CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 458|Reply: 6

Dulu kena paksa berlatih, sekarang Watie pening Thalita tak berhenti menyanyi

[Copy link]
Post time 27-5-2025 08:56 AM | Show all posts |Read mode


ISTERI pelawak Shuib sentiasa memberi nasihat dan sokongan kepada anak tirinya iaitu Dzakira Thalita Zahra dalam bidang nyanyian.


Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sebelum ini Thalita kurang menunjukkan minat terhadap nyanyian sehingga dia perlu mengingatkannya untuk berlatih.


  


"Dulu Mummy selalu cakap Ta (panggilan Thalita) kalau awak nak jadi penyanyi awak kena betul-betul tunjukkan minat.


"Kena dengar banyak lagu, tahu banyak lagu, selalu menyanyi duduk dapur menyanyi, duduk bilik air menyanyi, duduk dalam kereta dengar lagu," katanya.


Watie berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan Thalita sedang khusyuk menyanyikan lagu Bersamamu nyanyian Allahyarham ibunya Siti Sarah.


  


Namun semuanya sudah berubah apabila Talita kini benar-benar bergelar penyanyi.


Jelasnya, anak tirinya itu kini tidak pernah berhenti menyanyi di merata tempat sehingga ia memeningkan kepalanya.


"Sudahnya sekarang bila dia sudah terlampau minat menyanyi dekat semua tempat dia ajak menyanyi.


"Sampai kadang-kadang Mummy terpaksa cakap Ta sudahlah itu. Diam sekejap boleh tak? Mummy pening," ujarnya.


  


Untuk rekod, Thalita adalah anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allayarham Siti Sarah Raisuddin.


Bagaimanapun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 0gos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Selain Talita, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Ariq Matin dan Ayash Affan.


Kemudian Shuib kembali bertemu jodoh dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Overnya.

Rasanya dia ingat family dia cam anak anak omputih kaya nun, cam mana nak cakap eh, kalau citer over over cam ni, if sesuai dgn rupa syok lah nak tahu, tapi rupa so basic, jadi tak best lah.

More kepada perasan je parent dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai wati jaga anak-anak tiri. Nampak wangi semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 04:43 AM | Show all posts
Wahai keluarga Shahmira yang xde x factor, WE DONT CARE.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 07:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 07:50 AM | Show all posts
keeping up with the shuibs
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2025 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dia rasa seronok la tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055535 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list