View: 497|Reply: 17
|
[Tempatan]
Budak universiti obses wanita hamil, sakan rakam video perempuan buat ‘modal’ seks
[Copy link]
|
|
Hasrat seorang wanita untuk meluangkan masa bersama keluarga di sebuah pasar raya bertukar menjadi pengalaman pahit apabila dia menjadi mangsa pemuda berhidung belang.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia menyedari aksinya yang sedang berjalan ditemani suami dan anak-anak dirakam seorang pemuda berbaju kuning.
“Masuk ke dalam pasar raya, perasan budak ni ikut sambil telefonnya tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk sekali. Apabila ke bahagian lain, budak ni ikut juga sambil merakam.
"Saya ke bahagian lain pun sama. Ketara sangat. Anak-anak pun perasan dengan kehadiran lelaki itu. Dia asyik tengok kita je umi.
"Saya beritahu suami, dia terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa dengan budak ni sambil rakam sebagai bukti," tulisnya dalam satu hantaran di media sosial.
Menerusi satu rakaman dimuat naik di Instagram, wanita itu bertindak bersemuka dengan pemuda berkenaan sambil merakam perbualan mereka sebagai bukti.
Sewaktu ditanya, pemuda berusia 20 tahun itu pada mulanya menafikan dia membuat sebarang rakaman seperti yang didakwa mangsa.
Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, mangsa kemudiannya meminta bantuan suaminya untuk memeriksa telefon pemuda tersebut dan akhirnya mereka menemukan koleksi video yang mengejutkan.
"Rupanya ada beberapa video saya, siap zoom belakang saya dan beberapa video perempuan mengandung lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung," katanya.
Menerusi video yang dikongsikan juga, suami kepada mangsa dilihat hilang kawalan dengan cuba mengasari pelaku sebelum orang ramai campur tangan.
"Video terpaksa dipotong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macam ni.
"(Suami) ditenteramkan orang ramai. Sampai terkencing pelaku akibat takut," ujar mangsa lagi.
Pemuda itu kemudian diserahkan kepada pihak polis dan satu laporan mengenainya dibuat.
Hasil soal siasat mendapati pelaku baru berusia 20 tahun dan merupakan pelajar di sebuah universiti di Seremban, Negeri Sembilan.
Walaupun pada awalnya wanita itu berhasrat mahu meneruskan tindakan undang-undang, dia akhirnya menarik balik laporan selepas dinasihatkan pihak polis memandangkan pelaku masih muda.
"Katanya suka buat stok puaskan nafsu. Sudah lama buat kerja macam ni katanya. Ikutkan saya nak si perilaku ke dalam. Suka-suka rakam perempuan. Buat stok seks puas sendiri kat rumah.
"Takut lepas ni berani meraba pula sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom bahagian badan," kata wanita itu.
Pada penghujung hantaran tersebut, wanita ini turut menitipkan nasihat kepada orang ramai terutama golongan perempuan supaya lebih berhati-hati.
"Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh.
"Pesanan untuk anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni... apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan. Fikir guna otak laju sikit," jelasnya lagi.
Sebagai makluman, tindakan mengambil gambar atau video seseorang tanpa izin adalah satu pelanggaran privasi dan boleh dianggap sebagai kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
Menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tindakan merakam atau mengedarkan gambar seseorang tanpa kebenaran mereka boleh dikenakan denda atau penjara.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Fetish yang ada ubat. Ko kawin esok tenung ja lah perut bini sampai lebam biji mata. Jangan muak pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas nie tugas sang suami bertambah mencabar...beli barang sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-4-2025 03:01 PM
Fetish yang ada ubat. Ko kawin esok tenung ja lah perut bini sampai lebam biji mata. Jangan muak pul ...
Boleh sembuhkah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pula polis nasihat tarik report. Bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kt fb,ramai lelaki meratib susuh tutup aib pelaku, boleh bertaubat lg...gile betul |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-4-2025 05:23 PM
Apa pula polis nasihat tarik report. Bodoh.
Masa depan cerah lg, umur muda katenye..kot masa akan dtg jadi cikgu, habis |
|
|
|
|
|
|
|
Sembuh terus memang tak boleh. Jadi lah untuk kelegaan sementara macam panadol.
|
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 22-4-2025 10:39 AM
Masa depan cerah lg, umur muda katenye..kot masa akan dtg jadi cikgu, habis
Jadik nurse ka, MA ka. Hoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia teringin nak anak dan isteri tu biar jelah.
Yg penting tak kacau laki kau....zaman sekarang ramai gay kacau laki orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai x paham byk komen bapak2 org ckp sbb xjaga aurat keluar rumah..gile ke ape..yg berpurdah pon kene jugak kot... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-4-2025 07:39 PM
Jadik nurse ka, MA ka. Hoh.
Haa elok..kang hanes die harras patient.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-4-2025 05:23 PM
Apa pula polis nasihat tarik report. Bodoh.
iols sampai baca dua kali ayat tu..polis pon takde akal ke
apa jaminan budak tu tak ulang lagi benda yang sama  |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 suami korang ada snap simpan gambar pepek bayi perempuan korang |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 22-4-2025 11:45 PM
Agak2 suami korang ada snap simpan gambar pepek bayi perempuan korang
uols buat gitu ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 23-4-2025 12:49 AM
pocongkiutss replied at 22-4-2025 11:56 PM
uols buat gitu ke ?
Sbb itu golongan mak2 yg anak kena rogol kena cabul mak2 diamkan saja, bila report polis mak2 tarik balik report polis sbb jika suami masuk lokap siapa nak cari wang gituh. Mak2 ramai bersubahat |
|
|
|
|
|
|
| |
|