CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1043|Reply: 27

‘Depan orang berlakon baik’ – Anju tuduh mak sendiri narsistik

[Copy link]
Post time 22-4-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 22-4-2025 09:14 AM



PETALING JAYA – Entah di mana punca, pelakon Zarina Anjoulie mendakwa ibunya, Norzaini Abdul Hamid atau dikenali sebagai Aunty Aini sebagai manusia narsistik yang cemburukan anak sendiri.


Pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu berkata, wanita terbabit dikatakan suka menceritakan keburukan dirinya kepada orang lain.


“Ada tak mak sendiri cemburu dekat anak? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku.


“Dia suka cerita aib aku. Tapi depan orang dia berlakon dia baik.


“Mak aku ini jenis kalau dia tak suka seseorang, dia akan hasut orang lain untuk tak suka kau termasuk anak sendiri,” kata Zarina, 37, dalam siaran langsung Instagram.


  


Dakwanya lagi, ibunya juga personaliti masakan popular itu pernah memberi amaran kepadanya supaya menafikan hubungan kekeluargaan antara mereka.


“Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’.


“Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku, harap-harap dia tak ada rezeki’. Itulah doa dia setiap hari.


“Pernah masa anak aku Matin kecil, dia kata aku ini orang gaji dia. Dia tak bagi Matin panggil aku mama, dia suruh panggil Anju,” ujarnya.


Menjawab pertanyaan pengikut alasan dia masih berada di rumah ibunya, akui Zarina ini mahu di sisi putera tunggalnya yang tinggal di situ.


“Soalan yang bagus. Awak nak tahu kenapa? Sebab anak saya ada dekat sini,” kongsinya.

  


Dedah Zarina atau Anju lagi, ibunya juga suka membandingkan dirinya dengan adik-beradiknya yang lain.


Begitupun, aktres sensasi itu tidak ketinggalan menzahirkan rasa syukur apabila mempunyai bapa dan ibu tiri yang baik.


“Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi.


“Alhamdulillah, aku sujud syukur sebab beri ayah yang sangat baik. Mak tiri aku pun jauh lebih baik daripada mak aku sendiri.

  

Menerusi ruangan komen video rakaman yang diulang siar seorang pemilik sebuah akaun TikTok, pengikut meninggalkan pelbagai komen.


Ada yang mendakwa berdepan pengalaman sama sepertinya tidak kurang juga menyelar ibu tunggal terbabit dengan menyifatkan dirinya yang bermasalah.


“Ada sahaja emak macam itu, tapi tak percaya. Yang kena sahaja faham,” tulis seorang netizen.


“Macam kau juga, kalau kau tak suka pun kau hasut semua orang untuk benci orang yang kau gaduh tu,” kata pengikut TikTok yang lain.


Aunty Aini merupakan seorang cef popular dan memiliki restoran Aunty Aini’s Garden Cafe di Nilai, Negeri Sembilan.


Restoran itu pernah dikunjungi ramai cef antarabangsa, Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yan. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 09:32 AM | Show all posts
marisa 2.0 ke
mak ko tu dah lama sabar dgn ko anju
macam2 hal ko buat dari sebelum kawin
gambo tetek ko merata ada kat internet
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 09:37 AM | Show all posts
dh pangai musibat mmg elok la mak ko tu kata ko mcm2...xde nk puji kata ko baik..dahtu p la bawak ank ko ngn ko skali dok umh ayah n mak tiri ko yg baik tu...ni cbuk lg menyendeng umh mak ko
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut laa..apa jugak benda kecoh dan bodo berlaku pada dia..mak dia mcm tak wujud.ingatkan mak dia low key..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 09:41 AM | Show all posts
dah tu dia tak boleh bawak anak dia pindah duduk rumah lain berdua ke? kenapa pulak anak dia kena duduk situ dengan nenek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 22-4-2025 09:50 AM

mak mak gini
trick nya satu je
jgn ko overshadow dia
ko overshadow dia, sengaja ke tak sengaja ke
ko tggu lah jap lagi esok lusa
pelik2 dia ckp psl ko
pdhal bnde tu tak betol pun, dan dia sndiri tau bnde tu tak betol, sbb mmg dh diskas direct punya. tp tu lah dia
sape ade family style gini, dia paham lah
(aku nk ckp anju menempah ler dgn ckp public gini psl mak dia, tmbh pulak awak rekod masam. walaopon mungkin mak kelaku ade pening, tp nmpk gayanya awak takleh menang. rip   )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2025 09:50 AM | Show all posts
Edited by acikonion at 22-4-2025 09:52 AM

