CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 6

Biar sampai kena sawan! Staf unit kecemasan hospital cuai, tak layan bayi 22 bulan demam panas - “Kau sidai aku, nyawa anak dibuat main”

[Copy link]
Post time 12-5-2025 03:15 PM | Show all posts |Read mode


HAMPIR 11 jam menunggu, seorang wanita mendakwa bayinya gagal diberikan rawatan sewajarnya selepas dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Melaka pada Sabtu.

Menerusi hantaran di Facebook, wanita itu mendakwa anaknya yang berusia 22 bulan mengalami demam panas, namun dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh lama.

"Nyawa anak aku korang buat main-main. Kau sidai aku dua beranak dari pukul 2.30 petang sampai pukul 1 pagi dekat zon hijau kecemasan.

"Korang langsung tak datang periksa suhu dia, monitor suhu dia. Apabila aku tanya bila nak dapat wad, korang di kecemasan bagi alasan sampah.

"Akhirnya pukul 1 pagi anak aku kena sawan sampai kejang, baru korang semua di kecemasan zon hijau menggelupur bawa anak aku ke zon kuning," dakwa wanita itu.

Tambah wanita itu, bayinya mula mengalami demam sejak Jumaat.


Dalam hantaran berasingan, dia turut memuat naik video anaknya yang sedang menangis ketika menerima rawatan.

Dakwa wanita itu, seorang doktor turut memohon maaf atas situasi yang menimpa dia dan anaknya.

"Hancur hati aku sebagai mak apabila pihak tak bertanggungjawab buat anak aku macam alat mainan.

Dalam hantaran berasingan, dia turut memuat naik video anaknya yang sedang menangis ketika menerima rawatan.

Dakwa wanita itu, seorang doktor turut memohon maaf atas situasi yang menimpa dia dan anaknya.

"Hancur hati aku sebagai mak apabila pihak tak bertanggungjawab buat anak aku macam alat mainan.Dalam hantaran berasingan, dia turut memuat naik video anaknya yang sedang menangis ketika menerima rawatan.

Dakwa wanita itu, seorang doktor turut memohon maaf atas situasi yang menimpa dia dan anaknya.

"Hancur hati aku sebagai mak apabila pihak tak bertanggungjawab buat anak aku macam alat mainan."Masa tu aku memang sumpah habis-habis muka jururawat dan pembantu zon hijau... memang muka kau tak boleh dipandang langsung.

"Doktor lelaki yang angkat anak aku bawa pergi zon kuning, dia pula minta maaf bagi pihak hospital. Aku cakap kat doktor tu, semua bodoh. Ni nyawa budak, nyawa anak aku," tulisnya lagi.

Tambahnya, dia tidak menyangka akan berdepan situasi itu sambil meluahkan rasa kecewa atas apa yang berlaku di hospital berkenaan.

"Aku macam orang bodoh ulang-alik masuk tanya lambat lagi ke? Wad tak ada kosong ke? Jawapan kau suruh tunggu je sampai misi wad datang panggil sambil muka kau hadap komputer.

"Selalu aku tengok kes macam ni orang lain kena. Tapi semalam Allah uji aku dengan anak aku. Kena dekat diri aku," tulisnya lagi.


Dalam perkembangan terbaharu, wanita itu berkata anaknya disahkan terkena adenovirus yang boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan, terutamanya pada aluran pernafasan, mata dan usus.

Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial yang memberi sokongan sehingga kisahnya mendapat perhatian ramai.

"Niat kita kongsi sebab kita marah kecuaian yang berlaku. Tapi tak sangka kuasa viral anda semua, pihak atasan jumpa saya dan suami dan kesal atas kejadian tersebut.

"Mereka beritahu akan ambil kes ini sebagai kes berat atas kecuaian yang terjadi di bahagian kecemasan. Bukan saja kecemasan, mereka akan siasat semua sudut termasuk bahagian booking wad," kongsinya lagi pada Isnin. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 09:22 AM | Show all posts
Doktor mmg takde ke atau mmg budaya kerja kat hospital gomen mmg kene sidai kalau kes2 mcm ni? Ada doktor nurse kat sini bole bagi penjelasan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 02:24 PM | Show all posts
tak tahu nak cakap apa..kerap dengar benda macam ni berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab iols, kita boleh tunggu lagi kat hosp gomen, tapi bab anak, iols prefer immediate treatment kt swasta. Pergi la klinik dulu, ada option klinik panel, kalau kena refer boleh mintak ke child specialist hospital. Ada insuran la. Paham bukan semua org mampu insuran, tapi bab anak lagi2 bayi ni memang iols tak kompromi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jenis gini memang bengong aje.. pernah pergi dekat emergency sebab kk dah lepas waktu bekerja, walaupun dalam tu takda pesakit, dorang sidai  berjam jugak.. minggu ni isteri kepada kawan adik aku, dia preggy, pergi bahagian emergency ni sebab sakit perut. Kena marah pulak dengan misi bukan nak beranak lagi kenapa datang, padahal Dr dah pesan kalau sakit je terus pergi hospital takut apa2 jadi kat baby
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 02:59 AM | Show all posts
mmg susah nak dapat masuk wad .. kena tunggu lama di kecemasan
tapi walau di kecemasan .. tetaplah kena check suhu bagai tu
bukan dibiar terkontang kanting sampai sawan

kalau di hospital serdang
anak saya pernah sampai 3 hari kat kecemsan
sampai discaj lah wad tak dak kosong
nak dapat katil kat wad kecemsan tu pun berjam jam
sampai saya berkali kali bertanya
mmg saya muka tak malu
saya bising2 jer
huhu
dan saya pakar bergaduh dengan nurse dan doktor
ada doktor nak masuk line kat anak saya
berkali2 cucuk tak dapat2 urat
saya dah tak tahan
saya suruh doktor tu stop
sambil saya menagis nangis
anak saya anak istimewa
sedap sedap jer depa rodk rodk jarun kat tangan anak saya berkali kali
nurse2 pun soksek soksek bila saya lalu kat stesen depa
ini cerita entahberapa tahun nan lalu

begitu lahhh keadaannya ...
nasib nasib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2025 07:51 AM | Show all posts
mmg culture di kecemasan sidai pesakit aku sendiri kena sidai 2 malam letih bai nak marah pun ada mujur masih boleh sabar. pelbagai alasan lah wad penuh lah doc tak lepas kan lagi lah. nk check out pun sama padahal dah bg tau pagi2 hari ini boleh keluar petang kul 7 baru dapat official boleh keluar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042356 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list