CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 8

Prince Syed Tak Melatah Disindir Bawa Isteri Bercuti Di Cameron Highlands, Dedah Pernah Berhabis Lebih RM20K

[Copy link]
Post time 26-5-2025 05:05 PM | Show all posts |Read mode



Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membalas komen sinis seorang individu yang mempersoalkan percutian domestiknya bersama keluarga ke Cameron Highlands.

Menerusi satu video di TikTok, Syed atau nama lengkapnya, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman berkongsi momen percutian bersama isteri tercinta, Fatin Syazwani dan anak mereka.



Namun, seorang individu dilihat meninggalkan komen yang seakan memerli dan mempertikaikan keputusan Syed bercuti dalam negara sedangkan dia pernah mendedahkan memberikan nafkah bulanan sebanyak RM100,000 kepada isteri.

Komen netizen: Kata bulan-bulan bagi nafkah RM100k ke bini, tak akan bercuti ke Cameron Highlands saja?

Syed turut memberi respon terhadap komen tersebut dengan menyatakan bahawa kekayaan tidak semestinya perlu ditonjolkan menerusi percutian ke luar negara.

Yang cakap pun jalan dekat Malaysia pasti tak habis kan? Oh, duit banyak wajib buat luar negara ek?

Syed turut menegaskan bahawa bercuti dalam negara juga melibatkan kos yang tinggi dan mendedahkan dia telah berbelanja hampir RM20,000 untuk percutian tersebut.

Saja lah nak cakap, dalam Malaysia ni pun satu tempat ada yang habis RM20k lebih.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Syed dan berpendapat bahawa lokasi percutian bukanlah keutamaan, sebaliknya masa berkualiti dan kegembiraan bersama keluarga lebih penting.

Komen individu



Sumber: TikTok Prince Syed

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2025 05:26 PM | Show all posts
ye ye je RM 20k belanja kat cameron
ko beli sheep kat sheep santuary ke apa
tah2 duduk pun kat kea farm je
bilik tingkat atas sebab nak murah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 06:05 PM | Show all posts
belanja apoo sampai banyak tu kat cameron? hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang xcaya jantan ni
Semua benda nak up up terpaling mahal terpaling sayang bini
Aku syak dia ada rasa nak berlumba2 macam Alif Syukri
Alif Syukri tu real
Ko tu sengaja nak bagi nampak kaya tapi sedih
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga komen tu.
Aritu beli barang kemas 900k wlpn emas tu
design hauk dan tk lawo.
Pastu beli itu ini kt bini.
Alih2 cuti kt cameron. Kenapa tak gi obersea?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana datang cash banyak2 tuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2025 08:39 AM | Show all posts
apa keje lelaki ni? looks cheap..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 09:29 AM | Show all posts
Takleh caya pondan ni. Ye, kalau kaya mmg wajib bercuti di luar negara. Tak dpt pergi oversea sama ada mmg miskin, selama ni content acah2 kaya ataupon kena sekatan perjalanan dek lhdn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 05:41 PM | Show all posts
xde kaya mane uols..ritu tertengok konten dia bawak bini g mall kata nk shopping bawak 35k.dlm beg kepit dia iols nmpk la duit2 dia campo2 50, pastu ada 10 hengget..rase tu duit2 dia dpt jual laksa kot. saje buat gempak petik 100k la 900k la. duit rupiah kali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046301 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list