Ya ampunnn... Mmg minggu drama keluarga ke cemane ni... Anju pun, dr dulu smpi skg mcm tu jga perangai. Syukur la mak ko tak halau. Mak tak restu cinta ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 09:51 AM | Show all posts
mengata mak
pastu duduk rumah mak
makan pun mak tanggung

bf pun berapa kali dh tukar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols pun lama nk digest mak dia dan dia related
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:25 AM | Show all posts
Duduk rumah mak tapi mengata mak yg tak tau mana nak letak muka tiap kali kau buat hal.  Kau tu dah 37 tahun nak mak tanggung.  Kalau kata ada duit kau pindah le.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol, mak ko lagi femes dari ko... Siapa je nak cemburu dengan minah ni? Lawa sangat, nope. Berbakat, nope?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:37 AM | Show all posts
dah kau pun perangai serupa belen tua tak sedar diri..
mak mana yang tahan..
dah la makan minum rumah mak tanggung..
lagi ada hati mau kutuk orang tua tu..
elok mak kau halau je kau dari rumah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sori la dengan semua problem yg dia dah buat selama ni  dengan mendadihnya lagi I memang tak percaya langsung dia ni.. Adalah tu dia tak puas hati dengan mak dia, maybe mak dia dok nasihat dia ke apa so dia tak boleh terima.. So dok kutuk mak tu bagi satu Malaysia dengar. Dah ko perangai memang hangsuang dari muda sampai ke tua mesti lah mak ko menceceh.. Cuba peel tu elok je, jadi orang  baik takkan Saja2 mak nak cerita buruk ko kat orang. Orang tua tu pun dah tak larat nak hadap masalah ko agaknya, sebelum dia bukak aib ko ko sendiri da togelkan aib ko kat semua orang... Dah la tido baring makan minum kat rumah mak lagi. Ada hati nak kata mak narcissistic.. Dia yang narcis tak sedar. Semua orang buruk la kat dia.. Semua orang jahat.. Dia je lah yang baik.. Yihh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:49 AM | Show all posts
red_velvet replied at 22-4-2025 10:37 AM
Sori la dengan semua problem yg dia dah buat selama ni  dengan mendadihnya lagi I memang tak percaya ...

skang tengah viral kes family bergaduh uols, abby dgn anak menantu, sendayu tinggi sefamily, dia pun kena terpaling juga la nak mencapap, mana boleh senyap. takde angin ribut tetiba buat live ngata mak sendiri. mak dia pun dah masak sangat dengan pangai dia tu kot. halau kang ada pulak drama lain. pakkal mak ko hidup je lagi. kalau mati sok mau duk bawah jambatan minah ni. bodoh & gila tu simpan sikit ko tu ada anak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:13 AM | Show all posts
Sheols dah tua bangka BOLEH SANGAT nk cari rumah sendiri tapi maybe sebab dia rasa dia perlukan 'mak toksik' dia utk jaga anak dia time dia berfoya2 dia bg la alasan anak ada kt situ. Dah tua pun otak x fully develop.


Normal ja mak dia..mcm mak2 yg lain yg serabut dgn anak2 yg pelik ni. Yg x normal tu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:16 AM | Show all posts
tp ko menganga gak duduk situ, dah umur 37tahun tak reti berdikari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ape nk heran dgn anju. hbs semua org dia burukkan dlm live dia. dia aje yg betul.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:21 AM | Show all posts
Gelilah anju ni, kesian aunty aini ni dapat anak serope ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:24 AM | Show all posts
Aunty aini nilah yang dok menjaga anak dia padahal dia pon sibuk urus resto. Apalah punya anak. Masalahnya ada pulak tololwers minah belen ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:40 AM | Show all posts
cuba anju kira berapa banyak kes dan kisah hidup yang dia dah buat dari dulu?tak pula i dengar mak dia halau dari rumah?gini la anju.boleh je nak kutuk mak asalkan mak kau betul-betul barua dan toxic. ni tak, ko duduk rumah mak.makan minum di rumah mak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.816538 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list