View: 1937|Reply: 11
|
Nora Danish nak rujuk balik? Gelar Nedim soulmate
[Copy link]
|
|
Nora Danish menafikan dakwaan yang mengatakan kononnya dia bakal rujuk dengan bekas suaminya, Nedim Nazri.
Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, dia dan Nedim tidak boleh hidup bersama sebagai suami isteri namun masih tetap menjaga ukhuwah sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, Neyqal.
“Dakwaan tersebut tidak benar. Saya dan Nedim adalah ‘soulmate’. Kami memang tak boleh bersama tetapi memahami masing-masing.
“Kalau ada masalah kami akan bincang bersama. Untuk kembali hidup bersama sebagai suami isteri saya rasa tidak.
“Tetapi itulah tak boleh juga kata tidak kerana mana tahu kalau Allah kata memang dia jodoh saya selepas ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi abaya terbaru daripada Amber, di sini, sebentar tadi.
Tambah pelakon filem Gila-Gila Pengantin Popular itu lagi, dia tidak menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga.
“Kehidupan sebagai manusia mestilah nak kena berpasangan. Sama juga seperti saya yang inginkan pasangan untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian ini. Jalanilah kehidupan ini bersama-sama barulah tak boring (bosan),” ujarnya.
Untuk rekod Nora dan Nedim sah bercerai talak satu pada 19 Jun tahun lalu selepas tujuh tahun hidup bersama.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Si ex laki dah pindah dok ngan mak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa ko pakai baju lelaki Africa timur gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah juga bila duk cerita rujuk lepas dah setahun abis iddah. Kena guna term nikah kembali... Nt org pun kurang jelas pasal hukum ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 29-5-2025 10:20 AM
Masalah juga bila duk cerita rujuk lepas dah setahun abis iddah. Kena guna term nikah kembali... Nt ...
Banyak betul manusia makin x pandai kan lately?? Yg da cerai 10 tahun pun wartawan dok tulis artikel rujuk balik. Apa ke bangang |
|
|
|
|
|
|
|
tapi aku suka jubah yg belang tu
cantik dan material best
kalau kat Msia boleh lah pompuan pakai
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm xnk kawin blk jer ngn ex dia nie..
mana taw kembali ke ex yg 1st tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
I suspect maybe sbb Ned nak involve politik mewarisi bapak dia. Ned kan pernah kata dulu Nora tak bagi dia join politik. Ni spekuan i lah. |
|
|
|
|
|
|
|
dia bagi hint nak kawin juga tu..tp bukan dgn nedim la.ye lah,dah berumur tp hot lagi nora ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|