CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4363|Reply: 33

TAHNIAH Nana! Bebas dari Maestro

[Copy link]
Post time 14-8-2006 08:08 AM | Show all posts |Read mode
PETIKAN BERITA MINGGU
14 OGOS 2006

Nana bebas dari Maestro
Oleh Zubir Mohd Yunus


NANA ke? Itulah jolokan paling sinonim dengan penyampai popular radio Era, Nana. Namun, mulai 8 Ogos lalu, Nana bukan lagi artis Maestro Talent apabila dia tidak mahu meneruskan kontraknya

揝UDAH tiga tahun saya bersama Maestro Talent dan mulai 8 Ogos lalu, tamatlah kontrak saya bersama syarikat itu, alhamdulillah. Sepanjang tiga tahun saya bersama Maestro, banyak pengalaman dilalui. Apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada Maestro dan Astro kerana kalau tak ada mereka, tak adalah Nana macam hari ini.

Cuma ketika saya bersama Maestro, album pun tak ada, show pun tak banyak. Filem pun ada satu, Gangster. Alhamdulillah, adalah juga... Cuma saya tidak membawa keuntungan besar kepada Maestro.

Cukup tiga tahun, saya sudah belajar selok-belok dalam industri hiburan ini. Jadi rasa cukuplah, Maestro menguruskan kerjaya seni saya. Apabila tamat kontrak, saya boleh bergerak sendiri, terbang seorang diri.

Biasalah, dalam keluarga kadang-kadang pun kita ada bergaduh, berselisih pendapat. Begitu juga saya dengan Maestro. Tapi gaduh-gaduh manja gitu lebih-lebih lagi apabila membabitkan soal pembayaran yang agak lambat. Tapi, bagi saya itu perkara lumrah. Bukan dengan Maestro saja, dengan pihak lain pun kadang-kadang saya berdepan dengan masalah yang sama.

Selama tiga tahun ini, masalah seumpama itu memang ada, tapi saya akan bawa berbincang dengan pihak pengurusan, berjumpa dengan Freddie (Fernandez) untuk memperoleh kata sepakat. Saya hendak juga tahu kenapa perkara seumpama itu boleh berlaku.

Saya hanya mengharapkan gaji daripada Era, sekarang pun saya sudah buat pengacaraan untuk Brek.

Mungkin ada salah faham kadang-kadang pembayaran agak lambat saya terima.

Pembayaran tidak dibuat terus kepada saya, sebaliknya kepada Maestro. Apabila sudah ditolak peratusan untuk Maestro, barulah saya terima gaji bersih.

Kalau saya ada rezeki lebih sikit pada sesuatu bulan, ia tidak mengapalah, tapi kalau kita tengah sesak, itu yang perit. Kalau gaji lambat, ia, memang sakit."

Saya hanya artis sampingan

"SEPERKARA lagi, saya jadi duta kepada Soy Talk. Ke mana saja kalau ada promosi, saya akan pergi sendiri. Pegawai perhubungan awam (PRO) Maestro kadang-kadang tak ikut, tapi saya faham, mereka pun tak cukup kaki tangan.

Saya dah belajar buat sendiri. Saya belajar macam mana nak bercakap dengan pelanggan. Begitu juga dengan siri jelajah Jomheboh TV3, saya ikut Soy Talk, saya pergi sendiri.

Sepatutnya ada PR Maestro yang ikut, tapi tak ada, namun disebabkan mereka kekurangan staf, saya tak kisah. Pun begitu, bayaran yang saya terima, tetap dipotong.

Semuanya dah tertulis di dalam kontrak, jadi saya tak boleh merungut. Dalam kontrak pun ada tulis, mesti ada PRO yang ikut, tapi kalau dah tak ada, nak buat macam mana. Baiklah, saya boleh jalan sendiri. Saya faham keadaan mereka. Kalau tak ada PRO pun tak apa, sekurang-kurangnya selama dua tahun ini, banyak benda yang saya buat sendiri.

Alhamdulillah, saya pun ada kenderaan sendiri, bolehlah saya bergerak ke mana-mana, OKlah, saya jalan sendiri.

Saya redha. Tapi, pihak pengurusan Maestro memahami masalah saya selepas dibawa berbincang. Kadang-kadang saja pembayaran dibuat agak lambat, tapi lazimnya cepatlah. Dulu, masa baru-baru keluar dari AF, saya tak tahu apa-apa, mujurlah ada Maestro yang banyak memberikan tunjuk ajar sehingga saya boleh bergerak sendiri seperti hari ini.

Pun begitu, pihak Maestro ada membuat tawaran kepada saya sama ada mahu sambung kontrak atau tidak bersama mereka.

Tak apalah. Ada Maestro ke, tak ada Maestro ke, selepas tiga tahun ini, sama saja. Saya hanya sampingan saja di sisi mereka.

Apabila bersama Era, Brek, Sony Talk, alhamdulillah, saya dah boleh ada kereta dan rumah sendiri. Kalau saya terus bersama Maestro, benda yang sama saja akan berlaku. Macam saya katakan awal tadi, saya tidak membawa keuntungan yang besar kepada mereka kalau hendak dibandingkan dengan sesetengah artis lain.

Lebih baiklah saya teruskan saja apa yang saya lakukan hari ini. Selama tiga tahun ini, saya dah tahu macam mana nak menguruskan kerjaya sendiri.

Ketika ini saya nak memberi tumpuan kepada Era, lagipun saya baru saja memperbaharui kontrak dengan Era, semalam (9 Ogos) sehingga akhir 2007. Kontrak dulu adalah antara Maestro dengan Era tapi sekarang, saya berhubungan terus dengan Era."

