CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5232|Reply: 45

Mila sedia ikut jejak Hani Mohsin dan Tiara

[Copy link]
Post time 29-5-2025 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Pelakon, atlet dan pelatih seni mempertahankan diri jiujitsu, Mila Mohsin, 31, sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya, Allahyarham Hani Mohsin dan Puan Sri Tiara Jacquelina, 57.


Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin berkata, ibunya yang juga penerbit dan pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu turut merestui dirinya menjadi pelakon menerusi filem Laknat.


  


"Alhamdulillah, ibu saya dah bagi restu untuk babitkan diri dalam bidang filem. Kebetulan, pengarah filem Laknat menghubungi saya dan tanpa berfikir panjang terus bersetuju untuk berlakon di bawah arahannya.


"Ketika itu juga saya merasakan sudah bersedia nak menceburi dunia perfileman tanah air.


"Sebelum ini, saya mungkin diperlukan dalam bidang-bidang lain iaitu menjadi atlet, pesaing dan pelatih jiujitsu selama sedekad, manakala sembilan tahun sebagai juru mekap artis," katanya yang juga membuat kemunculan awalnya di pentas teater Melur The Musical.


  


Permata hati sulung kepada pelakon dan pengacara rancangan tempatan "Roda Impian", Allahyarham Hani Mohsin Mohd. Hanafi itu, turut menyifatkan dirinya sangat bertuah kerana darah seni kuat mengalir dalam badan.


"Saya sangat bertuah dapat belajar daripada ibu dan arwah bapa. Setiap langkah yang saya lewati mereka ada dalam fikiran, jiwa dan hati saya di mana-mana.


"Jika filem itu berjaya, saya sangat berterima kasih dan bersyukur. Bagi saya, ia sudah mencukupi jika sesuatu naskhah itu ditulis dengan baik, penuh mendalam dan bermakna.


"Saya hargai cerita yang bagus dan percaya semua cerita yang bermanfaat untuk diceritakan, memang patut diceritakan. Kalau ada rezeki untuk masuk 'mainstream', saya terima saja," katanya.


  


Selain Mila, filem yang mula ditayangkan 5 Jun depan itu turut dibintangi Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Jalil Hamid, Amerul Affendi, Noorkhiriah dan Naque Ariffin.


Walaupun Mila tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan ibu bapanya, dia kini lebih matang dan bersedia untuk berdiri atas usaha sendiri serta dikenali sebagai individu dengan legasi seni yang tersendiri.


"Ya, itu satu perkara yang saya bangga kerana dapat melakukannya dengan usaha sendiri. Tapi, saya rasa bertuah sebab saya dapat menyaksikan dedikasi, kecekalan dan kemahiran mereka. Oleh itu, saya dapat tahu tahap mereka dan saya ingin melewati tahap mereka.


"Sudah tentu ada tekanan kerana kita tidak boleh mengawal apa yang orang fikir. Jika saya berpeluang, saya boleh tunjuk diri saya sendiri. Yang mana, saya seorang individu dan ingin masuk dalam industri ini dalam gaya saya sendiri.


  


"Saya bukan mereka. Saya seorang diri. Mereka luar biasa dan saya berharap untuk menjadi sebanyak mereka suatu hari nanti dan sentiasa melihat mereka sebagai inspirasi," katanya.


Walaupun lahir daripada darah seni dua ikon tersohor negara, Mila tidak mahu bersandar sepenuhnya pada nama besar ibu bapanya dan menegaskan tiada 'jalan pintas' untuk berjaya dalam bidang ini.


Menurut Mila, gaya lakonannya berbeza daripada ibunya yang juga seorang pelakon terkenal, namun dia tetap menjadikan keluarganya sebagai sumber inspirasi dan kekuatan.


"Sebelum saya memulakan mana-mana projek, saya pasti akan minta restu daripada ibu. Itu penting bagi saya. Saya mahu lakukan yang terbaik untuk dia, keluarga saya dan masyarakat.


  


"Mungkin sebab itulah ia mengambil masa yang panjang untuk saya benar-benar bersedia kerana setiap orang ada masa yang tertentu. Dulu saya takut dengan perbandingan. Sekarang, saya terima semuanya.


"Saya kagum dengan Bront Palarae yang serba-boleh. Beliau bawa nama Malaysia ke pentas lebih besar dan saya mahu lakukan perkara sama. Pelakon Malaysia sangat berbakat dan dunia perlu tahu mengenainya.


"Saya akan bekerja keras untuk menjadi sebaik ibu dan bapa, tetapi saya akan jadi sebuah legasi yang berbeza," katanya. - HARIAN METRO



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantikk sheols
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 12:14 PM | Show all posts
Edited by kukukatablog at 30-5-2025 12:15 PM

american accent dia bunyi sedap waktu iv dia masa kecik2 dlu betul2 macam mat saleh,skrang bila dengar bunyi biasa dah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
hael husaini lepas makeover ada mirip hani mohsin sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm muka awek shaolin soccer
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia ni muka mcm bapa.. Semoga ko berjaya dlm bidang apa yg ko nak la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiklah dia ni ada nampak mcm norish karman sket
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rupa Shay Mitchell dia ni . Lawo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
80% rupa bapa
Rupa tiara ada la skit2 dlm sesetengah pics
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:41 PM | Show all posts
actually dia ni ade proper job ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia tajam2 angular gitu. Lawwwaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar and cantik budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik exotic.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa!!!!

Gigi cantik Semua!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 10:46 AM | Show all posts
Cantik dia ni, exotic
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 12:06 PM | Show all posts
Lawa orangnya. Jawline sharp. Tapi, tu ke bopren dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam tak diam dh 31 tahun umur dia. Rasa mcm baru je dgr berita yg hani Mohsin meninggal. Anaknya byk muka bapaknya.
Muka and style lebih kurang anak zainal abidin  nama timur ke apa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 01:24 PM | Show all posts
abang jimiiiiiiii



tiberrrr

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni betul2 cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2025 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
songket_merah replied at 30-5-2025 03:41 PM
actually dia ni ade proper job ke?

Tulis kat article tu, jurulatih jujitsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073070 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list