CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1028|Reply: 8

[Tempatan] Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan kian membimbangkan - Polis

[Copy link]
Post time 9-4-2025 01:24 PM | Show all posts |Read mode


Kota Bharu: Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan kian membimbangkan dengan peningkatan kes yang berlaku setiap tahun, kebanyakannya membabitkan suka sama suka.

Kebanyakan mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur, seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki, sehingga ada dalam kalangan mereka disahkan mengandung.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan, iaitu meningkat berbanding 2023 yang membabitkan 206 kes.

Malah katanya, untuk suku pertama tahun ini juga merekodkan peningkatan 17.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Bagi saya, kes rogol dan sumbang mahram sangat membimbangkan. Jika dulu lelaki yang mencari perempuan, namun kini di Kelantan, sebaliknya berlaku apabila perempuan yang mencari lelaki untuk melakukan hubungan.

"Ada kes beberapa bulan lalu, anak saudara perempuan berusia 10 tahun meminta untuk melakukan hubungan dengan bapa saudara berusia 20-an, yang akhirnya mengandung.

"Malah, ada juga kes yang mana lelaki berusia 11 tahun melakukan hubungan dengan sepupu perempuan berusia 15 tahun sehingga mengandung. Lebih tragik, remaja perempuan bawah umur melakukan hubungan sehingga dengan lima lelaki.

"Hasil siasatan yang dilakukan, sebanyak 98 kes yang dilaporkan adalah suka sama suka," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil kajian pihaknya juga mendapati punca kejadian yang mendorong perbuatan itu disebabkan konflik keluarga selain kesibukan ibu bapa.

Selain itu katanya, faktor percintaan, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya, serta dadah juga menyumbang kepada kegiatan itu.

"Hasil rampasan telefon yang dilakukan, terutama bagi wanita, banyak gambar dan video porno yang disimpan dalam telefon bimbit mereka.

"Ada juga yang baru berkenalan beberapa minggu, namun sudah merakam gambar bogel dan menghantarnya kepada rakan lelaki mereka. Situasi ini sangat membimbangkan.

"Ada juga anak perempuan membawa pulang rakan lelaki ke rumah dan tidur bersama dengan pengetahuan keluarga, namun keluarga hanya membiarkannya sahaja," katanya.

Justeru, beliau meminta semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengekang jenayah rogol ini dan bukannya menjadi tanggungjawab PDRM semata-mata.

Pada masa sama, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memeriksa telefon bimbit anak masing-masing. - Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memanglah, dah diorang pun mandi telanjang, siapa tak berahi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 07:02 AM | Show all posts
Budak 11 tahun membuntingkan yg 15 tahun. Budak 10 tahun meng-invite pakcik dia utk tut tut tuuuutttt... Haiyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:53 AM | Show all posts
eH BUKe KE KLEATE TU SERAMBI mEKAH DAH GUANO jadi lagu tu - kata ku berkecek kelate darul naim
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 09:57 AM | Show all posts
apsal tetiba meletup kes kelantan ni? saja nak tutup kes letupan kat puchong tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2025 01:17 PM | Show all posts
acikonion: Budak 11 tahun membuntingkan yg 15 tahun. Budak 10 tahun meng-invite pakcik dia utk tut tut tuuuutttt... Haiyoooo
kelantan mmg dari sebelum merdeka lagi mmg jadi pusat pelacuran. macam kita tengok kat bangladesh / pakistan. dia kita tak panggil pelacur tapi ada nama lain. lupa apa nama tu. lepas tu arwah tok guru dah clearkan semua tu.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 04:48 PM | Show all posts
lain mcm tul bbdk skg.. x yh ckp org ni nk cite psl ank fruit sndri bunting ank bfnya, adik kkonon org yg open mainded, moden dn katanya bbdk skg x boleh nk tegas sgt dan konkong, nnti ank2 x suka dn melawan so ank nk brkwn dgn llki x halang siap suh dtg umah tido umah, dating leh temankn sedgkn ank msh bljr, tgok ank org msuk kolej nk jgk msukkn ank walupn ank x nk dn ad history drp form 4 lg lari dr rmh dn x g sklh, lst2 sbln je yg bljr dpt surt drp kolej kta ank dh x msuk class dh 6 bln, check pnya check brsekedudukn dgn bf, mkbpk antr duit tiap bln 1k gna utk byr sewa rumh dn prblnjaan sndiri, lst2 ngndung llki x nk brtnggjwb brgduh klurga llki dn klurga pmpn smpi case polis, skg ank fruit kt pust pemulihan akhlak ank bg kt org yg duruskn oleh pust pmulihn. pngjrn utk semua dn diri sndiri nk opn mainded ad batasnya dn pantau ank2 terutma ank pmpn, ank skg pnjg akalnya x fhm ap yg dorg nk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2025 12:51 PM | Show all posts
annehuda: apsal tetiba meletup kes kelantan ni? saja nak tutup kes letupan kat puchong tu ke?
media mmg dah lama guna nama hot keywords ni kalau nak divert attention netizen kt msia ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049130 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list