninggal dunia hari ini, umum Vatican dalam satu kenyataan video pada Isnin.
Mendiang menamatkan pentadbiran yang sering bergolak dan dipenuhi ketegangan ketika beliau berusaha merombak institusi yang sudah lama berakar umbi itu.
Beliau yang meninggal dunia pada usia 88 tahun, baru-baru ini berjaya mengharungi serangan serius pneumonia yang kronik.
"Saudara dan saudari yang dikasihi, dengan rasa dukacita mendalam saya mengumumkan pemergian Bapa Suci kita, Francis.
"Pada jam 7.35 pagi ini, Uskup Rom, Francis, telah menghembuskan nafas terakhir," kata Kardinal Kevin Farrell menerusi saluran televisyen Vatican.
Jorge Mario Bergoglio dipilih sebagai paus pada 13 Mac 2013, mengejutkan ramai pemerhati Gereja yang melihat tokoh dari Argentina itu, dikenali kerana keprihatinannya terhadap golongan miskin, dianggap sebagai 'calon luar'.
Beliau berusaha membawa pendekatan sederhana dalam peranan agung itu dan tidak pernah mengambil alih kediaman rasmi mewah di Istana Apostolik seperti pendahulunya.
Sebaliknya, mendiang memilih untuk tinggal dalam kalangan masyarakat, demi 'kesihatan psikologi' dirinya.
Beliau mewarisi sebuah institusi yang diselubungi skandal penderaan seksual kanak-kanak dan perpecahan dalam birokrasi Vatican, dan dipilih dengan mandat jelas untuk mengembalikan ketertiban.
Namun, sepanjang tempohnya sebagai Paus, beliau berdepan kritikan hebat daripada golongan konservatif yang menuduhnya merosakkan tradisi suci.
Pada masa sama, beliau turut dikecam golongan progresif yang merasakan beliau tidak cukup radikal dalam usaha merombak Gereja berusia 2,000 tahun itu.
Di sebalik pergelutan dalaman, Francis menjadi ikon global, menarik kehadiran besar dalam lawatan luar negara beliau, mempromosikan dialog antara agama dan keamanan, serta membela golongan terpinggir seperti pelarian.
Dalam satu keadaan unik zaman moden, dua tokoh berbaju putih berkongsi Vatican untuk sebahagian besar pemerintahan Francis, apabila pendahulunya, Benedict, memilih untuk terus tinggal di Holy See selepas peletakan jawatan mengejutkan beliau pada 2013 yang membuka laluan kepada Paus baharu.
Benedict, tokoh yang dihormati golongan konservatif, meninggal dunia pada Disember 2022, akhirnya meninggalkan Francis sebagai satu-satunya tokoh utama sebagai Paus.
Sehingga Februari 2025, Francis melantik hampir 80 peratus daripada Kardinal pemilih yang akan memilih Paus seterusnya, meningkatkan kemungkinan dasar progresif beliau diteruskan walaupun terdapat tentangan kuat daripada golongan tradisionalis.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 21-4-2025 09:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
May his soul rest in peace. Pope terpaling passionate and dedicated. Heols selalu beri second chance kpd divorcees and LGBTs. Pasni acanerlah pope seterusnya. Cant wait to watch the voting process again
Post time 22-4-2025 08:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Berikut beberapa nama kardinal yang sering disebut-sebut berpotensi menjadi Paus selepas Pope Francis (dipanggil juga papabile):
⸻
1. Kardinal Peter Turkson (Ghana)
• Dikenali sebagai seorang yang berpengaruh dari Afrika.
• Pernah mengetuai Pontifical Council for Justice and Peace.
• Fasih dalam banyak bahasa dan sangat aktif dalam isu keadilan sosial.
2. Kardinal Luis Antonio Tagle (Filipina)
• Salah seorang tokoh paling popular dari Asia.
• Kini menjawat jawatan penting di Vatican sebagai Pro-Prefect for Evangelization.
• Dipandang sebagai “Pope Francis versi Asia” kerana gaya sederhana dan penuh belas kasihan.
3. Kardinal Matteo Zuppi (Itali)
• Presiden Persidangan Uskup Itali.
• Dikenali dengan pendekatan yang terbuka, diplomatik dan menyokong dialog antara agama.
• Mempunyai pengaruh kuat di kalangan gereja Itali.
4. Kardinal Christoph Schönborn (Austria)
• Pernah mengetuai penulisan Catechism of the Catholic Church.
• Dihormati dalam kalangan intelektual Gereja Katolik.
• Umurnya agak lanjut (lebih 70-an), jadi kurang kemungkinan dipilih.
5. Kardinal Jean-Claude Hollerich (Luxembourg)
• Rapporter kepada Synod on Synodality, agenda besar Pope Francis.
• Dikenali kerana pandangan progresif dalam pelbagai isu, termasuk terhadap belia dan keluarga moden.