CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 984|Reply: 10

[Tempatan] Fahmi Reza dihalau dan dihalang masuk Sabah, dihantar balik semula ke KL

[Copy link]
Post time 29-5-2025 10:30 PM | Show all posts |Read mode


Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza mendakwa dirinya dihalang memasuki Sabah dan dihantar pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagramnya, Fahmi atau nama sebenar Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin menerima notis larangan itu daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Dalam hantaran berasingan, Fahmi juga mendakwa dihantar balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Notis larangan yang diterima Fahmi ketika tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Difahamkan, ia bukan kejadian kali pertama kerana Fahmi sebelum ini juga pernah ditahan ketika cuba memasuki Kota Kinabalu.

Fahmi bagaimanapun tidak menyatakan tujuannya datang ke Sabah pada waktu itu.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

Larangan itu dilakukan susulan kontroversi melibatkan karya karikatur dihasilkannya yang menunjukkan penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Fahmi direman sehari dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebelum dihantar pulang ke Kuala Lumpur.

Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 03:10 AM | Show all posts
Nnti ada lg la tu karikatur dia lukis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia hntr blk tu tiket beli sendiri ke kerajaan Sabah sponsor?

Kita sekalu dgr org semenanjung kena banned msk Sabah Sarawak. Tp x pnh dgr lg org Sabah Sarawak kena banned masuk semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 30-5-2025 07:34 AM
Dia hntr blk tu tiket beli sendiri ke kerajaan Sabah sponsor?

Kita sekalu dgr org semenanjung kena  ...

Kalau kena banned..apa jadi agak2?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 10:14 AM | Show all posts
dalam oil and gas lagi haru....orang SS boleh kerja kat SM...tapi orang SM tak boleh kerja kat SS....acaner tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:59 AM | Show all posts
tak pasal2 kena halau balik semenanjung.naya pak karim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cantthinkofany replied at 30-5-2025 10:14 AM
dalam oil and gas lagi haru....orang SS boleh kerja kat SM...tapi orang SM tak boleh kerja kat SS... ...

Mcm lahanat kan...? Byk job kalo kt Sarawak field dgn Sabah field...mesti nk tulis "For Sabahan" atau "For Sarawakian"...

Rasanya boleh dh tu major field contractor kt Malaya ni start tolak pekerja2 dari sana...

Kadang2 Petronas kt semenanjung ni mcm bodo je...dah tau Sarawak main tikam belakang...lagi nk bagi kontrak upstream Peninsular pd kompeni2 yg asal dari Miri Sarawak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 30-5-2025 12:44 PM
izwan_izi replied at 30-5-2025 12:33 PM
Mcm lahanat kan...? Byk job kalo kt Sarawak field dgn Sabah field...mesti nk tulis "For Sabahan" a ...


Sama kes dengan Semenanjung Malaysia beli arang batu Indon dan guna untuk janakuasa arang batu berpunca dari Sarawak Energy nak export elektrik ke Indonesia....nak jaga ekonomi Sarawak export elektrik.

Sepatutnya Semenanjung Malaysia dah guna janakuasa nuklear.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 sumber dari Sabah dan Sarawak kena stopkan masuk ke Semenanjung Malaysia....atau setiap states di Semenanjung mesti kenakan Tax. Termasuk levi kepada orang Sabah Sarawak yang masuk ke Semenanjung Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 01:53 PM | Show all posts
izwan_izi replied at 30-5-2025 12:33 PM
Mcm lahanat kan...? Byk job kalo kt Sarawak field dgn Sabah field...mesti nk tulis "For Sabahan" a ...

dia dah mcm chicken and egg der.....sama je pekerja atau tender...kena utamakan company sana kalau project kat sana....yg tersepit kita la....project banyak kat SS, tapi pekerja SM tak boleh nak masuk...last2 boss kata terpaksa buang sbb redundant role aku tu....task sepatutnya gi site...tapi tak boleh nak gi sana....so pe jadahnya boss nak simpan aku utk duk kat office....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
selingan.. berita berkaitan sarawak

dana utk perbelanjaan overseas trips bagi ofis premier sarawak

RM100m for overseas trips by Sarawak Premier Office shocking, says DAP

https://www.thevibes.com/articles/news/108771/rm100m-for-overseas-trips-by-sarawak-premier-office-shocking-says-dap

Civil society demands transparency over RM100 million travel allocation for Sarawak premier's office

https://www.thevibes.com/articles/news/108798/civil-society-demands-transparency-over-rm100-million-travel-allocation-for-sarawak-premiers-office
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049200 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list