View: 286|Reply: 11
|
[Tempatan]
Mental dunia pertama:Pelancong Jepun Puji Malaysia Sebagai Negara Yang Bersih.Anda skeptikal?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 30-5-2025 12:53 PM
Selalunya kita mempunyai gambaran Jepun sebagai negara yang dihuni oleh masyarakat yang berbudi pekerti dan paling ketara adalah dalam perihal kebersihan.
Sudah banyak kali dilaporkan bagaimana rakyat Jepun yang datang ke mana-mana negara akan membersihkan sampah sarap meskipun berada di tempat orang. Jadi, banyak negara terinspirasi untuk berubah menjadi lebih baik seperti mereka.
Rupanya Malaysia juga sudah bertambah bagus apabila seorang pelancong Jepun berkongsi pendapatnya tentang tahap kebersihan serta kemudahan yang tersedia di Maalysia.
Pada pandangan peribadinya, dia sangat kagum dengan Malaysia apabila mendapati kebersihan terjaga dengan baik apatah lagi bila dirinya sendiri melihat tiada satu sampah di sepanjang jalan yang dilalui ketika mahu ke satu taman rekreasi di Kuala Lumpur.
“Saya kagum dengan Malaysia, tiada sampah. Jalan pun bersih,” katanya di dalam video.
Tambahnya lagi, Malaysia bukan sahaja tampak cantik malah bersih secara keseluruhannya.
Walaupun terasa bahang panas di bawah sinaran matahari, dia masih merasa selesa.
Malah, dengan pemandangan indah dengan tumbuhan dan pokok menghijau yang terbentang di sepanjang perjalanan itu membuatkan dia terlupa akan suhu panas di Malaysia seketika.
Di dalam video itu, dia berulang-kali mengatakan Malaysia sememangnya bersih kerana sukar mendapati secebis sampah pun sewaktu berjalan di situ.
Selain itu, dia kelihatan kagum dengan infrastruktur taman rekreasi yang dikelilingi dengan flora dan fauna yang cantik.
Macam tempat sempurna untuk lepak pada hari Sabtu ,” ujarnya selepas menerokai kawasan sekitar itu yang dipercayai terasa kondusif
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya ni, ada orang kata bersih tapi lorong di belakang restaurant jalan bukit bintang tu ada banyak tikus berlari lari kesana kesini mencari makanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersih sebab kawasan ni ada pekerja yang bersihkan, kawasan org dtg melawat. Bukan bersih sebab org sekeliling jaga kebersihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersih dia belum lagi pergi Ciliwung. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia patut puji pekerja indon, bangla yang tak pernah kenal erti lelah menyapu dan membersihkan sampah2 yang ditinggalkan warga tempatan. Tak percaya try kasi mereka cuti 2 hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa Bentong bypass ka apa nama tu masa musim raya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Attention seeker jela pelancong ni. Diorg tau org mesia pantang dipuji...
Sudah la tu. Aku da x heran lg dgn depa |
|
|
|
|
|
|
|
cer pi pasar borong Selayang... |
|
|
|
|
|
|
|
cer try jalan2 kat kelate pulak  |
|
|
|
|
|
|
|
pegi taman dkt KL bolehla bersih, cuba pegi area pasar seni ka, pudu ka. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la...
Mmg byk tempat pun kan dah makin bersih terjaga |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menjadikan manusia dan binatang lebih bertanggungjawab adalah dengan memuji perbuatan baik mereka.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|