Kuala Krai: Gagal memotong punca Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak maut selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang maut adalah Mohamad Faris Kamaludin, 24, isterinya, Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, serta ibu kepada Nur Atikah Najihah iaitu Nurul Ain Abdul Rahim, 39.
Ketiga-tiga mangsa berasal dari Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu, manakala bas ekspres dari Kota Bharu menghala Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dipercayai cuba memotong kenderaan lain dan tidak lepas sebelum bertembung dengan bas ekspres dari arah bertentangan di jalan garisan berkembar.
"Akibat pelanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan dikeluarkan dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ujian air kencing terhadap pemandu bas juga negatif. - HARIAN METRO
|