View: 644|Reply: 11
|
[Tempatan]
Ramai bimbang AI bantu soal jawab isu agama
[Copy link]
|
|
Peranan kecerdasan buatan (AI) kini dilihat lebih meluas apabila mampu memberikan penjelasan berkaitan hal ehwal agama.
Terbaharu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memperkenalkan dua pembantu AI yang dibangunkan oleh pasukan beliau untuk membantu dalam menjawab soalan atau isu dalam agama Islam.
Dua pembantu AI yang dihasilkan dengan kerjasama ChatGPT Plus (dibangunkan oleh OpenAI) dan Hedra Studio itu berfungsi sebagai Pegawai Pintar Syariah.
Kedua-dua pembantu itu diberi nama AI Dr Munir dan AI Dr Munirah.
"Kedua-duanya berperanan dalam merumuskan jawapan kepada lebih 9,000 persoalan-persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pengkalan data aplikasi Al-Inarah.
"Jangan risau, kerana mereka telah diprogramkan untuk mesra media sosial.
"Jawapan mereka juga adalah berdasarkan pendirian saya terkait isu dalam hal ehwal agama," tulisnya menerusi hantaran di X pada Khamis.
Penggunaan AI yang menyerupai manusia dan membawa watak sebagai pakar agama itu bagaimanapun mengundang kebimbangan orang ramai.
Rata-ratanya meluahkan kerisauan sekiranya sistem AI itu memberikan maklumat atau fakta yang mengelirukan.
"AI dah boleh masuk benda berkaitan agama. Gunalah AI dengan sebaik-baiknya, sebab sekarang zaman fitnah, tak tahu mana betul mana salah," tulis @hrfuturesnq.
"Maaf Dr, saya sangat-sangat tidak setuju dengan kaedah AI menyerupai orang ini. Dah terlalu banyak kekeliruan sampai tak tahu mana yang betul atau salah, lebih-lebih lagi berkait agama.
"Ramai yang meniru dan akan lebih keliru orang awam nanti," komen @AfifAfif13984.
Pun begitu, ada juga segelintirnya yang menyokong usaha dalam memanfaatkan fungsi AI dalam kehidupan harian.
Sumber: Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Last2 AI tu mengaku tuhan. Tunggu je la.
|
|
|
|
|
|
|
|
AI bukan tempat untuk bersoal jawab pasal agama. Kalau selain keagamaan boleh la tanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp chatgpt tahu je kalau kita tanya tentang ayat quran, ttg tajwid... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-5-2025 04:06 PM
Last2 AI tu mengaku tuhan. Tunggu je la.
Ai sendiri memuja Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Takut nnt akan bawa masalah
Harap akan ada pemantauan berterusan juga |
|
|
|
|
|
|
|
AI jawab ikut rujukan juga, dia akan quote rujukannya dari JAKIM dan mufti juga.
Apolah ustaz ni. |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin risau i dgn dr zul ni... kadang2 nampak mcm narsisistic pun ada... walaupun he bijak, but he's no longer my prefered agamawan... i takkan recommendkan family i dan anak2 utk refer kat dia lagi...
mcm tu je dia disregard kerisauan org awam mcm kita ni sampah yg bodoh piang... |
|
|
|
|
|
|
|
AI ni mmg power, tpi aku rs jgn la guna utk hal agama. Hal agama ni kena pegang Quran (kalimah Allah) dan hadith je. AI blh tlg cari mksd2, tp hal nk tau yg btl, kena la tgk Quran, hadith dan ulama yg btl2 fhm. AI x leh gnti tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nk buat Amar maaruf nahi mungkar pun pemalas ugamawan skrg
Asik attend majlis retis n tutup mata bila ada isu keluar...tp fee nk ribu riban |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm ni pun ramai je ustajah gugel. |
|
|
|
|
|
|
|
AI tiada sentient... Soon AI akan di ganti dengan AGI (artificial general intelligence).. Also without sentient.. Jauh lagi AI untuk sensing ominescience based on human testimony...
Chatgpt itu chatbot bukan robot... Kahwin saja lah dengan robot at least advance robot ada sensor and responsive... Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|