Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tetap berharap agar Aslam serta anaknya iaitu Marissa Dania Hakim tetap datang berjumpa dengan Abby.
Kata netizen luahan Abby itu sekadar rajuk seorang ibu dan jauh di sudut hati masih menyayangi anaknya.
“Tolong Marissa, sebelum terlambat. Bila ibumu bersuara maknanya masih ada peluang.
“Saya faham perasaan Abby, harap menantu dan anaknya datang memohon maaf atas segala kesilapan mereka,” tulis netizen di ruangan komen.
Sebelum ini Aslam, 26, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Threads.
Bagaimanapun menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Abby meminta Aslam untuk menghadapnya di rumah dan memohon maaf secara berdepan.
Pada Selasa lalu, isu membabitkan mereka kembali hangat apabila Abby meluahkan rasa hairan ada pihak memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.
Marissa menerusi kenyataan yang dibuat pada Jumaat bagaimanapun memberitahu mahu mengambil pendekatan menyelesaikan kemelut keluarga secara peribadi dan bukannya melalui media sosial.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.
Sumber: mStar