CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 626|Reply: 4

Di Malaysia kena kutuk, Amsyar Lee mendunia di China

[Copy link]
Post time 28-5-2025 10:40 PM | Show all posts |Read mode


Semakin meningkat naik, penyanyi Amsyar Lee mengakui berdepan tekanan hebat apabila terpaksa menyanyikan lagu bahasa Mandarin dalam pertandingan nyanyian realiti antarabangsa, Sing! Asia.

Amsyar atau nama lengkapnya Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, 26, memaklumkan cabaran utama bukan hanya bersaing dengan peserta lain, sebaliknya adalah perjuangannya menentang ketakutan sendiri ketika berada di atas pentas.

“Cabaran paling besar bagi saya adalah kena nyanyi lagu dalam bahasa Mandarin.

“Itu bukan bahasa yang saya kuasai, jadi dari segi sebutan, emosi dan penyampaian, semua itu perlukan usaha yang lebih.

“Tambah pula lagu-lagu yang saya bawa semuanya berat dan penuh emosi. Tetapi sebenarnya, cabaran sebenar bukan berlawan dengan peserta lain. Cabaran sebenar saya adalah diri sendiri,” katanya.

  


Penyanyi lagu Belai itu turut mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kesihatan setiap kali membuat persembahan tetapi tetap cuba mengatasinya demi kemajuan karier seni.

“Saya ada ‘stage fright’ dan anxiety, rasa takut yang datang bila berdiri atas pentas depan ramai orang.

“Tetapi saya cuba lawan semua itu sebab saya tahu, setiap langkah ke depan adalah satu kemenangan kecil buat diri saya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Amsyar turut menerima kecaman daripada segelintir netizen yang kurang senang dengan gaya persembahannya.

Namun, dia kekal positif dan menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat untuk terus maju.

“Walaupun saya terima kecaman hebat dari segelintir rakyat Malaysia yang kurang selasa dengan cara saya membawakan lagu, saya percaya setiap suara ada tempatnya.

“Perjalanan saya masih jauh tetapi selagi ada sokongan, doa dan keberanian untuk terus berdiri, saya akan terus melangkah,” katanya.

  


Sing! Asia yang bersiaran menerusi platform iQiYi menghimpunkan penyanyi berbakat dari pelbagai negara seperti China, Jepun, Singapura, Vietnam dan Thailand. Amsyar antara wakil dari Malaysia yang bertanding merebut gelaran juara musim pertama program itu.

Menariknya, program ini diadakan di atas kapal persiaran mewah yang akan berlayar di Okinawa (Jepun), Ha Long Bay (Vietnam), Singapura, Klang (Malaysia), sebelum kembali ke Hong Kong.

  


Selain Jessie J, nama besar lain yang turut terlibat dalam rancangan ini ialah penyanyi pop China Zhang Liangying, ikon pop Jepun Kudo Shizuka, dan pemenang empat Anugerah Golden Melody, Tanya Chua.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2025 04:33 AM | Show all posts

First dengar sedap suara dia. Lagu pilihan yg tepat. Tapi bila ulang kali kedua utk lagu Masha itu aii rasa penyampaian tak sampai ke hati sanubari mungkin sebab terlebih lebih nada tinggi.

Ini pendapat persendirian. Aii tau dia buka penyanyi professional :-)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 09:18 AM | Show all posts
die imitate dlm nyanyian
find ur own voice

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 09:52 AM | Show all posts
suara dia bila bercakap mcm gitu jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 09:59 AM | Show all posts
dia mmg style tiru suara penyanyi pompuan ke?

come onnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058596 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list