CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6083|Reply: 43

[Tempatan] Tahun ke 20 kahwin baru dapat anak

[Copy link]
Post time 22-4-2025 11:18 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Penantian suami isteri untuk menimang rezeki cahaya mata dimakbulkan Allah dengan kelahiran seorang bayi perempuan, iaitu selepas 19 tahun usia perkahwinan mereka.

Menerusi video dikongsikan Pakar Fertiliti & Ginekologi, Dr. Salleha Khalid pada TikTok, pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Syed Samsul dan Nor Asniah dikurniakan bayi perempuan, Sharifah Amanda Raudhah yang lahir pada 16 Januari lalu.

“Pada tahun 2024, kami mulakan untuk buat rawatan dapatkan anak. Tahun 2024 merupakan tahun ke-19 kami mencuba berjuang dapatkan Amanda.

“Alhamdulillah 16 Januari lahirlah bayi kami Amanda. Tahun ni juga merupakan tahun paling manis, tahun ke-20 usia perkahwinan kami. Alhamdulillah diraikan bersama bayi kami,” katanya pada video tersebut.

Nor Asniah turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa yang masih berjuang menanti-nantikan kelahiran zuriat mereka.



“Kepada pejuang di luar sana, jangan pernah putus asa. Insya-Allah, Allah dah tentukan rezeki sesuatu untuk kita, Allah berikan sesuatu tepat pada masanya.

“Saya juga yakin setelah 20 tahun, ni masa tepat Allah beri kami cahaya mata ditunggu-tunggu. Jadi insya-Allah terus berusaha sabar dan paling penting sentiasa berdoa kepada Allah,” ujarnya.

Perkongsian itu mengundang sebak dalam kalangan orang ramai selain ada yang memuji dan mendoakan keluarga tersebut.

“Akak ni bersalin umur 43. Jadi aku ada masa lagi untuk cuba. Terima kasih kak bagi semangat semula,” komen seorang pengguna TikTok.

“Lamanya 19 tahun menanti. Tahniah kerana suami setia dan akhirnya, tiba jua cahaya mata yang dinanti,” kata seorang individu.

“Alaa ayat dia. Walaupun tahun ke-20, inilah waktu yang paling tepat. Hanya Allah yang lebih mengetahui,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami setia tak cuba yang lain? Dah check dia punya sperm count?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 04:32 PM | Show all posts
kawan meols tahun nie dah 18 tahun kawen, belum ada rezeki anak, dia pun masuk early 40's. Now both hubby and wife dah tak minat nak bela anak lagi. Both dah redha, dan lebih suka hidup berdua.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
2 dekad tunggu

Harap dapat tambah lagi anak  pada pasangan ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2025 10:56 PM | Show all posts
Alhamdulillah dapat suami yang penyabar dan x sewenang2nya salahkan wife... dan juga keluarga mertua kena faham... bnyk jd baru kawin 3-4 thn x der anak mak mertua dah kenen2kan suruh anak lelaki dia kawin lain & si jantan pun apa lagi ambik peluang berbini baru....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah dapat suami yang penyabar dan x sewenang2nya salahkan wife... dan juga keluarga mertua kena faham... bnyk jd baru kawin 3-4 thn x der anak mak mertua dah kenen2kan suruh anak lelaki dia kawin lain & si jantan pun apa lagi ambik peluang berbini baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Mesti da pass level sabar diorg ni. Syukurr
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-4-2025 02:53 PM
Suami setia tak cuba yang lain? Dah check dia punya sperm count?

kalau dh buat ivf tu sperm count la yg kena cek dulu khen
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 22-4-2025 04:32 PM
kawan meols tahun nie dah 18 tahun kawen, belum ada rezeki anak, dia pun masuk early 40's. Now both  ...

Suruh usaha je uols ..ikhtiar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-4-2025 12:56 AM
Suruh usaha je uols ..ikhtiar.

Mereka sendiri dah tak berminat nak ada anak, takkan kita org luar nak paksa kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 11:36 AM | Show all posts
sdara aku.. masa takde ank okay & usaha cara utk dptkan ank tp lps je dpt ank terus laki dia cari lain pastu cerai, anak tu tak smpai 2thn lg.. pdhl dorang kawen nk dkt 10thn
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 23-4-2025 12:00 PM
BungaKencana replied at 23-4-2025 11:36 AM
sdara aku.. masa takde ank okay & usaha cara utk dptkan ank tp lps je dpt ank terus laki dia cari la ...


Dah bercinta dengan orang lain kot sebelum dapat anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:00 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 23-4-2025 11:57 AM
Dah bercinta dengan orang lain kot.

betul, laki dia ada org lain... tp pelik ms takde ank elok je bersama pastu usaha sme2 nk dptkan ank.. da dpt lain pulak cite dia.. dunia dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 12:06 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 23-4-2025 11:36 AM
sdara aku.. masa takde ank okay & usaha cara utk dptkan ank tp lps je dpt ank terus laki dia cari la ...

anak bukan penentu kebahagiaan,kalau ada tu rezeki,kalau xde pun rezeki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 01:10 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 22-4-2025 11:58 PM
kalau dh buat ivf tu sperm count la yg kena cek dulu khen

Check itu pasti tapi tidak semestinya bermasalah, ada ja kes buat ivf at the same time lakinya mencret di ladang lain elok je macam teritik hasil.

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 01:14 PM | Show all posts
copy_paste replied at 23-4-2025 12:06 PM
anak bukan penentu kebahagiaan,kalau ada tu rezeki,kalau xde pun rezeki

Betul. Ada orang bahagia dgn anak2 yang berderet, ada orang lebih bahagia berdua. Hati manusia tak sama.

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 01:23 PM | Show all posts
hui, tabah nye,

mmeber wa couple chinese, kawin pn umur 35, 36 dpt anak, doc cakap 35 keatas 1st pregnancy agak berisiko

semoga pasangan ini dipermudahkan urusan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2025 01:26 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-4-2025 02:53 PM
Suami setia tak cuba yang lain? Dah check dia punya sperm count?

.... dah check lah tu ... kan dah dapat anak tu ... langkah 1 mesti la check kesuburan dua dua pihak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055206 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list