View: 264|Reply: 2
|
Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan
[Copy link]
|
|
KISAH tular seorang guru curang dengan lelaki berstatus suami orang secara tidak langsung membuatkan wanita lain bimbang pasangan mereka melakukan perkara sama.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkata, selepas isu itu kecoh di media sosial, dia memeriksa mesej perbualan antara suami dengan rakan lelakinya di telefon bimbit.
Menurutnya, tindakan itu sama sekali tidak dirancang namun akhirnya terkejut melihat topik perbualan antara mereka berdua.
"Saya terbuka telefon suami dan ada la satu perbualan dia dengan kawan fasal isu hangat sekarang mengenai 'wiring and teacher'.
"Lepas tu, kawan yang dia mesej tu cakap kau letak (simpan nombor) nama skandal kau apa?
"Suami saya boleh jawab 'Bengkel'. Lepas chat aku delete (hapus atau padam mesej)," tulisnya dalam hantaran di Threads.
Walaupun hancur luluh membaca mesej tersebut, wanita itu dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur apabila diberi petunjuk tentang situasi rumah tangganya.
Sementara itu, ruangan komen pada posting tersebut turut dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen, terutamanya dalam kalangan wanita yang pernah melalui situasi sama.
Seorang pengguna tampil memberikan kata semangat kepada wanita tersebut agar terus kuat menghadapi ujian dalam rumah tangga.
"Banyak je kes macam ni. Kita bercerita kes CCTV wiring tu, tapi viral kes tu asbab je nak terbuka kisah masing-masing. Sedih baca. Teruskan kuat sis, buat yang terbaik untuk diri.
"Nak emosi kuat perbanyakan zikir dan dekat dengan Allah. Belajar cara urus emosi. Kita tak mampu kawal pasangan kita kecuali Allah SWT," beberapa warga maya memberi cadangan.
Tak payah check telefon, tak payah ambil tahu. - NETIZEN
Seorang lagi netizen turut berkongsi langkah yang diambil untuk mengetahui dirinya dicurangi suami atau tidak.
"Tak payah check telefon, tak payah ambil tahu. Minta Allah jauhkan kita dari tahu benda yang menyakitkan hati dan doakan semoga Allah yang membalasnya.
"Saya langsung tak nak ambil tahu mengenai telefon suami sebab tak nak tambah anxiety saya. Walaupun saya dapat mimpi suami curang beratus kali, macam-macam mimpi.
"Saya tetap tak akan buka telefon walaupun tahu kata laluan. Saya cuba jaga hati dan fikiran sebab saya tak boleh hilang arah, kasihan anak saya," jelas seorang lagi netizen.
Sejak Ahad, kisah mengenai seorang pendidik dikatakan terbabit dengan kes curang dengan lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik atau dikenali sebagai 'abang wiring' tular di media sosial.
Perkara itu mengejutkan ramai lebih-lebih lagi selepas membaca perbualan lucah mereka duanya yang masing-masing sudah mempunyai suami dan isteri.
Susulan itu, mStar pada Isnin melaporkan satu pendedahan dibuat bekas suami guru berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad Azraf.
Kata Azraf, bekas isteri yang sudah diceraikan pada 24 Februari lalu sudah berkawan dengan lelaki berkenaan sejak September tahun lalu.
Malah, hubungan skandal wanita itu dengan 'abang wiring' bukanlah yang pertama diketahuinya sepanjak tempoh enam bulan berkahwin sejak 24 ogos tahun lalu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh padam chat dgn scandal hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|