PELAKON Aeril Zafrel sentiasa berhati-hati dalam membuat kandungan di media sosial agar anak-anaknya tidak terkena tempias kecaman netizen.
Aeril atau Suhairil Sunari, 38, juga enggan terlalu mengikut trend semasa hanya kerana mahu meraih perhatian ramai.
Baginya biarpun ia mampu menambah jumlah pengikut namun setiap perbuatan akan memberi kesan kepada diri sendiri.
“Saya cuba untuk tidak lakukan perkara yang negatif walaupun tahu ia boleh menaikkan jumlah tontonan di media sosial.
“Saya risau jika lakukan perkara seperti itu, ia akan terpalit pula pada anak-anak,” katanya kepada mStar.
Aeril berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan filem Laknat yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Untuk rekod, Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013.
Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Ahmad Fakhruddin Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 9, Attar,11, Ayya Sofia, 5 dan Muhammad Fahri, 4 tahun.
Tambah Aeril dia juga semakin jarang memuat naik kandungan meskipun pernah mendapat gelaran Presiden TikTok sebelum ini.
Dalam masa sama dia juga menitip pesan buat mana-mana pempengaruh agar peka dan sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat dalam membuat sebarang kandungan di media sosial.
Mereka perlukan satu isu untuk naikkan nama. - AERIL ZAFREL
"Ada pempengaruh yang suka reka cerita untuk naikkan jumlah tontonan dan ia sudah menjadi satu trend.
"Mereka perlukan satu isu untuk naikkan nama selepas merudum. Kalau boleh jangan buat sebegitu.
"Sekarang ini saya pun kurang aktif di TikTok seperti dahulu sebab dah tak larat," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aeril bakal tampil dengan filem terbaharu lakonannya berjudul Laknat.
Selain Aeril filem tersebut turut dibintangi pelakon lain seperti Puteri Balqis, Jalil Hamid, Amerul Affendi, Naque Ariffin, Noorkhiriah dan Mila Mohsin.
Laknat akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 5 Jun depan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
anak sulong diorang tu memang gitu ke? ke ADHD? autism ke? macam ada lembam2 gitu... sorry just curious sebab nampak yang perempuan no.2 tu je yang mcm normal, pastu gigi anak2 dia semua mcm sepesen kan rosak2 gitu..
Post time 29-5-2025 12:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Anak dorg ni xreti ikat rambut bg nmpk herlok sikit ke..dh mcm ponti berwarna warni aku tgk...btw org lain rambut panjang nmpk lawa ank dia ni selekeh..sorry aku komen psl ank dia..sbb xselari status presiden netizen usahawan retis T20
Post time 29-5-2025 10:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Anak2 dia semua berwajah pelik. Mcm anak2 patung dlm cerita hantu. Ada crack2 sikit.
And meols geli yach gigi anak2 dia. Semuaaaaaa rosak2 yg jenis hitam2 pecah tu. Yarkhhh geli!
Makbapak sebok buat content, anak2 mencekik gula.
Sorry not sorry, meols pentingkan kebersihan yach. Anak meols on the dot 2tahun,meols dah bwk jmp dentist, EVERY 6 MONTHS.
Skrg Alhamdulillah 7 tahun, gigi sehat berseri.
Post time 31-5-2025 04:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Carcosa replied at 29-5-2025 10:24 PM
Anak2 dia semua berwajah pelik. Mcm anak2 patung dlm cerita hantu. Ada crack2 sikit.
And meols geli ...
chuols nak tanya, gigi kalau dah hitam gitu rosak boleh baik ke tak, boleh tumbuh semula ke, iolss lihat rata-rata yg gigi hitam macam anak wawa airiel ni dr baka or keturunan, disamping x jaga gigi.