View: 701|Reply: 13
|
Amyra Rosli dah tak sabar nak peluk Amar Baharin
[Copy link]
|
|
Amyra Rosli kini boleh menarik nafas lega apabila kembara #journeytoTanahHaram suaminya, Amar Baharin bersama pendaki, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin berakhir dengan selamat di Madinah, Arab Saudi semalam.
Menurut Amyra, 35, dia sangat berbangga dengan kejayaan suaminya dan berharap misi tersebut meninggalkan impak positif terhadap Amar yang sudah mengayuh basikal serta menempuh pelbagai cabaran sejauh 8,000 kilometer.
“Tahniah sayang! Akhirnya awak berjaya tiba di Madinah. Alhamdulillah sangat bangga.
“Saya harap kembara ini meninggalkan satu memori dan makna yang besar untuk awak serta Qobin.
“Semoga awak dapat pulang sebagai individu yang lebih baik dan tenang serta terus kekal istiqamah, insya-Allah,” katanya dalam Instagram.
Dalam masa sama, hos program Nona itu menzahirkan jutaan penghargaan kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan keselamatan suaminya dan Qobin sepanjang melaksanakan misi mereka.
Dia bahkan mengakui terlalu merindui Amar yang lebih sebulan berjauhan dengan keluarga bagi melengkapkan misi tersebut.
“Kepada semua pihak termasuk ahli keluarga, rakan-rakan, media dan sesiapa sahaja yang menyokong serta mendoakan perjalanan mereka, terima kasih kerana semua itu sangat bermakna untuk kami semua.
“Akhirnya misi #journeytoTanahHaram berakhir dengan indah sekali. Sangat bersyukur dan lega.
“Balik segera okey, saya sangat rindu dan tak sabar untuk peluk awak,” katanya lagi.
Semalam, Amar dan Qobin selamat tiba di Madinah, Arab Saudi sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) sekali gus menamatkan misi #JourneyToTanahHaram yang dijayakan mereka berdua sejak sebulan lalu.
Amar atau Amar Mohd Baharin, 40, berkata, dia tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja tiba di bumi Madinah.
Dia juga dijangka pulang ke tanah air sehari sebelum hari raya Aidiladha pada minggu depan.
Terdahulu, misi kayuhan dilepaskan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu bermula di Padang Besar, Perlis pada 27 April lalu merentasi empat negara iaitu Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi serta mengambil masa 33 hari.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kemain weol kat porom kutuk ko ngan hubby tak sesuai, tengok2 korang lovey dovey jah. Cis. Amar -1, cikpors -0. |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk tak menahan hahahahaaa. selamat berpeluk bila tiba masanya nanti ye |
|
|
|
|
|
|
|
dan tahniah selamat jayakan misi kayuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai Ammar perbaiki keturunan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 30-5-2025 11:27 PM
Pandai Ammar perbaiki keturunan dia.
ammar ni x hensem ke, ke kendu je.. better lh drp shukshahar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Peluklah hamster tu. Xsiapa teringin melainkan kau saja. Which is good for you lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 30-5-2025 10:27 PM
Pandai Ammar perbaiki keturunan dia.
Tapi anak2 dia dua2 gene hamster kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Biashe la ni
ompompuan kan
gitu la
Sehabis baik jaga air muka perasaan laki |
|
|
|
|
|
|
|
Kat fb ada yg komen , x sabar nak peluk ke atau x sabar nak kongkek?  |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 31-5-2025 05:55 PM
Kat fb ada yg komen , x sabar nak peluk ke atau x sabar nak kongkek?
Dah berbulan tak dpt sis takkanlah peluk je sis |
|
|
|
|
|
|
| |
|