Noniswara mendirikan rumah tangga dengan usahawan terbabit sejak 2014. Bagaimanapun, pasangan tidak dikurniakan cahaya mata.
Ditanya adakah meletakkan kriteria untuk mana-mana lelaki yang mahu menjadi calon suami ibu, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu berkata, apa yang diharapkan biarlah dia insan bertanggungjawab dan dapat menjaga ibu dengan baik.
"Tak adalah hendak kata kena ada ciri-ciri tertentu. Harapan saya kalau ibu bertemu jodoh biarlah lelaki itu ikhlas hendak menjaganya. Saling menjaga antara satu sama lain sampai tua.
"Mungkin kena tengok juga siapa calonnya. Kasihan ibu kalau asyik lalui perkara sama.
"Kadang-kadang timbul juga rasa bersalah sebab bila ibu hubungi saya untuk luahkan perasaan, tapi tak dapat nak layan sebab sibuk di lokasi penggambaran," katanya.
Diusik andaian mungkin ibu menunggu dia naik pelamin terlebih dahulu sebelum tiba gilirannya berkahwin, Erysha hanya mampu tertawa kecil.
Mengulas lanjut, Erysha berkata, buat masa ini, fokusnya lebih kepada kerjaya lakonannya yang baru hendak bermula.
"Lambat lagi rasanya (cari jodoh). Saya baru berusia 26 tahun. Kerjaya lakonan baru hendak bernafas. Tidak tahu bila hendak kahwin, tunggu sahajalah.
"Buat masa ini, fokus saya hanya pada karier dan keluarga. Walaupun tinggal serumah, tapi kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk,
"Memang ada yang nak berkenalan, tapi saya lebih selesa anggap mereka sebagai kawan. Saya juga tak mahu beri harapan palsu," katanya yang baru selesai penggambaran drama bersiri, Aku Bukan Ustazah 2 terbitan Global Station.
Pernah digosip menjalin hubungan cinta dengan pelakon Hun Haqeem selepas berganding dalam drama popular, Chinta Wrong Direction.
Sumber: Harian Metro