CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 555|Reply: 18

[Jenayah] Ambik Kesempatan, Peniaga Kaut Untung Dengan Menunggang Kematian Gajah!

[Copy link]
Post time 15-5-2025 08:01 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini insiden seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun ditemui mati selepas dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli telah meruntun hati netizen.

Bagaimanapun, di dalam kecelakaan itu, ada pula yang cuba menunggang insiden tersebut dalam meraih keuntungan mudah daripada orang ramai.

Seperti yang tular di platform X, seorang individu telah berkongsi satu gambar yang dipercayai didapati di TikTok yang mana wujud sebahagian individu mula menjual baju yang memaparkan teks dan grafik berkaitan insiden terbabit.

“Tiada cinta tulus selain cinta ibu kepada anak-anaknya,” tertera ayat memainkan emosi pada yang melihatnya bersama grafik lori di samping sosok ibu gajah bersama anaknya.

Berdasarkan pemerhatian, baju ini sedia dijual pada harga sekitar RM25 sahaja.

Bagaimanapun, cubaan mengambil kesempatan ke atas insiden hitam itu telah mencetus amarah di kalangan netizen yang mana rata-ratanya membidas dengan mendakwa ia hanya disalurkan kepada poket seseorang dan tidak memberikan impak terhadap pemuliharaan haiwan atau seumpamanya.

“Gajah pun nak ditunggang pastu claim terus kata dah apply copyright,” komen seorang netizen.

“Benda macam ni diorang guna untuk isi perut sendiri, bukan kesah sangat pun tentang apa yang berlaku,” jelas seorang lagi.

“Siot menunggang gajah,” seloroh seorang netizen.

Tidak kurang juga, ramai yang meluahkan rasa bengang dengan rekaan grafik serta teks yang terlalu berterabur sekaligus dikaitkan dengan baju geng-geng mat rempit yang biasa ditemui di dalam pasaran hari ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2025 08:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 08:28 AM | Show all posts
beriyaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:51 AM | Show all posts
Dia bukan tunggang gajah, dia cuma tunggang orang benak macam korang lah. Gajah mati accident kemain sedih kalau boleh nak langgar pemandu lori dan anak bini sekali, lembu kerbau tu boleh pulak ko sembelih buat burger. Hipokrit ka tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:55 AM | Show all posts
pandai dia ni..usahawan, opportunist..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dia menjual.
Tp ada ke yang membeli baju tu
Iols tgk biashe2 je design
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2025 01:54 PM | Show all posts
akies replied at 15-5-2025 12:34 PM
Ok dia menjual.
Tp ada ke yang membeli baju tu
Iols tgk biashe2 je design

design macam tahun awal 2000 je time baju SAYA SAYANG MAK SAYA tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 02:42 PM | Show all posts
dia jual je....klu ada org nak beli tu rezeki dia...

tapi iouls idak le nak beli baju design gitu...huhuhu....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 02:45 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 15-5-2025 06:42 AM
dia jual je....klu ada org nak beli tu rezeki dia...

tapi iouls idak le nak beli baju design gitu.. ...

Ingatkan dia tunggang kes kematian ibu gajah tu dengan menjual insurance utk haiwan2 liar. Netizen pon!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Org meniaga biasa la. Agama pun dia blh tunggang inikan plk gajah ????
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-5-2025 11:51 AM
Dia bukan tunggang gajah, dia cuma tunggang orang benak macam korang lah. Gajah mati accident kemain ...

sejak bila sembelih gajah buat burger??? Ada kt mana???
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk Pilot Darat beli dan pakai biar sentiasa ada otak...duit membeli baju tu boleh modalkan beli spirulina untuk pilot darat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jadi jenayah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 07:42 PM | Show all posts
Edited by alesandra at 15-5-2025 07:46 PM
Decaffeinated replied at 15-5-2025 11:51 AM
Dia bukan tunggang gajah, dia cuma tunggang orang benak macam korang lah. Gajah mati accident kemain ...

mcm mana ko boleh buat comparison gajah mati accident dgn daging  lembu kerbau yg di sembelih yg halal dimakan??!!mcm x kena je.apa yg hipokrit nyer.lain la ko buat perbandingan anak gajah mati kena accident korang kesian tapi bila  pegi thailand misalnyer sokong penderaan gajah tgk show gajah,naik gajah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lebih kurang design baju zaman sekolah dlu2, Aku Hidup Dalam Blues. Yg ada pic lelaki rambut panjang tu. Lepas tu ada la kata2 hikmah macam gini jugak la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 10:50 PM | Show all posts
alesandra replied at 15-5-2025 07:42 PM
mcm mana ko boleh buat comparison gajah mati accident dgn daging  lembu kerbau yg di sembelih yg ha ...

Dua2 tu binatang tak berakal. Ko rasa lembu unta tak sayang anak ka why tak romanticize lembu, unta juga? Why gajah special tapi lembu tidak? Sebab kalau kesian mana nak dapat makan burger. (Lebih kurang sama macam omputih kecam Korea makan hanjeng yang sudah memang makanan mereka turun temurun but save that for another day lah) Sekarang nampak kemunafiqan manusia?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2025 11:21 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-5-2025 10:50 PM
Dua2 tu binatang tak berakal. Ko rasa lembu unta tak sayang anak ka why tak romanticize lembu, unt ...

apa benda nyer munafiknyer kalo dlm islam hukum sembelih lembu tu dgn nama Allah tu wajib.ibadah korban tu wajib bagi yg mampu utk sesetgh mazhab?kenapa ko bitter sgt org sembelih lembu neh??ko sapa???hindu??aku tak nampak apa yg cuba ko sampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:25 PM | Show all posts
alesandra replied at 15-5-2025 11:21 PM
apa benda nyer munafiknyer kalo dlm islam hukum sembelih lembu tu dgn nama Allah tu wajib.ibadah k ...

Aku tak kisah orang nak sembelih apa pun kalau dah itu makanan dia. Cuma aku rengsa dengan yang berlebih2an meratap kematian gajah ni ja. Takpe lah kalau ko tak nampak apa yang aku nampak.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2025 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun nak menunggang gajah... Design tu bg le ons sikit
Ini mcm taraf2 aiol je... Kayu betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051720 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list