CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 3

Bimbang emosi terjejas, Ridzuan Ridzokumura tukar sekolah anak risau Sky diejek rakan

[Copy link]
Post time 13-5-2025 02:06 PM | Show all posts |Read mode


KEHILANGAN wanita yang bergelar ibu memberi kesan buat anak kepada usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Taizo Okumura.


Dedah Ridzuan atau Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, anaknya sering dijadikan bahan usikan rakan-rakan di sekolah selepas kematian isteri iaitu Allahyarham Akiko Okumura.


Bimbang ia akan menjejaskan kesihatan mental, Ridzuan mengambil keputusan untuk menukarkan Sky ke sekolah yang lain.


"Saya tukarkan sekolah Sky sebab nampak dia tak selesa kena ejek dengan rakan-rakan di tempat lama.


"Jadi saya faham apa yang Sky rasa, tambah pula risau jika dia alami depresi.  


"Budak-budak itu mengata sampai buatkan Sky terasa, mereka kata Sky ada satu sahaja keluarga tapi mereka ada dua," ceritanya.




Ridzuan berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada pagi Selasa.


Dalam masa sama, dia juga memaklumkan mereka berdua pernah mendapatkan khidmat nasihat psikiatri.


Namun disebabkan beberapa kekangan termasuk kos, sesi berkenaan tidak dapat dilakukan selalu.


"Saya kasihan tengok Sky, kadang-kadang nampak dia duduk seorang diri dan menangis.


  


"Kami berdua ada berjumpa dengan pakar psikiatri dan kosnya bukannya murah.


"Untuk Sky enam jam sahaja dah RM3,500, manakala saya untuk satu jam dikenakan sebanyak RM2,750," jelasnya


Allahyarham Akiko meninggal dunia pada 28 Februari lalu akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.


Jenazah wanita berusia 50-an itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 di Subang Jaya pada 1 Mac lalu.


  


Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009.


Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Sky yang kini berusia 13 tahun. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dah dah la mencapub & menonggeng kisah kematian bini… cuba off soc med tu kejap… fokus kat mental & emosi anak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:48 AM | Show all posts
fishyyyy fishyyyyyyy...... knowing heols peponen anak beranak dengan kakak dia dengan anak buah terpaling mak autism tu.....kuat dramaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah la ckp. Patut start fresh. Bodoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.126460 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list