CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 6

Syahrini tanggung malu, trofi diterima di Cannes tak diiktiraf Unesco

[Copy link]
Post time 24-5-2025 09:37 AM | Show all posts |Read mode


PENYANYI Indonesia Syahrini terpaksa menanggung malu apabila anugerah diterimanya ketika hadir ke Festival Filem Cannes 2025 di Perancis tidak diiktiraf Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).


Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Unesco menegaskan tidak terlibat dalam penganugerahan diterima Syahrini pada Jumaat lalu.





“Unesco tidak terlibat dalam pemberian sebarang anugerah pada acara yang berlangsung di Cannes.


"Walaupun acara itu mungkin melibatkan ramai artis dari pelbagai negara, ia bukan pengiktirafan rasmi daripada Unesco.


"Sebarang acara yang tidak dianjurkan secara langsung oleh Unesco atau tidak mendapat pengesahan rasmi tidak boleh dianggap sebagai pengiktirafan daripada badan ini,” kata wakil pertubuhan berkenaan.


Sebelum ini, Syahrini berkongsi kegembiraan di Instagram kerana menerima anugerah Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact.


  


Anugerah itu didakwa disampaikan atas nama Unesco melalui platform ‘Listen To Her Parole’.


"Saya datang ke Cannes untuk menerima penghargaan luar biasa dari Unesco melalui platform 'Listen To Her Parole'.


"Sebagai wanita Asia Tenggara dan Muslim yang bangga, saya membawa cerita yang jarang didengar.


“Keyakinan menguatkan saya, budaya memperkuat saya, dan suara dengan ramai wanita yang bangkit untuk mendefinisikan kembali apa yang mungkin, dianggap mustahil" ujarnya.


  


Dalam hantaran tersebut, dia juga berkongsi foto berada di  karpet merah festival itu bersama trofi sebagai bukti.


Anugerah tersebut sebenarnya dianjurkan oleh Discrete Magazine, iaitu acara sampingan yang diadakan bersempena Festival Filem Cannes.


Majlis tersebut bertujuan meraikan wanita yang memberi sumbangan dalam bidang seni, budaya dan sosial. -  mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Buruknya dress hitam n veil totop muka tu..da cam sheer langsir dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 08:13 AM | Show all posts
anugerah berbayo kettew
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar tgk netizen indonesia bongkarkan psl award syahrini ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 12:23 AM | Show all posts
dua2 baju kat red carpet tampak huduh iya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 10:54 AM | Show all posts
haha mesti award beli sendiri ni, macam award reader digest tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2025 02:27 PM | Show all posts
berapa biliyon rupiah dia bayar nak dapat tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041160 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list