CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 7

Masuk neraka, macam tak pernah tengok payudara seumur hidup- Leona

[Copy link]
Post time 16-5-2025 10:33 PM | Show all posts |Read mode


Leona tidak menyokong tindakan membuli semula mana-mana individu terutama daripada kaum lelaki yang meninggalkan komen berbaur ‘nakal’ dalam akaun media sosialnya.

Menurut Leona, 22, tindakan membuli semula adalah perkara yang tidak disukainya selain dilihat menjadi trend negatif yang menular dalam kalangan netizen hari ini.

“Selalunya bila dapat komen negatif, saya hanya balas dalam hati. Cuma, kita perlu ‘moving forward’ dan jangan buli orang.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini tetapi menolak tindakan membuli semula individu lain.

  


“Kalau komen itu sangat mengganggu, cakap sahaja dalam hati.  Sebab kita tak perlu beri perhatian kepada golongan tersebut,” katanya dalam TikTok baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi Leona selepas melihat ramai menyokong dan menyebelahinya apabila menerima komen berbaur lucah daripada seorang lelaki baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki tersebut menyamar dengan menggunakan identiti orang lain dan meninggalkan komen jelek berkaitan payudaranya.

“Saya bukan jenis membaca komen netizen tetapi ada satu yang menarik perhatian ramai iaitu seorang lelaki yang meninggalkan komen jelek, bercakap tentang hal lucah.

  


“Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya ialah adakah dia tidak pernah melihat payudara sepanjang hidupnya?

“Saya sebenarnya tidak kisah (komen netizen) tetapi saya difahamkan individu tersebut menggunakan identiti orang lain sehingga melibatkan campur tangan sebuah universiti. Saya kasihan dengan individu yang sebenar,” ujarnya.

Dalam masa sama dia menyelar tindakan penyamar tersebut selain meminta membuat permohonan maaf kepada individu lain yang terlibat disebabkan kejahatannya.

“Buat individu yang menggunakan identiti orang lain itu, pergi cari kehidupan sendiri dan berhenti berpura-pura menjadi orang lain.

“Awak tahu perkara itu salah tetapi kenapa buat juga? Tak takut dengan dosa ke?

“Saya boleh maafkan awak namun, orang lain tidak. Awak akan masuk neraka, maka jadilah individu lebih baik,” katanya lagi.

Leona bagaimanapun tidak memperincikan komen lucah yang diterimanya daripada individu tersebut.

  


Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Leona mengendalikan perkara negatif yang hadir dalam hidupnya.

“Dia seorang yang sangat bagus, bukan semua orang mampu berdepan dan membalas perkara negatif sebegini dengan tenang.

“Saya perlukan mentaliti positif sebegini. Terus jadi pempengaruh yang boleh menjadi contoh orang ramai,” komen netizen.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2025 10:53 PM | Show all posts
block jelah komen2 mcm tu
time muda ni jelah nak tayang2 ni
dah ada suami nanti takkan nak galak pulak kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 12:35 PM | Show all posts
Alahai Leona....., tak payahlah cakap soal neraka kalau awak sendiri yg 'menjemput' orang lain masuk neraka.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni satu je saving grace dia.
Dia pandai. So acik2 yg panas mata dok me lazer beam kan dia, at least dia ni pandai belajar.
Anak2 komer yg bertutup litup dok selpie ke kanan, selpie ke kiri, sekolah tara mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 01:21 PM | Show all posts
pandai akademik satu hal la...tapi adab dan sopan sebaiknya seiring barula kena.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 04:08 PM | Show all posts
Pkai sksi2 pstu expect llaki x tngok lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2025 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Me ade kwn yg terbiasa dgn environment dia sebegitu.. terdedah sana sini.. pndai jgk.. tp seksi.. dia dh terbiasa mcm tu.. dibesarkan begitu..phm x mksud iolz? Mcm nitizen2 jgk.. jarang tgk terdedah.. bila tgk terus terbeliakkk.. gitu la..[em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopek disana.. Kopek di siniii

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054475 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list