View: 288|Reply: 14
|
[Jenayah]
Menghina Majlis Graduasi, MARA Pakai Lagu Dangdut Masa Budak Ambik Skrol Atas Pentas!
[Copy link]
|
|
Tidak semua majlis konvokesyen diadakan dalam suasana penuh istiadat formal. Ada juga universiti yang memilih konsep lebih santai, memberi ruang kepada graduan meraikan detik istimewa mereka dalam suasana yang lebih mesra.
Namun begitu, aturcara sesebuah majlis rasmi sewajarnya lebih cenderung ke arah formal bagi menghormati setiap peringkat umur yang hadir ke majlis untuk meraikan kejayaan kenalan dan saudara-mara di situ.
Lain pula yang berlaku di majlis konvokesyen baru-baru ini yang mencuri perhatian apabila pemilihan lagu yang dimainkan ketika upacara berlangsung didakwa langsung tidak kena dengan tema. Pemilihan lagu yang pelik itu menimbulkan tanda tanya pengunjung.
Lagu Kartun Temani Graduan Naik Pentas
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@dsinspire), video berkenaan memaparkan suasana majlis konvokesyen yang sedang berlangsung di sebuah dewan.
Pemilik video berkongsi pandangan dari bahagian atas dewan, menghadap ke pentas utama di mana proses penyampaian skrol kepada graduan berjalan seperti biasa.
Seperti lazimnya, pengacara majlis akan mengumumkan nama satu demi satu graduan yang naik ke pentas untuk menerima skrol daripada canselor atau naib canselor.
Namun, yang menarik perhatian ramai adalah lagu yang dimainkan di latar. Lagu yang kedengaran merupakan tema daripada kartun animasi ikonik ‘Pink Panther’ yang jelas kedengaran janggal dalam suasana akademik.
Senarai Lagu Buat Netizen Tepuk Dahi
Dalam satu lagi perkongsian, perakam turut memuat naik rakaman lagu lain yang dimainkan sepanjang majlis tersebut.
Antara yang mencuri perhatian adalah lagu irama dangdut popular seperti ‘Kopi Dangdut’ dan ‘Memori Daun Pisang’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bingung terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam pemilihan lagu majlis itu.
Mereka mempertikaikan di mana hilangnya ‘common sense’ dalam menyesuaikan muzik dengan suasana rasmi.
Malah, beberapa pengunjung yang hadir di majlis itu sendiri turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.
Pengunjung memaklumkan bahawa selain lagu dangdut, lagu-lagu lain yang turut dimainkan termasuk lagu ‘Blackpink’, yang jelas sekali tidak kena dengan tema majlis konvokesyen.
Ramai turut mempersoalkan mengapa muzik gamelan yang menjadi tradisi dalam majlis konvokesyen tidak dimainkan langsung, sedangkan ia sinonim dengan elemen adat serta nilai akademik yang lebih sesuai.
Secara tradisinya, muzik gamelan sering digunakan dalam majlis konvokesyen di universiti tempatan sebagai simbolik kepada suasana rasmi, penuh adat dan berprestij.
Memetik laman Pemetaan Budaya, irama gamelan yang lembut dan klasik menjadi pilihan kerana ia mengekalkan elemen kebudayaan serta memberi penghormatan kepada detik bersejarah graduan menerima skrol.
Selain itu, penggunaan gamelan dalam majlis konvokesyen turut menjadi lambang kesinambungan tradisi dan sejarah yang sudah lama diamalkan di institusi pengajian tinggi.
Ia bukan sahaja mengekalkan identiti warisan budaya, malah mencerminkan nilai hormat kepada ilmu, institusi, dan pencapaian akademik yang diraikan dalam suasana yang lebih bermaruah dan penuh simbolik.
Penggunaan lagu-lagu pop, dangdut atau lagu kartun dianggap mencacatkan nilai estetika serta merosakkan kelangsungan tradisi akademik yang penuh tertib dan hormat ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
klu tak nak guna lagu gamelan pun pilih la lagu yg semenggah
lagu yg bersemangat
anthem, yg build ur spirit
baca komen2 kt ats tu
merata tempat rupanya dh tak guna lagu gamelan
dan guna lagu2 yg for me, awkward ye
tak tau lah
therefore, dh grad tu keje elok2, jd manusia
|
|
|
|
|
|
|
|
Alah x pyh buat majlis konvo pun x pe. Kos Majlis ni pun student yg kena bayar, walhal job x secure lg. Ntah2 yuran konvo pun hasil Dr keje grab food. Baik la duit yuran konvo tu beli makanan utk hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols still suka gamelan
Rasa la vibe istiadat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
alah ngadelah... uitm dr dulu lagu campur2 pun..ada sidang dpr gamelan, ada yang dapat lagu pop, nasib2 la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku je ke rasa majlis konvo ni xde faedah...dlu x p pun konvo degree ke apa..dah le kena bayar mahal, klau dok jauh kena cari tempat bermalam plak nak amik jubah kena dtg ari lain plak mcm2 hal..buang masa tenaga n duit |
|
|
|
|
|
|
|
Uitm kan? Jarang tak bodo. Hangpa macam tak tau pulak na |
|
|
|
|
|
|
|
gamelan je yang paling sesuai dengan majlis..
nampak traditional kemelayuan lembut je..
or else sekapur sirih tapi vibe orang kawin  |
|
|
|
|
|
|
|
2x iols berkonvo takde lg dgr lagu pelik2 mmg gamelan je la skrg ni je mcm2 ada..
konvo hsbnd iols psg lagu kump vit C, graduation kot ke apa tajuk pun i rasa mcm ooo blh ke?? tp mcm sesuai la jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah cemerlang sekolah pun guna gamelan |
|
|
|
|
|
|
| |
|