Hati kita kena bersih

"KAWAN-KAWAN AF yang seangkatan dengan saya, ada yang sambung kontrak dan ada yang keluar terus.

Kawan-kawan yang dalam proses buat album, mereka perlu sambung kontrak. Tapi, saya amat bernasib baik kerana selepas AF, saya terus dapat kerja dengan Era dan Era masih memerlukan saya, alhamdulillah. Mungkin rezeki saya lebih cerah di bidang penyiaran radio dan pengacaraan.

Fokus saya ketika ini, saya nak simpan duit, tolong keluarga. Cukup masa, kahwin! Wah! (ketawa). Setakat ini saya mampu membuatkan mak dan abah rasa bangga dengan pencapaian saya walaupun tidak menyerlah di bidang nyanyian, sekali pun saya bermula sebagai penyanyi ketika menyertai AF.

Apa yang boleh saya katakan di sini, kita perlu kenal pasti di mana kekurangan dan kelebihan kita. Perlu ada semangat untuk ubah diri kita supaya berjaya. Kalau kita ambil sikap menunggu pihak pengurusan bertindak untuk kita, ia tidak akan membawa perubahan. Pengurusan hanya membantu. Maestro umpama jambatan, pandai-pandailah kita menggunakannya.

Bak kata bekas pengetua AF2, Cikgu Ramli MS, hati kita kena bersih. Jangan ada sikap dengki. Kalau hati kita busuk, kerja kita tak berkat.

Saya pegang kata-kata itu. Akhir sekali, jodoh saya bersama Maestro setakat ini saja, mungkin kita boleh bekerjasama lagi untuk masa akan datang.

Macam mana pun saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Maestro yang mengatur perjalanan karier saya, khasnya Astro kerana dengan AFlah saya berada di tahap ini. Budi mereka akan sentiasa terpahat dalam hidup saya.

Kepada Era, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya.

Anugerah Era yang keenam akan berlangsung pada 9 September ini. Kami ketika ini sedang sibuk dengan showcase. Dengan sokongan yang diberikan kepada Era, bermakna peminat juga memberi sokongan kepada saya, insya-Allah"



Boleh pulak dia biar je PR tak ikut dia, padahal dalam kontrak dah nyata kena ada
Kalau tak potong bayaran takpela jugak.. ini tidak.. bayaran tetap kena potong

Banyak ayat Nana bunyi cam merajuk...

Anyway, tahniah untuk Nana kerana telah lepas dari cengkaman Maestro:clap:


[ Last edited by  houdini at 14-8-2006 08:16 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 08:15 AM | Show all posts
lebih baik keluar dari maestro je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 08:16 AM | Show all posts
Nyanyi ke laut, cam mana nak buat album!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2006 08:50 AM | Show all posts


Agak-agak kalau Nana saman Maestro boleh menang tak ?

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:13 AM | Show all posts
bkn dari dulu ke dah komplen pasal maestro nih...takkan artis dah bertambah pr tak kot?
kate untung juta2 dari mawi...
peka aaa skit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:15 AM | Show all posts
tuelah MAESTRO nie...artis ada 50 org...kan bagus dia ambil finalist jer jdi artis diorang...nie sampai si LEEZ prelude pun diorang nak ambik...konon janji nak buat satu album dengan dia dlm satu tahun.... aku rasa diorang nak duit lakonan si LEEZ jer tue..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2006 09:21 AM | Show all posts
tahniah nana.......tahniah!  omedeto gozaimasu!



:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:57 AM | Show all posts
nana pernah cakap kat paper yg die baru sedar suara die ta ksedap, so die akan stick kat radio as DJ sahaja, taknak buat album lagik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 10:04 AM | Show all posts
dalam tak dapat bayaran tu....sebulan lebih kurang lapan ribu gak ahhh nana nie dapat dari era........dia apply credit card kat member aku....so member aku tgklah slip gaji dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 10:30 AM | Show all posts
elok la tu keluar maestro...

tahniah !!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by togok at 14-8-2006 10:30 AM
elok la tu keluar maestro...

tahniah !!

:setuju:..maestro pilih kasih!!...suke amik kesempatan!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 10:59 AM | Show all posts
pasni dapat gaji bersih lerr... takder kene potong maestro lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 14-8-2006 08:50 AM


Agak-agak kalau Nana saman Maestro boleh menang tak ?

:lol



Saya rasa boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:40 AM | Show all posts
tahniah nana...
manis kata2 nana walaupun penuh ngn sindiran.
Reply

Use magic Report

cekpoin This user has been deleted
Post time 14-8-2006 11:51 AM | Show all posts
walaupon aku tak suka nana ni...tapi respek gaklah kat dia ni sebab sedar diri...dalam citer2 pasal pincangnya maestro ni nak gaklah bg tau kalu takde maestro tak wujud dia dalam industri hiburan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:53 AM | Show all posts
at least dia dah belajar sesuatu ngan maestro...
..."URUS SENDIRI LAGI BAIK"....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 12:01 PM | Show all posts
Ingat nana..aku akan ingat gigi dia.
walau nana tloncat2 di tv..aku akan tertengok gigi dia...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:14 PM | Show all posts
minat nana dari dulu lagik...
hehehe...
well..tahniah nana...

nana ker???
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:25 PM | Show all posts
tahniah nana! hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:29 PM | Show all posts
good for her. At least dier byk belajar dr pengalaman.

best of luck Nana!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058801 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list